Ep-2

1.3K 110 9
                                    

Taekook

.
.
.

"Duda Pujaan Dara"

.
.
.






;

Mansion Jeon's

Taehyung tiba dihadapan mansion mewah yang terlihat dua Kali lipat ganda berbanding dia lihat dilayar televisyen.

Sempat namja manis itu mengkagumi rumah mewah sebesar istana. Ternyata, aera seorang anak yang kaya raya. Tapi sayangnya, gadis muda itu kekurangan kasih sayang daripada seorang ibu.

Bahkan taehyung tahu kalau kasih sayang seorang ayah dan ibu itu berbeza.

"Marilah, berikan aera pada pakcik."
Ujar lelaki tua itu. Taehyung melirik kearah aera yang kini berada didalam gendonganya. Taehyung mengelengkan kepalanya. Dia tahu, kalau aera buntuhkanya jadi dia seharusnya bertanggungjawab.

"Takpelah, pakcik! Biar tae yang bawa aera masuk ke dalam biliknya." Kata taehyung dengan nada yang sungguh sopan. Lelaki tua itu hanya melemparkan sebuah senyuman kemudian memberikan keizinan kepadanya untuk membawa aera ke biliknya.

Lagipun, aera sungguh selesa dengan taehyung tidak mengapa bukan?!

Taehyung membawa aera kedalam biliknya dan meletakkan gadis kecil itu diatas katil yang berhiaskan bunga bunga yang halus berwarna pink bersesuaian dengan anak perempuan.

Sempat taehyung mengamati seluruh bilik aera. Nampknya gadis kecil ini suka bermain dengan anak patung. Seperti patung Barbie doll. Taehyung jadi teringatkan dengan zaman kecilnya dahulu.

Taehyung suka bermain dengan anak patung. Terutamanya, patung barbie doll. Sering menjadi permainan kegemaranya.

Taehyung mengusap wajah gadis kecil itu lalu menarik selimut tebal berwarna pink itu sehingga ke paras dadanya. Entah kenapa taehyung merasakan sesuatu yang dinamakan bahagia.

"Aera sayang! Jadilah anak yang baik ye. Walaupun susah macam mana sekali pun. Belajarlah untuk mengharungi segala cabaran dengan hati yang kuat. Aera jangan sedih lagi ye, mommy taehyung sentiasa ada dengan kamu ye. Hwiting!"

Kata taehyung dengan nada yang perlahan. Lalu taehyung menyinggahkan sebuah kucupan singkat didahi mulus aera.

Kemudian taehyung berjalan meninggalkan gadis kecil itu. Kini, taehyung sedang mencari lelaki tua yang menjadi driver kepada Daddy aera.

Sebenarnya, taehyung tertanya-tanya sehingga sekarang. Macam mana ye agaknya, muka ayah aera. Adakah kacak atau sebaliknya. Entahlah, tapi yang pastinya taehyung perlu mengetahui dan berkenalan dengan ayah aera. Apasalahnya, lagipula.. taehyung tak mahu ayah aera berfikir yang bukan-bukan tentangnya.

"Ah.. taehyung-ah."
Taehyung menolehkan wajahnya kearah lelaki tua yang sedang berjalan menghampirinya.

"Ne?"
Jawab taehyung singkat.

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now