Ep.30

1.1K 87 3
                                    

Jungkook baru sahaja pulang ke rumah. Melihat jam yang sudah menunjukan tepat pukul 12 malam. Jadi tak hairan kalau isterinya sedang tidur begitu juga dengan aera.

Kali ini, jungkook tak nampak taehyung tidur dibilik aera. Isterinya itu tidur dibilik mereka untuk kali pertama.

Jungkook tak terjah terus tidur. Dia membersihkan diri barulah dia tidur. Setelah selesai sahaja mandi, jungkook duduk disamping isterinya. Menatap taehyung yang tidur sedikit nakal. Baru dia tahu kalau isterinya ini tidur senakal ini. Nampaknya taehyung dengan aera memang sama.. tak ada beza pun.. dua dua tidur nakal.

Sebab tu jungkook terpaksa pisahkan tempat tidurnya juga aera. Kerana dia tahu aera sangatlah nakal ketika tidur. Gadis itu suka menendang waktu tidur dan mangsa keadaan selalunya jungkook.

Jadi tak ada beza taehyung. Isterinya ini juga boleh tahan lasak tidur. Jungkook memerhatikan cara tidur isterinya itu. Sampaikan matanya itu tertumpu pada perut buncit taehyung itu. Iya, disana ada kesan jahit. Jungkook berasa hairan.

"Jahit.. taehyung pernah excident ke..?" pertanyaan itu bermain dikepalanya. Kenapa dia tak pernah tahu, Oh, mungkin dia tak pernah bertanya tentang parut jahitan itu pada isterinya.

Baiklah, esok dia akan tanyakan tentang parut ini kepada isterinya.
















Pagi..

Taehyung dah bangun terlebih dahulu. Dia tak begitu terkejut melihat jungkook yang tidur disampingnya. Kerana dirinya yang memutuskan untuk tidur bersama jungkook.

Melihat jungkook yang begitu nyaman dengan tidurnya membuatkan ia enggan untuk mengejutkan suaminya itu. Sebenarnya taehyung tak perlu pun nak kejut pagi jungkook. Sebab dia tahu kalau jungkook harini tak kerja.

Macam mana taehyung tahu?

Pada mulanya dia tak berapa ambil berat tentang hal pekerjaan suaminya. Tetapi di teringatkan beberapa hari yang lalu saat ia menanyakan tentang jungkook pada ibu mentuanya.

Flashback..

Taehyung duduk dihadapan wanita itu. Siapa lagi kalau bukan ibu mentuanya. Wanita paruh baya itu masih sibuk bermain dengan cucunya. Jeon Aera.

"Um, eomma.. tae nak tanya sikit boleh.." Wanita itu mengangkat wajahnya saat mendengar suara dari menantu kesayaanganya itu.

"Apa dia.."

"Mm, eomma tahukan kalau jungkook masih belum menganggap tae sebagai isteri dia. Dia akan selalu sebut nama mendiang soora noona.. Tae tahu kalau mendiang soora noona adalah isteri pertama dan juga cinta pertama jungkook-hyung.. tapi memang tak ada ruang ke untuk tae mencintai jungkook-hyung sebagai suami tae.."

"Taehyung, eomma tahu kalau jungkook akan selalu mengutamakan soora walau kenyataanya soora dah pun tak ada. Tapi eomma kenal sangat dengan jungkook.. Kamu jangan risau tentang itu, belajarla untuk ambil hatinya sedikit demi sedikit.. usaha jika kamu benar benar cintakanya."

"Berikan sepenuhnya perhatian kepadanya.. Jungkook begitu sayangkan soora.. jadi jangan jadikan soora sebagai alasan untuk kamu dan jungkook tak boleh bersama.. Usaha ye nak.. pasti akan ada hasilnya."

"Tapi macam mana eomma.."

"Belajar lah untuk mengetahui semuanya tentang jungkook, apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka. Kene tahu juga tentang jadual berkerjanya. Pukul berapa dia balik.. bila dia cuti dan bila dia kerja.. ambil benda tu sebagai harian penting kita.. Tak perlu sampai mengusik kerjanya. Hanya kita gunakan itu sebagai layanan kita kepadanya.."

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now