Ep.18

1.1K 102 7
                                    

"Aera!" taehyung belari ke arah gadis kecil yang sedang meringkuk kesejukan diluar pintu utama rumah mereka.

Grep!

Saat melihat wajah ceria itu bertukar menjadi pucat lesu membuatkan keringat taehyung meluncur jatuh.

"M-mommy.." gadis kecil itu menjatuhkan tubuhnya didalam pelukan taehyung. Bukan sebuah balasan pelukan darinya melainkan aera pengsan didalam pelukanya.

"Aera..sayang!" taehyung mengoyah-goyahkan tubuh aera cuba membuat gadis kecil itu tetap sadar. Nihil, aera memang benar-benar sudah pengsan tidak sadarkan diri dan seluruh tubuhnya terasa sangat sejuk.

"Eomma.. bantu tae!" akhirnya wanita itu membantu taehyung mengangkat aera masuk ke dalam biliknya. Meletakan tubuh kecil itu perlahan lahan diatas katil.

"Eomma aera pengsan.."

"Sekejap, eomma ambilkan minyak angin." wanita kim itu pun berjalan keluar dari bilik dengan kadar yang segera. Taehyung risau setengah mati saat melihat gadis kecil itu berada dihadapan pintu rumahnya dalam keadaan gadis kecil itu mengigil kerana kesejukan.

"Patut ke kita hubungi jungkook."

"Tak perlu.. kita hanya perlu menghubungi dokter untuk datang ke sini." Seokjin hanya mengangguk lalu kembali mendail telefonya. Menghubungi dokter untuk datang ke sini melihat keadaan aera.

"Nah.." wanita paruh baya itu menghulurkan minyak angin lalu taehyung meletakkan minyak itu pada hujung hidung aera. Berharap bahawa gadis itu akan sedar diri.

"Kita tunggu sampai dokter datang tae.." Namja manis itu mengangguk faham. Lalu menatap gadis kecil yang malang itu. Dia tidak tahu mengapa aera sampai datang sini dengan keadaan malam lewat seperti ini. Tidak memakai pakaian tebal bahkan gadis itu memakai pakaian yang sangat tipis. Tidak mungkin jungkook mengizinkan aera untuk keluar lewat malam seperti ini mengingatkan pemuda jeon itu begitu posesif dengan anaknya.

"Bukan ke dia anak Jeon Jungkook." ujar namjoon saat melihat gadis kecil ini begitu familiar dimatanya.

"Iya.. memang anak jeon jungkook."

"Kita patut hubungi daddynya. Pasti daddynya risaukn keadaan anak kesayanganya ini."

"Tak perlu."

"Kenapa?" tanya seokjin.

"Nothing.. tunggu sampai aera sedar. Tae yakin kalau aera sedang melarikan diri dari sesuatu."















"Encik Choi.. dah jumpa aera ke?" ujar jungkook dengan raut wajah yang kuatir akan putri kesayanganya itu.

"Belum.. puas saya cari sekitar sini."

"Biar aku yang cari." jungkook merampas kunci kereta itu berjalan menuju keluar. Saat dia ingin keluar, dahyun menahan lengan jungkook.

"Baby.. you dah janji nak dinner dengan i malam ni." ujar dahyun dengan nada yang merengek-rengek.

"Dahyun.. aera hilang. i kene cari dia dulu." Pemuda jeon itu ingin melepaskan tanganya dari pautan dahyun. Tetapi gadis itu seboleh-boleh ingin menghalang jungkook untuk pergi.

"Baby! biar jelah.. nanti dia balik juga dia bukan boleh pergi mana pun."

"Kau tak ada anak kau diam. Sekarang ni aera anak aku. Tak mungkin aku duduk diam kat sini. Selagi aku tak jumpa aera selagi tu aku tak akan balik." Ucap jungkook lalu menghentakkan tanganya untuk lepas dari tautan dahyun. Gadis itu berdecit tak suka lalu menghentak-hentak kakinya. Encik choi yang melihat hanya mengelengkan kepala.

