Ep-1

3K 118 12
                                    

Taekook

.
.
.

"Duda Pujaan Dara"

.
.
.

Episode 1









Busan
13:24 KST

Kim's house

;

"Mama!!!!" wanita yang kini berada didapur itu terkejut setelah mendengar teriakkan Dari sang anak. Namja Manis itu belari kearah ibunya.

"Ye,kenapa tae?" Tanya sang ibu. Namja manis itu sedang tertawa bahagia bersam telefon bimbit yang berada didalam genggamanya itu.

"Ini, jungkook bakal menantu mama!" Kata taehyung dengan nada Yang teruja. Sang in hanya mengelengkan kepalanya. Dia tahu bahawa anaknya amat menyukai jungkook iaitu duda yang terkacak dikorea.

"Sudahlah, dia tu duda. Dah ada anak dah pun. Carilah lelaki bujang yang lain." Ucap puan Kim. Sang ibu kepada namja manis itu. Puan kim tahu bahawa taehyung terlalu menyukai namja itu. Walaupun kenyataanya namja itu tidak sama taraf dengan mereka yang biasa biasa sahaja.

Mungkin juga, namja itu tidak mengenali taehyung sama sekali.

"Mama, bolehkan kalau tae nak berkahwin dengan dia. Bolehkan mama?!" Wanita itu hanya mengeluh berat. Senang kata, anak dia ni memang jenis syok sendiri. Berangan nak kahwin dengan lelaki yang hebat-hebat dan tak kurang kacaknya. Tapi lihatlah sikap anaknya ini. Langsung tidak mengubah apa apa.

"Sudahlah, jangan nak berangan lebih! Walaupun dia duda, dia ada kerjaya dia sendiri. Dan kacak! Bukan macam kau. Pemalas.. siapa je nak kan kau! Perasaan lebih!" Tak semena-mena seorang lelaki sedang berjalan dihadapan taehyung. Dan namja cantik itu hanya berdengus. Iya, lelaki yang baru sahaja berjalan dihadapanya itu ialah hyungnya.

Kim seokjin.

"Yak! Hyung! Sepatutnya hyung sokong tae. Bukanya cakap macam tu." Ujar taehyung dengan nada yang tidak boleh menerima apa yang dikatakan oleh hyungnya tadi.

"Benda betul, tak ada yang silap pun. Kau tu pemalas nak mampus, semua kerja nak aku yang buatkan. Kau lenggang kangkung je. Masak pun tak tahu ada hati nak kahwin dengan orang kaya. Sedarlah diri tu sikit, biar muka tak cantik tapi perangai tu terjaga. Kau ingat dengan muka kau tu, lelaki tu nak kan kau ke?" Kata seokjin lagi sengaja ingin menyakiti adiknya dengan perkataan pedas yang dikeluarkan olehnya.

"Yakh! Mama... hiks.. hiks.. tengoklah hyung ni." Taehyung belari ke arah ibunya lalu memeluk tubuh wanita itu dan mengadukan segalanya kepada sang ibu. Taehyung tu memang manja sebab dia anak bongsu. Sebab tu mengada-ngadanya tu lain macam. Maklumlah.. faham-faham jelah.

"Jin-ah! Sudahlah tu. Berhenti usik adik kamu tu. Kamu kalau tak usik dia seharian ni memang tak sahkan." Kata sang ibu seolah membela si adik. Seokjin hanya memutarkan bola matanya. Dan tidak peduli pada keduanya. Bagi seokjin dia sudah biasa dengan semua itu. Taehyung memang bersikap seperti budak budak padahal umur sudah masuk 19 tahun. Masih bersikap keanak-anakkan sahaja.

"Mama kasikan kalau tae dengan jungkook hyung?!" Ucap taehyung. Wanita itu terdiam untuk buat seketika.

"Tae, lelaki yang kamu katakan jungkook itu duda. Dan dia dah seorang anak perempuan. Jika kamu nak berkahwin denganya. Kamu perlu mengambil hatinya dan juga hati anaknya. Berkahwin dengan lelaki duda anak satu ini bukan senang nak! Kalau si anak tidak menerima kamu sebagai ibunya. Kamu tak akan mungkin mendapatkan papanya." Ujar sang ibu dengan penuh kata-kata yang lembut. Taehyung terdiam lalu berfikir semula. Dia harus dan pasti mendapatkan jungkook. Entah mengapa keyakinanya terlalu tinggi. Tetapi dia tak peduli. Dia akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan keduanya.

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now