Ep.14

1.1K 102 11
                                    

Lelaki kekurangan tinggi itu pun tiba dihadapan sebuah mansion yang besar. Dia tak percaya, benarkah sahabatnya berada disini atau taehyung sekadar mempermainkanya sahaja.

"Betul ke? atau aku salah rumah. Tapi dalam location ni memang tunjukan rumah ni. Tak mungkinlah, taehyung duduk sini.."

"Ke dia sengaja nak kenakan aku." gumam jimin tak jelas. Lelaki itu menelefon semula taehyung.

"Taehyung!" teriak jimin.

"Ye, dah sampai ke?" tanya taehyung diseberang sana.

"Dah keluar cepat, atau aku bunuh kau. Jangan nak buat malu aku."

"Jim, kau masuk je.. cakap dengan jaga tu yang kau kawan aku."

"Tapi—"
Panggilan terpadam dan itu menbuatkan jimin kesal dengan lelaki ini.

"Yak!" teriaknya pada telefon itu. Jimin berjalan ke arah lelaki paruh baya yang jaga dihadapan mansion mewah ini.

"Ah, ajusshi.. boleh saya tahu ini kediaman Tuan Jeon ke?" Tanya jimin dengan lemah lembut. Maklumlah pakcik tu dah tua kalau aku jerit-jerit depan dia mampus mati juga karang.

"Ye, saya.. ada yang boleh saya bantu." Kata lelaki tua itu.

"Ah, saya kawan taehyung. Dia minta saya datang ke sini."

"Oh, taehyung ye! masuklah." Jimin tak percaya. Bermakna betulah kata taehyung tadi. Dia pun berjalan masuk ke dalam rumah itu. Mengkagumi segala kemewahan itu belum masuk lagi pintu rumah baru halaman rumah. Bunga bunga yang segar ditanam dilereng-lereng rumah. Ada juga gazebo besar yang cantik dengan tirai putih.

Tengah tengah tu ada air pancut. Menambahkan lagi kehijauan halaman mansion ini.

"Gila la ini kediaman Jeon." Ucap jimin pelan. Tak lama dia jumpa seorang lelaki paruh baya yang berpakaian formal. Lelaki itu datang menghampirinya.

"Ada yang boleh saya bantu."

"Saya kawan taehyung. Boleh tak saya nak jumpa dia."

"Awak kawan taehyung ye, satu fakulti dengan dia ke?" Tanya lelaki itu.

"Iya saya."

"Kenalkan saya Encik Choi minhyuk. Boleh panggil encik choi. Saya secretary Keluarga Jeon. Mari, saya tunjukan dimana ruangan taehyung." Lelaki paruh baya itu membawa jimin berjalan masuk ke dalam mansion.

Jimin tak berhenti henti mengkagumi isi rumah ini. Penuh dengan barang mewah. Untuk kali pertama dia datang rumah semewah ini.

Tok..Tok..

Pintu itu diketuk. Akhirnya pintu bilik itu terbuka. Menampakkan taehyung yang duduk tersandar dikepala katil itu. Jimin yang nampak terkejut melihat kaki taehyung yang berbalut.

"Taehyungie!!" Teriak jimin lalu belari memeluk sahabatnya. Taehyung pun tak kalah memeluk sahabatnya yang pendek itu.

"Yak, aku tak percaya kau ada kat rumah sugar daddy kau—akh!" Kepala jimin diketuk dengan kuat sekali menimbul rasa sakit pada lelaki itu.

"Mulut tu jaga." Marah taehyung.

"Sorrylah, eh mana jungkook kau cakap?"

"Entah, tak tahu aku. Encik choi, mana tuan jungkook." Tanya taehyung kepada lelaki yang bernama Choi Minhyuk itu.

"Ah, Tuan ada kat bilik bacaan." jelas Encik Choi.

"Oh.. see jungkook ada kat bilik bacaan."

"Mana nak tengok dia."

[C] 𝐃𝐮𝐝𝐚 𝐏𝐮𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐃𝐚𝐫𝐚 •𝐣𝐣𝐤+𝐤𝐭𝐡✓Where stories live. Discover now