Ep.20

1.3K 109 10
                                    

Brak!

Pintu rumah itu dibuka dengan sangat tidak sopan. Pemuda jeon itu masuk tanpa undang dengan keadaan yang tergesa-gesa.

"Taehyung!" teriaknya. Betul tak sopan langsung. Dah lah redah je rumah orang macam tu. Pastu jerit-jerit macam tu. Serupa beruk dah.

Namja manis itu berjalan turun. Minhyuk tidak tahu harus berbuat apa. Kerana majikanya ini memang tidak tahu ertinya adab ketika bertamu dirumah orang.

"Ah, Tuan Jungkook.."

"Mana anak aku!"

"Aera ada disini.."

"Panggilkan dia cepat!"

"Duduklah dahulu.." Jungkook akhirnya mendudukan dirinya pada sofa yang tidak terlihat mewah itu tetapi cukup rasa selesa.

"Aera.. marilah turun." Panggil taehyung pelan.

"Sekejap mommy!" itu suara aera dari atas. Jungkook terkejut, iya tu suara anaknya. Putri kesayanganya. Tak lama selepas itu gadis muda yang cantik itu berjalan sambil memimpin tangan kecilnya.

"Mommy.. ada siap—" gadis itu terdiam. Lalu memeluk erat lengan taehyung. Dia mencengkam baju taehyung meminta taehyung untuk bawa ia keatas. Dia tak ingin menemui lelaki itu.

"Aera sayang!" itu suara sang ayah memanggil gadis muda itu. Aera tidak mahu melihat sang ayah. Dia menarik baju taehyung, seolah memberikan isyarat bahawa dia ingin pergi dari sana.

"Aera! maafkan daddy nak!" Jungkook ingin mengapai tangan sang anak. Dia ingin membelai rambut panjang gadis itu. Mengapai sang anak adalah seperti harapan yang tidak kesampaian.

"Aera.. kemarilah.. kita pulang nak.. maafkan daddy!" ucap jungkook pelan dengan penuh lemah lembut.

"Tidak! hiks.. aera bencikan daddy!" gadis itu menangis dibaju taehyung.

"Jangan aera.. jangan bencikan daddy! Maafkan daddy.. daddy tahu daddy salah.."

"Pergi, aera tak nak dengan daddy! aera sakit hati dengan daddy! daddy lebihkan aunty dahyun dibandingkan dengan aera. Penting sangat ke aunty dahyun sampaikan daddy bentak aera." Jungkook menangis sepuas-puas hatinya. Untuk kali pertama dia dibenci oleh anaknya sendiri.

"Hiks.. aera.. jangan tinggalkan daddy! daddy sayangkan aera lebih dari segalany—

"Lebih dari aunty dahyun?!"
Pemuda jeon itu terdiam. Tidak mampu menjawab kata kata aera.

"Nampak, daddy memang lebihkan aunty dahyun. Daddy tak boleh nak buat pilihan sama ada nak pilih aera atau aunty dahyun."

"Pergilah daddy.. aera nak tinggal dengan mommy taehyung. Aera nak duduk dengan orang yang ikhlas jaga aera bukan orang yang tak sudi na jaga aera!"

Tanpa membuang masa gadis kecil itu belari menghempaskan tanganya dari tautan taehyung lalu belari masuk ke bilik.

"Aera!" teriak taehyung.

"AERA!" Jungkook seboleh-boleh nak naik atas tetapi taehyung menahanya.

"Sebaiknya tuan jungkook pergilah.."

"Tak, aku tak akan pergi!"

"Tuan Jungkook!"
Tahan taehyung. Tetapi jungkook berusaha untuk menolak taehyung. Saat jungkook cuba menolak tubuh taehyung. Seokjin dan namjoom muncul didepan pintu utama. Begitu juga dengan wanita paruh baya itu. Terkejut dengan baru sahaja dilihat.

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now