↭ Fourteen

4.5K 329 152
                                    



Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


' A shy smile and the pouring sunlight '

________________



Loceng sekolah telah berbunyi menandakan bermula waktu rehat . Aisha berdiri sambil mengemaskan buku-buku dan alatan tulis yang berselerak di atas meja .

Pelajar - pelajar kelasnya yang lain sudah beransur -ansur beredar ke kantin untuk mengalas perut yang kosong .

Khai dan Ejaz menghampiri meja Aisha .

" Aisha , jom pergi kantin . Aku laparlah . " Khai mencuit lengan baju Aisha . Dengan muka minta kasihan .

Ejaz di belakang menggeleng kepala. Leher Khai dirangkul dengan sebelah tangan . " Kau ni Khai macam tak pernah makan je aku tengok . Makan banyak , badan tetap maintain. Pelik aku . "

" Eh kau ni . Itulah kegunaan gym. Exercise 2 hari sekali . Baru dapat badan maintain . "

Baru Ejaz mahu membalas , suara Aisha memintas laju . Wajah Khai dan Ejaz dilihat silih berganti .

"Dah-dah . Jangan nak bertekak dekat sini . Ejaz , Khai tu lapar sangat dah . Macam inilah kau orang berdua turun dulu . Nanti aku datang . "

" Betul ni ? " Tanya Khai ingin kepastian . Bukan apa . Risaulah Aisha tinggal seorang diri dalam kelas . Nanti ada orang culik macam mana ?

Anggukan kecil sebagai balasan pertanyaan Khai . Zip begnya ditarik hingga ke penghujung . Kemudian , di tepuk-tepuk bagi hilang debu .

" Kita orang tunggu dekat kantin . Cepat tahu . " Lalu beredar keluar . Aisha menggeleng kepala. Dua ketul manusia n , tak boleh nak berenggang langsung .

Macam belangkas .

Ejaz , dia dan Khai memang berkawan rapat. Dari tingkatan 2 lagi . Ramai pelik dengan dirinya, banyak -banyak kawan perempuan , dia lebih suka berkawan dengan lelaki .

Aisha bukannya apa . Berkawan dengan lelaki lebih selesa berbanding perempuan . Sentiasa ada waktu gembira , marah, duka dan sedih .

Paling tak boleh blah , bila dia sedih ,
Ejaz dan Khai bukan memujuk pun . Mereka berdua buat lawak , gurau senda lagi adalah . Sedih dia hilang terus . Lenyap . Berganti dengan ketawa yang tidak tahu penghujungnya di mana .

Lagipun Aisha terkenal dengan sikap peramahnya dan polos di sekolah . Kalau nak cerita tentang peminat, memang ramai . Kebanyakan mereka ialah golongan lelaki . Tidak kurang juga junior dan senior .

Di atas meja belajar , pasti ada bunga . Tak bunga , coklat dan surat . Entah apalah yang menarik tentang dirinya sehingga ada yang menghormati dirinya sebagai senior .

Memang tiada dalam list namanya untuk menjadi kontroversi hangat . Kecuali baru-baru ini . Lepas dia putus dengan Mike .

Semua kelihatan menyokongnya untuk berpisah dengan Mike . Ada yang menasihati dia agar kembali dengan Mike , hanya kerana ubahkan dia daripada sikap kaki perempuannya.

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now