Ep.32

1.4K 90 28
                                    

"T-taehyung..?" Wanita itu menoleh ke arah anaknya yang sudah berdiri disana bersama seokjin. Sebenarnya seokjin dah tahu semua itu. Tetapi semua memilih untuk merahsiakan kerana taehyung tidak pernah memberikan tanda bahawa dia masih mengingati waktu itu.

"Hyung!" suara taehyung sedikit bergetar. Mungkin setelah ini tangisan taehyung akan pecah.

"Maaf tae, hyung tahu semua itu. Tapi kami memilih untuk merahsiakanya." Taehyung begitu terkejut menyebabkan ia jatuh pingsan dihadapan sang abang. Seokjin menyambut tubuh adiknya. Jungkook bergegas menghampiri isteri yang sedang pingsan.

Sambutan itu beralih ke arah jungkook. Tubuh itu didukung dan bawa ke ia bilik.





















"Daddy..?" suara aera. Jungkook begitu merisau keadaan taehyung sampaikan ia tidak perasaan yang aera pulang ke rumah.

"Aera.." gadis itu tadi begitu gembira saat ajusshi seokjin datang mengambilnya disekolah. Wajah gadis itu terlihat masam, mungkin tak gembira saat melihat tubuh mommynya terbaring diatas katil.

"Daddy, mommy kenapa..?" tanya aera. Jungkook mengelengkan kepalanya.

"Mommy tak sihat, mommy kene rehat."

"Apa, mommy tak sihat kenapa daddy? mommy sakit ke.?" ujarnya dengan sangat panik. Inilah kenapa jungkook tidak mahu aera bertemu dengan taehyung saat isterinya dalam keadaan seperti ini. Aera pasti akan menangis dan takut jika taehyung sakit.

"Iya, mommy cuma tak sihat.. jadi aera jangan nangis.. sekejap lagi mommy akan sadar ye nak." Pujuk jungkook. Gadis kecil yang tadi menangis dipelukan sang ayah kini tertidur dipelukan jungkook. Jungkook tidak ingin mengalihkan tubuh aera darinya kerana gadis kecil itu masih memerlukanya. Dia faham dengan sikap aera.

"Maafkan eomma jungkook.." Jungkook memusingkan kepalanya melihat wajah sang ibu yang kini sudah dipenuhi dengan deraian air mata.

"Eomma tahu..?"

"Tidak, tapi eomma baru je tahu.. setelah taeyeon datang memberitahu segalanya kepada eomma jungkook.." Hani menangis. Dalam masa yang sama dia rasa begitu kecewa dengan soora. Tetapi yang lebih terkesan sedih adalah jungkook. Walaupun soora melakukan itu demi kebaikan dirinya. Tetap sahaja jungkook berasa sedih, kenapa perlu soora menyembunyikan hal sebegitu penting ini darinya. Melibatkan orang yang tidak bersalah.

"Tak mengapa eomma.." lirih jungkook pelan. Menatap wajah sang isteri yang tertidur dengan sangat damai. Tanganya terulur untuk mengusap wajah taehyung. Rasa menyesal saat memberikan penolakan yang membuatkan taehyung begitu kecew dengan dirinya. Tak sepatutnya jungkook memperlakukan taehyung sebegitu. Jungkook tahu pasti taehyung berasa sedih saat kata kata pedas nan tajam itu menusuk pada dirinya. Seharusnya jungkook belajar untuk merelakan soora.

Jadi selama ini, perjuangan yang harus dihargai bukanlah soora melainkan taehyung.

"Hiks.. maafkan saya taehyung.. saya gagal jadi suami yang baik untik awak. Maaf sebab saya banyak sakitkan perasaan awak. Sepatutnya saya lupakan soora dan berikan ruang untuk awak berada dihati saya."

"Maaf, taehyung pasti awak begitu terbeban dengan semua ini.."

Jungkook menangis.

Ibu taehyung kini sedang menenangkan hani yang menangis terisak isak.

"Sabarlah Hani, semua dah pun berlalu.. saya juga dah maafkan soora.. awak belajarlah untuk memaafkan soora.. lagipun, soora dah tak ada semua yang dia buat ada baiknya."

"Ini dah jadi jalan takdir untuk keduanya. Mungkin taehyung dan jungkook memang ditakdirkan untuk bersama. Dengan adanya aera.."

"Hiks.. saya sedih.. hana.. aera tak pernah tahu pun kalau ibu kandungnya adalah taehyung. Kesian denganya hana.. hiks.. kenapa sanggup soora buat macam tu.. saya malu dengan awak hana.. malu dengan soora sebagai menantu saya! Kerana soora juga menyebabkan suami awak mati."

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now