Ep.12

1.1K 93 7
                                    

Dokter lelaki itu datang merawat kaki taehyung. Nampaknya luka pada kaki taehyung sedikit serius. Dan tidak boleh ambil sewa kerana taehyung agak kesukaran untuk berjalan.

Dan dokter lelaki itu pun meminta taehyung untuk tidak banyak berjalan dan berehat didalam rumah.

"Ah, jungkook aku tak tahu yang kau dah kahwin." Ujar dokter lelaki itu yang sedikit berbual dengan jungkook diluar. Tapi mampu membuatkan taehyung mendengar perbualan mereka diluar.

"Taklah, dia cuma mommy yang dianggap oleh anak aku je."

"Maksud kau?"

"Aera dah lama kehilangan seorang ibu. Maka dia menganggap taehyung sebagai ibunya. Saat itu agak ragu untuk bawa dia kerumah. Kau tahukan aku jenis tak akan bawak masuk orang asing ke dalam rumah aku."

"Lagipun sejak dia ada kat sini, aera banyak berubah. Aera selalu bercakap dan anak itu selalu ceria. Kalau sebelum ini aera seorang yang introvert. Bahkan dia cerita dekat aku yang dia dah ada kawan." Sambung jungkook. Lelaki itu menepuk-nepuk bahu jungkook.

"Kalau macam tu cepatlah halalkan taehyung. Jadikan dia isteri kau. Dia pun seorang yang baik. Bahkan dia sangat perhatian dengan anak kau. Jika anak kau dah suka maksudnya kau dah dapat greenlight. Sampai bila nak menduda je. Carilah isteri yang boleh jaga kau nanti. Umur kau pun bukan muda lagi. Kesian dekat aera yang hauskan belaian seorang ibu." Balas lelaki itu. Jungkook tersenyum keruh.

"Atau kau masih belum lupakan mendiang isteri kau?" sambung lelaki itu. Taehyung masih dengar perbualan mereka. Aera pula sudah tidur dipangkuanya. Harini aera sangat manja denganya.

"Hm, entahlah.. aku asyik teringatkan mendiang isteri aku." Ucap jungkook perlahan. Lelaki itu begitu simpati dengan jungkook. Dia tahu jungkook seorang lelaki yang setia pada satu.

"Dia dah lama pergi jungkook.. Kau kene terima kenyataanya yang dia memang dah tak ada dekat dunia ni lagi. Teruskan hidup kau seperti biasa." Katanya. Jungkook sekadar menganggukan kepalanya.

"Tengoklah macam mana dahulu. Kalau hati aku dah terbuka untuk orang lain." Balas jungkook. Taehyung yang ada didalam bilik hanya diam. Memandang lantai itu dengan kosong.

"Sampai bila bila pun posisi isteri dia tak akan terganti dengan aku. Sedar diri taehyung.." Bisik taehyung.














Dokter peribadi mereka pun sudah balik. Jungkook berjalan menuju ke arah bilik tetamu. Dan disana ada taehyung sedang mengelus-gelus rambut aera.

"Buat masa ni kau duduk je sini dahulu. Dokter cakap jangan buat kerja yang berat-berat. Banyakkan berehat. Kau boleh stay sini. Pasal belajar kau aku akan cakapkan dekat pihak universiti nanti." Kata jungkooo dengan nada dinginya itu. Taehyung menganggukan kepalanya. Pandangan jungkook teralih pada anaknya yang tidur diatas peha taehyung.

Jungkook berjalan ke arah aera. Dia ingin mendukung tubuh gadis itu tetapi taehyung menghalangnya.

"Takpe, untuk malam ni.. Aera tidur dengan saya boleh." Kini giliran taehyung pula yang bertanya kepada jungkook. Namja berstatus duda itu hanye mengiyakan sahaja dan berjalan keluar dari bilik.

"Ah, Tuan jungkook.. maaf sebab saya banyak sangat susahkan tuan." Taehyung menundukan kepalanya dia sedikit rasa serba salah pada jungkook. Iyalah, dia tahu dirinya menyusahkan semua orang. Hanya sahaja dia terikat kerana aera yang mahukanya. Dia dengan ikhlas hati ingin menyalurkan kasih sayang sebagai seorang ibu kepada aera.

