F I V E

180 47 12
                                    

Bunyi angin yang menolak pintu membuatkan ku semakin rimas. Mata ku sembam dan kepenatan akibat terlalu kerap menonton drama sehingga lewat malam. Kerja sekolah aku langsung tidak siapkan akibat terlupa. Sudah semesti nya aku akan di denda oleh guru nanti.

"Yah! Helena!" Shinkyung mula menunjukkan belang. Beg sekolah aku digeledah tanpa sebarang rada bersalah. Bekal makanan aku diambil lalu dilihat isi di dalam nya.

"Kesian nya..orang miskin makan mi segera saja." makanan tadi dicampak tepat ke wajah aku. Rambut ku ditarik dan dihentak ke almari tanpa belas kasihan. Tiada seorang pelajar pun yang mahu menolong aku akibat mereka terlalu takut.

Sekarang, orang hanya melihat status, rupa paras dan harta.

"Lain kali, siapkan kerja rumah kami! Pemalas!" aku ditolak jatuh ke lantai. Kaki Shinkyung mendarat tepat di kepala aku. Kepala ku sakit dan mata ku mulai kuyu. Bunyi jeritan seorang lelaki memecahkan kesunyian kelas.

Badan aku diangkat. Aku dibawa lari ke bilik kesihatan secepat mungkin. Dahi aku mengeluarkan darah yang banyak sehingga ia menitik disetiap lantai. Wajah lelaki itu aku teliti dengan lama.

"Daniel?"

✴✴✴

"Erm." Helena menginjak ke tepi. Mata nya terbuntang luas melihat Daniel tidur sambil duduk disebelah nya. Helena bangun dengan keadaan kepala yang berbalut. Baju nya ditukar kepada baju yang lebih bersih. Bahu Daniel dicuit-cuit.

"Erm." Daniel bangun lalu melangkah ke sinki. Wajah nya dibasuh untuk menghilangkan rasa mengantuk. Beberapa cup mi segera yang siap dituang air panas dihidangkan. Daniel memberikan satu cup ramen kepada Helena.

"Terima kasih." ucap Helena dengan rasa sedikit kekok. Mereka berdua menikmati makanan mereka sehingga ke titisan yang terakhir. Segelas air kosong dituangkan.

"Erm, saya menyusahkan awak. Awak tak dapat masuk kelas sebab teman saya." kata Helena. Daniel menayangkan renungan tajam seerti helang. Lelaki itu ketawa kecil.

"Jangan salah sangka. Aku memang tak nak masuk kelas pun." jawab Daniel. Helena terkebil-kebil lalu mengangguk. Pelajar lelaki dihadapan Helena itu mendekatkan wajah nya.

"Wae? Wajah kau cantik tanpa memakai cermin mata." Daniel tersenyum sinis. Helena menundukkan wajah nya akibat malu. Dagu runcing Helena diangkat lalu mata mereka memandang antara satu sama lain.

"Kau..cantik." saat Daniel ingin membasahkan bibirnya di bibir Helena, pelajar perempuan itu dengan pantas menoleh. Matanya dipejam erat akibat ketakutan. Daniel yang sedang memegang tangan Helena terkejut kerana tangan itu menggigil tidak henti.

"Jangan takut. Aku..takkan menakutkan kau pun." Daniel memeluk Helena dengan erat. Helena agak ragu-ragu untuk membalas pelukan itu. Daniel meletakkan bibir nya tepat dihadapan telinga Helena lalu membisikkan sesuatu.

"I like you."





blood debt. dy✔Where stories live. Discover now