↭ Fifty Four

603 50 11
                                    





She was the sea.
Calm but so deep.
___________________




Dua minggu . Tempoh yang agak lama dia tunggu persetujuan daripada Sean Darren dengan penuh kesabaran. Akhirnya, Sean Darren memberi kata putus dengan membenarkan dia bekerja namun bekerja di bawahnya sebagai pelayan bukan bekerja di luar sana.

Dan menjadi pelayan pun hanyalah bila Sean Darren mengeluarkan arahan. Kalau tak, dia perlu berada di samping Sean Darren, mengikuti segala perkembangan semasa setiap kelab malam yang dimiliki Sean Darren.

Aisha Kim masih di bawah jagaan Sean Darren. Nak tak nak, dia turuti sahaja.
Janji dia boleh bekerja.

Tangannya bergerak pantas menyusun gelas wine di dalam dulang untuk dihantar ke bilik pelanggan VVIP. Pakaian yang tersarung di badan dikemaskan sebelum mengatur langkah ke sana.

Detak jantung berdegup laju. Bukan kerana jatuh cinta. Tapi lebih kepada takut kerana pelanggan kali ini bukan calang-calang orang.

Pesan Rina sebentar tadi, jangan sesekali cuba angkat kepala atau bertentang mata jikalau nak hidup lagi.

Kalau degil juga, bang!

Mati!

Pergerakan kaki akhirnya dipaku di depan bilik VVIP. Nafas dihela perlahan. Belum sempat tangan dia mahu memegang tombol, pintu telah dibuka dari dalam. Badannya mengeras, kaku.

Tanpa sengaja, anak matanya bertentang mata dengan orang di hadapan. Khabar tentang lelaki itu telah menjadi buah mulut orang di sekeliling.

Siapa tidak kenal, Dean Alessandro dua pupu kepada Sean Darren. Malah kedudukannya jauh lebih berbahaya daripada Sean Darren. Apa yang dia nak, dia akan dapatkan walaupun terpaksa menggunakan cara kotor.

Perempuan, kuasa, duit.
Semua dia ada.
Orang kata dia segala syaitan.

Seminggu lepas, baru sahaja dia dikacau lelaki ini. Katalah ada pemilik hati sekalipun, Dean tetap tidak kisah. Malah makin menjadi-jadi perangai jejaka itu.

" Why you look me like that? Are you hate me, ma dear? " soal si Dean. Atas bawah Aisha Kim dipandang. Sengaja dia menjilat bibir bawah. Mahu melihat reaksi gadis itu. Sejujurnya Aisha Kim perfect dalam list gadis idaman dia.

Cepat-cepat dia mengalihkan pandangan dan berlalu melintasi jejaka itu. Sungguhpun begitu, tangan Aisha Kim digenggam. Dia benci bila Aisha Kim tidak menjawab soalan dia.

Dean makin merapat. Telinga Aisha Kim dia dekat.

" You hate me? Ouch! I don't really care. Aku tetap akan kejar kau sampai dapat walaupun guna cara kasar. Kau jangan fikir untuk lari. " Usai mengugut, Dean cuba mencium sisi kepala Aisha Kim namun ditepis laju gadis itu.

" Psiko! " Badan Dean ditolak kuat kendati dalam hati sudah berdegup laju ketakutan. Dean dibelakang hanya gelak besar. You will be mine, girl. Dia ikut langkah Aisha Kim dari belakang.

Bila dia masuk ke dalam , dia perasan suara yang riuh rendah tadi hilang serta-merta.

Dean di belakangnya tadi sudah duduk di tempatnya. Semua memandang dia seperti singa kelaparan. Jantung sudah berdetak sakan.

Gelas di dalam dulang diletakkan di atas meja dengan berhati-hati. Begitu juga dengan air yang dipesan.

Dulang yang sudah kosong digenggam erat.Tiada apa-apa lagi pesanan yang diterima, jadi dia segera beredar tanpa menoleh ke belakang.

" Stop. "

Langkahnya mati.

" I wond -"

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now