"Saya berharap cik dapat kawal sikap cik. Apa yang cik buat ni sangatlah melampau. Jangan sampai Tuan Jeon hilang sabar dengan cik." Ucap Encik choi lalu berjalan meninggali gadis yang begitu sombong nan angkuh itu.

"Kau diamlah orang tua!" teriaknya dari jauh. Kakinya masih dihentak-hentakkan.

"Sial kau jungkook.. budak tu pun satu tak guna. Baik mati je.. ganggu waktu waktu berharga aku dengan jungkook je." Gadis itu merungut-rungut tak tentu pasal.















Taehyung masih setia berada disamping aera. Gadis kecil itu masih belum sadarkan diri. Melihat keadaan gadis itu membuatkan batin taehyung menangis.

Rasa sesak yang sangat dalam. Namja cantik itu mengusap-usap wajah aera dengan penuh kasih sayang. Berasa simpati dengan aera, disaat usia seperti ini dia kehilangan ibu dan juga hilang kasih sayang dan perhatian seorang ayah.

Aera berhak untuk bahagia.

Tiba tiba sahaja taehyung teringat dengan kata kata dokter tadi. Saat datang kesini merawat aera.

Flashback..

"Macam mana dokter?" tanya taehyung dengan nada risau.

"Dia baik baik sahaja. Hanya sahaja traumanya kembali.. dan dia terlalu kesejukan membuatkan dia pengsan. Imunisasi tubuhnya tidak dapat berkerja dengan baik membuatkan dia mudah collapse."

"Jadi.. boleh saya tahu kenapa traumanya kembali."

"Awak tak tahu trauma yang dihadapi oleh Jeon Aera."

"Apa itu dokter?"

"Aera menghidap truama dan kemurungan lebih tepatnya penderaan. Saat saya melihat pada tangan dan kakinya ada kesan lebam. Bermungkinan aera adalah mangsa penderaan."

Taehyung terkejut besar. Tak tahu kalau aera menghidap trauma lebih tepatnya aera pernah kene dera dengan seseorang.

"Sekiranya traumanya kembali. aera mungkin akan meracau tak tentu. Perasaan dan mentalnya sangat terganggu. Buat masa ini, jangan ganggunya.. saya ada berikan beberapa ubat untuknya. Saya pasti aera akan sembuh. Doakan kesembuhanya."

Taehyung berasa ada yang tidak kena. Siapa yanh membuat penderaan pada aera. Pasti ada yang menderanya. Tiba tib sahaja dia jadi teringat dengan dahyun kekasih atau lebih tepatnya bakal ister Jeon Jungkook. Aera sangat membencikan wanita itu.

"Benda ni ada kene mengena dengan Dahyun ke?"

End Flashback..














"M-mommy.." lirih aera matanya masih terpejam rapat. Taehyung segera menghampiri gadis kecil itu lalu mengenggam tanganya dengan lembut.

"Aera, sayang!"

"M-mommy! hiks.." gadis itu mulai menangis dan cuba mengapai sesuatu tetapi matanya masih lagi tertutup.

"Aera.. ini mommy taehyung ada kat sini sayang!"

"Mommy! hiks.. sakit! sakit! mommy! sakit! jangan pukul aera! hiks.." Gadis itu mulai meracau tidak jelas. Tubuh gadis itu memberontak dengan sangat kacau. Taehyung cuba menenangkanya.

"Aera! ini mommy! nak.. mommy kat sini...Shh." Gadis itu membuka kedua matanya lalu memeluk tubuh taehyung dengan erat. Menangis terisak-isak dibahunya.

"Hiks.. mommy jangan tinggalkan aera!"

"Ye, mommy tak tinggalkan aera. Tak akan pernah."

"Hiks.. mommy aera takut!"

"Kenapa sayang jelas dekat mommy!" gadis itu mengeleng enggan bercerita.

"Baiklah rehat disini.. okay!"
lengan taehyung ditarik keras.

"Jangan pergi."

"Tidak sayang!" taehyung mengecup dahi aera.










Tbc.

Saya mungkin akan sibuk lepas ni. Tak boleh update cerita banyak2 dalam satu hari.. sebab saya dah sibuk dengan assignment.. Doakan saya ye!

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now