"Hm.." Jawab jungkook kemudian berjalan keluar dan pintu itu tertutup pelan. Taehyung menatap pintu itu dengan wajah yang sedih.

"Andai sahaja aku yang jumpa jungkook dahulu.." Gumam taehyung lalu mengusap rambut panjang aera. Taehyung sebenarnya berharap yang dalam hati jungkook itu masih ada ruang buatnya.

Taehyung tahu kalau soal hati dan perasaan ini memang tak boleh dipaksa. Tapi dia mahukan jungkook menjadi sebahagian dari hidupnya. Mahu bagaimana lagi, jungkook masih melupakan mendiang isterinya. Jadi taehyung hanya berserah saja.
















Pagi itu taehyung terbangun. Dia melihat disampingnya ada aera yang masih tertidur. Hari ini hari cuti, maka aera tidak bersekolah. Taehyung pun masih sakit lagi kakinya.

Jadi dia mungkin akan ambil cuti untuk beberapa hari.

Clerk..

Pintu bilik itu dibuka dengan perlahan. Jungkook berjalan masuk ke dalam bilik dengan membawa dulang yang terisi dia mangkuk.

"Dah bangun." ujar jungkook yang meletakan dulang itu diatas meja.

"Harini aku yang masak. Aku cuma masak bubur je kau makanlah." Kata jungkook dengan kekok. Suara dingin dan datarnya itu masih ada lagi. Taehyung tersenyum.

"Terima kasih.." Jungkook duduk pada katil itu. Tetapi dia menjaga jarak dengan taehyung. Aera masih nyenyak tidur lagi. Jungkook tak mahu ganggu tidur putri kesayanganya itu.

"Terima kasih." Itu suara jungkook. Taehyung menoleh ke arah lelaki duda itu.

"Sebab korbankan masa untuk aera. Aku minta maaflah sebab kalau selama ni aku kasar dengan kau. Sebab aku memang macam ni. Sedikit sebanyak kau mewarnai hidup aera. Untuk kali pertama aku nampak aera selesa dengan orang selain aku. Dia juga dah lama tak rasa kasih sayang seorang ibu."

"Ibu aera dah lama meninggal dunia semasa aera baru berusia 10 bulan. Saat itu isteri aku meninggal kerana kemalangan."

Taehyung terkejut. Dia tak sangka jungkook menjadi suami yang kuat. Taehyung ingin nangis sahaja kalau sudah seperti ini.

"Jadi dari kecil sampailah sekarang. Aera menjadi budak yang pendiam. Dia tak bercakap dengan sesiapa melainkan aku dengan Encik choi sahaja."

"Nak nampak di senyum pun susah." Taehyung hanye melirik aera yang masih tertidur itu. Entah kenapa dia berasa sangat kesian dengan hidup aera.

"Terima kasih.."

"Takpe, saya memang ikhlas jagakan aera. Saya rasa selesa dengan aera." ujar taehyung dengan senyuman manis tercetak dibibirnya. Entah suatu perasaan yang sudah lama jungkook tidak merasainya. Apatah lagi melihat senyuman taehyung membuatkan dia teringatkan aera.

"Maaf kalau saya membuatkan tuan mengingatkan mendiang isteri tuan." Jungkook menoleh ke arah taehyung namja dingin itu memasang wajah yang tidak terbaca oleh pemuda manis itu.

"Tak mengapa." Akhirnya lelaki itu keluar dari bilik taehyung meninggalkan putri kesayanganya bersama taehyung. Kerana saat ini, dia perlukan waktu untuk menyendiri. Tiba tiba sahaja dia teringat akan mendiang isterinya.













"Aku merinduimu Jeon Soora. Andai saat ini kau masih ada. Pasti lengkap keluarga kecil kita saat ini. Dan mungkin aera akan terlihat lebih ceria." Rintihan jungkook. Malam ini menjadi malam yang paling sedih baginya.








Tbc.

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now