↭ Thirty Two

3.1K 286 706
                                    


' Heart of king , mind of hustler. '

_______________

Dua minggu kemudian ,

Kafe yang baru dibuka dia masuk ke dalam . Sunyi dan tidak ramai orang . Anak mata terhenti pada seseorang yang dia cari .

Di sudut hujung sekali .
Senyum senget terukir di bibir . Dia berjalan menuju ke arah sana .

Setelah sekitarnya dia lihat , punggung dihenyakkan di atas kerusi berhadapan lelaki bertopi hitam .

Cermin mata hitamnya dibuka dan diletak di atas meja . Sedar akan kehadiran perempuan yang ditunggu-tunggu telah sampai , kepala didongak melihat ke depan . Phone di tangan diletak di atas meja .

" You're late , madam . "

Kedengaran sinis di telinga , perempuan itu mendengus kasar.

" Huh! I don't care ! Aku datang , aku nak tahu perkembangan anak aku . Bukan dengar kau bebel . Aku ke kau boss? " Raeesa Kim memeluk tubuhnya sendiri .

Si lelaki bertopi hitam menguntum senyum mengejek . Boss ke anak menteri ke ada aku kisah ?

" Well . If you wanna know fully about your daughter , pay me more . Kalau tidak , madam dapat tahu sedikit sahaja info . How ? "

Raeesa Kim kecilkan mata . Lelaki di hadapan sedang mencabarnya kah ? Siap angkat kening sebelah ke arahnya lagi .

Raeesa Kim mengemam bibir . Jari-jemari diketuk di atas meja . Setelah fikir habis-habisan , dia berhenti mengetuk jarinya di atas meja .

" Deal . RM50 ribu , cukup ? "

" RM200 ribu. "

Raeesa Kim kecilkan mata .
Merenung lelaki itu dengan perasaan bengang tapi tidak mengapa . Kalau tugasnya dilakukan dengan baik , dia tidak kisah .

Kalau bukan disebabkan harta keluarganya , dia tidak akan cari Aisha . Menurut peguam arwah keluarganya , harta-harta jatuh di tangan Raeesa Kim apabila Aisha dicari dan tinggal bersamanya sehingga perbicaraan peguam itu diadakan .

Cuma satu sahaja halangannya. Hykarl Zaris . Bekas suaminya akan lakukan apa sahaja demi keselamatan Aisha. Kadang-kadang terselit bimbang dengan ugutan Karl yang masih terngiang-ngiang di telinga . Namun , Raeesa Kim tetap teruskan juga .

Dia berhak.

Tidak dinafikan Raeesa Kim masih sayang dengan Aisha kerana Aisha anak kandung dia. Anak yang dikandung selama 9 bulan namun perasaan hiba cepat-cepat ditepis.

Raeesa Kim mesti pantas mencari Aisha tanpa pengetahuan Karl . Dengan adanya wang , apa sahaja boleh buat , bukan ?

" Fine ! RM200 ribu. "

Cek dikeluarkan dari beg tangan sebelum menulis nilai ringgit yang diminta lelaki itu lalu mengoyaknya dan dihulur terus .

Cek yang dihulur disambut . Si lelaki bertopi hitam tersenyum panjang melihat wanita ini menyerah kalah dengannya . Sebagai balasan , sampul surat berwarna putih yang bersaiz A4 ditolak ke depan . Betul-betul di hadapan Raeesa Kim .

Raeesa Kim segera keluarkan isi di dalam sampul itu dan tidak sampai beberapa minit , senyum lebar diukir . Lelaki di hadapan dipandang bangga kerana info yang dia mahu kesemuanya lengkap . Tiada sedikit pun tertinggal .

" Good job . But aku nak kau buat satu lagi kerja ..."

" What is it ? "

" Kau... just perlu takutkan bekas suami aku tapi jangan sampai cedera . If settled , aku bayar upah kau dua kali ganda. "

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now