↭ Thirteen

4.5K 328 145
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



' Only the soul knows what love is '

________________________



Kizz Calvien turun dari motor . Helmet dibuka . Dia menyebak rambut ke belakang dan meliarkan mata ke sekeliling .

Sedikit sunyi .

Barangkali sekarang ni waktu pembelajaran dah mula jadi semua pelajar berada di dalam kelas . Kalau tidak pasti ada mata-mata gatal melihat ke arahnya .

Dia tiba di sekolah pun lewat . Pukul 7.40 pagi . Sempat jugalah dia melepak di kedai 7E tadi . Alang-alang dah sampai kedai , setin air pepsi dan sebungkus chipsmore dia beli .

Tak puas makan dekat rumah . Qaz nak bersweet dengan Hana pun terasa terganggu . Jadi , lebih baik dia ke sekolah awal .

Tanpa membuang masa , laju Kizz Calvien menghayun langkah menuju pejabat sekolah selepas dia melihat signboard yang tergantung elok pada dinding . Tidak perlu bersusah payah mahu bertanya pada orang . Biar dicop jual mahal sekalipun .

Kizz Calvien tiba di hadapan muka pintu pejabat . Ruangan yang agak luas dan kemas menghadirkan rasa tergamam dalam diri. Gayanya sekolah yang baru dia pindah ini bukan calang-calang .

Terlalu gah .

Mesti teguh binaan sekolah ni. Getus dalam hati Kizz Calvien .

Kelekaannya hilang apabila seorang perempuan melambaikan tangan di hadapannya berkali-kali . Hati dia syak di depannya ini kerani sekolah .

Seulas yang dihadiahkan kepadanya , tidak Kizz Calvien balas . Sekadar menayang riak beku . Tahu-tahulah kerani perempuan itu bahawa pelajar ini sangat serius .

" Pelajar baru ? "

Kizz Calvien menjongketkan kening . Are you kidding meh. Apa punya soalan kerani ni tanya ?

" Eh tak lah kak . Saya pelajar lama . Ada dah lencana , buku , kelas . Semualah ... Datang ni nak melawat , nak cuci otak manusia-manusia supaya jangan klise sangat . "

Dup !

Riak muka kerani itu berubah merah padam saat Kizz Calvien menjeling tajam ke arah dia . Walaupun ianya seloroh , dia tahu dirinya telah disindir kaw-kaw !

Tanpa menghiraukan Kizz Calvien,
kerani perempuan itu mula menyemak dokumen-dokumen penting yang berada dalam fail yang terletak di atas meja . Dia memandang Kizz Calvien .

" Okay . Tak lama lagi guru kelas kamu datang . Dia akan bawa kamu ke kelas baru ."

" Okay ." Sepatah perkataan diucap .

Dia menunggu guru kelasnya di ruangan tempat duduk sambil menekup kepala ke bawah.

" Kak Cah , mana pelajar baru tu ?"

My Mate , That's Diavolo CriminaleWhere stories live. Discover now