O N E

326 55 7
                                    

"Helena Kim." remaja perempuan itu bangun daripada tidurnya. Air liur yang melekat di bibirnya di bersihkan. Rambut nya yang serabai disikat rapi kebelakang. Madam Lee hanya mampu menggeleng kepala nya melihat sikap Helena.

"Helena, ini amaran terakhir." kata Madam Lee. Dia menyambung semula pembelajaran yang tergendala tadi. Helena tersengguk-senguk sambil menggosok kedua belah mata nya.

Saat bunyi loceng berbunyi, para pelajar keluar pergi ke kafeteria untuk makan tengah hari. Helena hanya duduk di dalam kelas lalu tidur. Dia tidak kisah jika berlapar kerana dia sudah biasa.
Dia tahu Tuan Kwon bukan lah ayah sebenarnya. Helena tidak mahu menghabiskan duit penjaga nya itu.

"Helena. You must hungry. Take this." sebuku roti dicampakkan kepada Helena. Ketua kelas nya, Han Goo Hyun memang terkenal dengan sikap baik hati nya. Helena mengucapkan terima kasih perlahan.

Orang menganggap Helena ialah gadis kacukan Australia Korea namun tidak. Ayah nya ialah orang jepun dan sekarang berada di dalam penjara. Sudah berminggu tidak melawat ayah nya dipenjara. Rasa rindu itu semakin kuat.

"Oi Helena!" susu coklat dicampak ke muka Helena. Baju putih nya telah dikotori dengan tompokan susu coklat. Helena merengus kasar lalu mengambil tisu di dalam beg nya.

"Ala, kotor sikit je. Boleh basuh." kata Shinkyung. Helena hanya diam. Dia sudsh tahu apa agenda pembuli sekolah itu datang ke kelas nya.

"Jangan lupa siapkam kerja sekolah kami ni. Esok pagi perlu siap." kata Shinkyung. Helena mengangguk faham. Setelah Shinkyung dan rakan-rakan nya keluar daripada kelas  dia mengeluh lemah.

"Ayah..."

✴✴

Helena berjalan menuju ke rumah nya. Batu-batu kecil di jalanan terus disepak untul melepaskan geram. Perut nya berbunyi akibat kelaparan. Malam sudah lewat, sudah tentu Puan Kwon kerisauan.

"Nak beli air kejap lah." ujar Helena. Dia singgah ke kedai runcit di seberang jalan raya besar. Sebitol air teh peach dan satu mangkuk ramyun diambil lalu dibayar. Helena duduk seorang diri di dalam kedai.

"Hausnya." air teh itu diteguk rakus. Malam semakin larut dan kurang penghuni nya. Masing-masing sudah tidur dibuai mimpi.

"Bungkus 2 ni sekali." suara lelaki dikaunter menarik perhatian. Seperti suara yang sangat dikenali nya. Lelaki itu memakai cincin perak sama seperti nya. Helena melangkah ke arah lelaki itu sedikit demi sedikit.

"Ayah." Helena memegang tangan lelaki berusia pertengahan tahun itu. Makanan yang dibeli nya jatuh ke lantai. Air kata Helena jatuh perlahan.

"Ayah!" pipi Helena dicium berkali-kali. Hidung Yuta dan Helena dilagakan. Rasa rindu itu sudah semestinya ada kerana sudah berminggu tidak bersemuka.

"Ayah keluar hari ni ke? Kenapa tak bagitahu." kata Helena. Yuta mencebik kecil. Dia sudah beritahu pada waktu melawat sebelum ni yang dia akan pulang pada akhir bulan Julai.

"Ahh, Helena lupa." kata Helena. Makanan yang jatuh tadi dikutip semula. Yuta ketawa kecil lalu membantu anak nya sama. Rambut Helena diusap.

"Kenapa balik lewat. Dating heh?" kata Yuta. Helena menggeleng laju. Dia masih muda. Baru berumur 10 tahun. Masih banyak bende yang perlu difikirkan selain dating.

"Jom balik. Helena mesti lapar. Ayah boleh dengar perut gendut tu berbunyi." kata Yuta. Helena mencebik kecil sambil memegang tangan ayah nya erat.

blood debt. dy✔Where stories live. Discover now