Ep.31 EPIC

1.2K 89 14
                                    

"APA?!" terkejut bukan main. Apa yang ibu mentuanya sedang cakapkan saat ini. Lahirkan Aera..? Aera adalah anaknya bersama soora apa kene mengena dengan Taehyung?

Pelbagai pertanyaan yang bermain dikepalanya. Wanita dihadapanya ini berusaha menenangkan jungkook.

"Pasti kamu tak faham sekarang ni. Baiklah dengarkan benda ni baik-baik dan kamu akan faham nanti.." Akhirnya jungkook memilih diam dan mendengarkan semuanya.

"Aera bukan anak soora dengan kamu jungkook.. Tetapi anak kamu dengan taehyung."

"Eomma tahu kamu pasti pelik, tapi itulah kenyataanya. Sebenarnya isteri kamu soora mandul. Dia tak boleh mengandung dan juga melahirkan anak."

"Soora menginginkan seorang anak. Tetapi saat dia membuat pemeriksaan keatas dirinya. Dokter mengesahkan bahawa Rahim soora tida berfungsi. Dia dinyatakan mandul. Maka dari itu, soora begitu sedih teramat. Dia sedih kerana tidak dapat memberikan kamu keturunan."

"Soora cukup tertekan dengan eomma kamu jungkook. Yang selalu desaknya untuk berikan keturunan. Walau sebenarnya kamu tak kisah kalau soora tidak dapat memberikan zuriat kepada kamu. Tapi hati seorang isteri jungkook. Siapa yang tak teringin nak ada anak sendiri. Siapa je yang tak teringin nak berikan suaminya zuriat."

"Soora tertekan dengan hal itu, pelbagai cara dia cuba untuk ikhtiar."

"Sampaikan pada satu masa, soora ingin mencari ibu tumpang. Sudah bermacam macam wanita yang datang bersedia untuk menjadi ibu tumpang. Tetapi selalu gagal, kerana wanita wanita itu malah meminta syarat yang cukup melampaui batas."

"Wanita wanita itu memintanya untuk tidak melakukan IV terhadap rahim mereka. Tetapi mereka ingin melakukan itu secara bersetubuh dengan kamu jungkook."

Jungkook terkejut beruk.

"Tentu sahaja, soora menolaknya dengan sangat mentah. Isteri mana yang sanggup berbahagikan milik suaminya kepada orang lain. Maka dari itu, soora terpaksa menolak untu mencari ibu tumpang."

"Entah sebuh takdir atau kebetulan. Soora bertemu dengan anak saya. Kim Taehyung. Waktu itu taehyung masih berusia 14 tahun. Sangat belia. Soora bertemu dengan taehyung ketika taehyung sedang dibuli oleh rakan rakan sekolahnya diluar sekolah."

"Hati soora tergerak untuk membantu taehyung ketika itu."

"Soora mengatakan bahawa dia selesa dengan taehyung. Dia juga sudah menyayangi taehyung seperti adiknya. Soora banyak bantu taehyung dari segi pembelajaran dn kewangan. Waktu itu kami kesulitan dari segi duit. Ayah taehyung berkerja diluar negeri untuk mencari duit lebih untuk kami sekeluarga. Jadinya, ayah taehyung jarang balik ke rumah. Dia hanya mengirimkan duit je pada kami."

"Taehyung seorang pelajar yang rajin. Dia juga pandai, bahkan guru guru banyak memuji atas kebijaksanaanya. Oleh itu, soora berasa sangat simpati dengan taehyung. Maka dia membantu taehyung dari segi pembelajaran."

"Tapi semuanya berubah, bila mana soora teringatkan tentang ibu tumpang. Saat itu, wajah taehyung terlintas difikiranya. Pada mulanya soora tak mahu melakukan itu, tetapi untuk kali ini dia merasakan sedikit tamak. Jadi, soora pun membawa taehyung ke hospital. Tanpa pengetahuan eomma, eomma pun tak tahu kalau taehyung dan soora ada kaitan. Kerana eomma tahu taehyung seorang yang pandai menyimpan rahsia."

"Soora membawa taehyung ke hospital untuk membuat pemeriksaan pada tubuh taehyung. Dokter itu mengatakan bahawa taehyung memang mempunyai rahim yang begitu subur."

"Maka dari saat itu, soora nekad menjalankan IV pada rahim taehyung. Pasti kamu ada teringat waktu kamu dan soora datang ke hospital untuk menggabungkan sperma kamu dengan rahim soora. Tujuan untuk membuat IV ke atas rahim soora."

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now