↭ Fifty one

1.7K 129 186
                                    




' I'll cry the tears I couldn't cry before.'
____________


Acara permainan tadi sangat menyeronokkan walaupun ringkas. Pemenang ? Tiada pemenang. Kerana permainan ini hanyalah untuk bersuka ria dan menghilangkan stress. Betullah kata Fies tadi.

Acara tari menari dah bermula sepuluh minit yang lepas. Masing-masing masih menggerakkan badan ke sana dan ke sini. Kecuali seorang perempuan di meja.

Zahira.

Zahira menghentak-hentak kaki sambil bibirnya membebel sesuatu. Acara tari menari tak seperti tari menari . Pasangannya , Irfan hilang entah ke mana.

Jawabnya , dia menari dengan lelaki lain . Tidak seronok dengan lelaki itu , dia mengambil kesempatan melarikan diri.

Di meja yang sama , dia duduk di situ semula sambil memerhati mereka menari. Otaknya ligat berfikir tentang rancangannya malam ini . Berbelah bahagi tapi perasaan dendam lebih menguasai diri.

Pisau kecil awal-awal telah disisipkan di betis . Tunggu masa yang sesuai sahaja untuk tamatkan semua permainan.

Zahira berlalu keluar dari dalam dewan. Duduk luarlah. Boleh tenangkan fikiran dia yang masih bercelaru. Dia melangkah ke arah taman. Kerusi bangku yang terletak di situ dia duduki.

Angin pada malam ini menampar lembut kulitnya. Rambut yang diikat satu diuraikan getahnya. Dia nak rambutnya bebas berterbangan.

" Zahira ! "

Zahira tersentak lalu berpusing badan . Langkahnya terundur ke belakang kerana terkejut . Pelik tiba-tiba sahaja Irfan meluru ke arahnya.

" I like you ." Setangkai bunga mawar berwarna merah , masih segar-bugar dikeluarkan dari belakang badan dan dihulurkan kepada Zahira .

Zahira terpanar.A-Apa yang berlaku sekarang ini ? Apa yang Irfan mengarut ini ?

Nak terima ke tak nak ?

Tapi nampak gayanya dia dah tertarik dengan luahan hati dan bunga daripada Irfan biarpun hanyalah setangkai . Bersama satu senyuman lebar , tangan Zahira bergerak untuk menyambut .

" Thank y- "

" The real game has just began , Irfan . My next target ." Pergerakan Zahira terkaku . Satu rakaman suara memecahkan suasana yang penuh romantik itu . Bunga yang dihulur tidak diraih . Terhenti pergerakan di tengah jalan.

" Bagilah I kenakan dia dulu."

" I dapat rasakan dia dah suka dekat I . Maybe dia falling in love dengan I."

" I dah jemulah dengan dia !"

" He's not my taste ! Soon , I akan jatuhkan dia sepertimana I jatuhkan ex-ex I. Unless ! Naive ! Bodoh!"

Tup .

Perakam di tangan dihentikan.

Tangan Zahira menggigil walaupun dia sedaya upaya mengawal reaksi .Riak Irfan biasa-biasa sahaja tapi kekal merenung ke arah wajah Zahira yang dalam keadaan cacing kepanasan .

Takut ?

Resah ?

Baru sekarang nak takut ?

Sejujurnya , dari mula lagi dia dah siasat tentang Zahira. Ingat lagi kisah tentang surat cerita yang dia dapat tu ? Segalanya bermula daripada situ . Kali kedua , dia terlihat Zahira bersama Adam di rooftop sekali gus setiap perbualan mereka Irfan dengar dengan teliti.

Dia mainkan perasaan Adam ? Adam pula tidak kurangnya juga , pergi merayu-rayu kepada Zahira supaya cintanya diterima. Tapi Zahira ? Upah budak-budak nakal belasah Adam sehingga nyawa-nyawa ikan.

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now