Ep 25

1.2K 98 9
                                    

Taehyung berjalan mengikuti langkah jungkook dengan perlahan. Aura jungkook saat ini tidak baik, taehyung tak begitu memahami kerana semasa ia pulang tadi aura jungkook menjadi sangat tegas. Membuatkan dirinya berasa sedikit takut dan seram.

"Mommy!" teriak aera yang kini belari ke arah taehyung sambil melebarkan lenganya untuk memeluk.

Grep!

"Kenapa lambat mommy balik." ujar aera dengan bibir yang sengaja ia muncungkan.

"Sorry, mommy ada kelas syg."

"Hm, lama aera tunggu mommy balik." Taehyung terkekeh melihat telatah manja aera.

"Okay, mommy minta maaf eh. Jangan marah lagi, mommy tak sengaja." pujuk taehyung.

"Oraite, aera dah tak marah lagi." gadis kecil itu memeluk tubuh taehyung dengan erat.

"Ehem! aera, daddy pun ada kat sini. Asyik peluk mommy je, daddy diabaikan." ujar jungkook dengan nada yang tegas.

"Alah, daddy kan dah selalu kene peluk dengan aera. Biarlah aera nak peluk mommy." ujarnya sambil memimikan wajah.

"Hm, iyelah."

"Mommy aera lapar, jom makan!" sambil menarik narik pergelangan taehyung.

"Iya, jom kita makan." keduanya berjalan menuju ke dapur. Tetapi sempat dihalang oleh jungkook. Pergelangan taehyung ditarik oleh jungkook. Taehyung refleks memandang jungkook dengan tatapan yang tidak diertikan.

"Aera duduk kat meja dapur, daddy nak cakap sesuatu dengan mommy."

"Um, baiklah." akhirnya gadis kecil itu pun berjalan menuju ke meja ruangan dapur.

Jungkook membawa taehyung dihadapan balkoni luar. Taehyung masih lagi tertanya-tanya kenapa jungkook bawa ia ke luar balkoni ini.

"Jungkook.."

"Siapa eunwoo."

"Hah, kan tae dah cakap dia kawan kampus tae je."

"kawan bole peluk eh?"

"Itu tak sengaja."

"Memang kau sengaja bagi alasan macam tu."

"Jungkook, awak cemburu ke saya dengan eunwoo." ujar taehyung membuatkan pemuda tampan itu terdiam seribu bahasa.

"Betul ke?" jungkook masih diam.

"Kalau betul, awak jangan risau sebab saya hanya ada awak." jelas taehyung tanpa rasa segan silu lagi.

Jungkook tidak menjawab pertanyaan taehyung malah dia berjalan menuju ke ruangan meja makan. Taehyung hanya menghela nafas.

"Apa susahnya, cakap jela yang kau suka dengan aku. Kau jeles bila aku dengan orang lain. Inilah dia, ego sangat." bisik hati taehyung kemudian mengikuti langkah jungkook kebahagian dapur.

"Mommy, aera nak makan!"

"Iye, baiklah.. mommy hidangkan ye!"

Sebelum taehyung menghidangkan nasi untuk aera. Ia menyiapkan dahulu hidangan untuk jungkook.

"Um, gomawo."

"Nae.." balas taehyung singkat.

"Mommy, aera nak mommy suapkan boleh?." Taehyung tersenyum lalu menganggukan kepalanya.

"Boleh jer.." taehyung menyuapkan nasi itu kedalam mulut gadis kecil itu. Jungkook melihat keduanya tersenyum nipis. Tak sangka kalau taehyung benar-benar menjaga anaknya dengan baik.

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now