E I G H T E E N

148 43 3
                                    

Flashback

Aku baru sahaja menunaikan solat zohor. Langkah aku diatur ke ruangan mesin basuh. Baju masih belum di ampai. Bagaimanalah aku boleh tertido selepas subuh tadi.

Ayah? Dia sudah keluar bekerja. Dia melarang aku sama sekali untuk mencari kerja. Mungkin, Allah mahu menguji aku dengan keadaan sebegini.

"Eh, telefon aku mana heh?" getus aku. Aku berlari ke ruang tamu. Telefon aku di atas meja makan diambil. Terdapat beberapa notifikasi daripada kakak aku.

"Makan tengah hari? Kat luar?"  ujar aku. Kakak aku mengajak aku untuk makan tengah hari di luar. Bukan itu sahaja, dia menyuruh aku untuk datang ke tempat kerja nya.

"Ingat dia nak balik rumah jemput aku.." omel aku. Siapa sahaja tidak teruja apabila mahu makan diluar. Sudah lama aku tidak makan diluar.

"Oklah, aku nak siap."

✴✴✴✴✴✴

Sebuah ambulans memecut laju di atas jalan raya. Helena duduk disebelah adik nya sudah dalam keadaan berlumuran darah. Dia hanya mampu berdoa sambil menangis.

Setelah sampai di hospital berdekatan, Eric dibawa masuk ke dalam wad kecemasan. Helena tetap setia mengikuti adik nya dengan keadaan tidak terurus.

Helena duduk diluar bilik pembedahan dengan harapan adik nya akan selamat. Dia duduk dikerusi berdekatan. Fikiran nya serabut.

"Rośe!" Daniel berlari ke arah Helena. Helena terus mengelap air mata di wajah nya. Daniel tercungap-cungap mencari nafas.

"Awak ok? Ada apa-apa yang awak mahu ke?" tanya Daniel. Helena menggeleng. Dia mahu bersendirian pada waktu ini. Banyak masalah dia mahu fikirkan

Otak nya ligat berfikir. Adakah penyamaran nya akan terbongkar? Mesti Daniel orang pertama yang akan beritahu pada ayah nya. Helena pun tidak berapa percaya dengan lelaki itu.

"Helena? Awak ok tak?" tanya Daniel. Helena sudah tekad. Dia perlu bagitahu Daniel terlebih dahulu. Rahsia yang selama ini dijaga perlu dibongkar dahulu.

"Cik Helena Kim? Cik ke tu?" seorang Doktor mendekati Helena. Daniel disebelah berkerut pelik lalu memandang Helena bersilih ganti.

"Helena? Salah orang ni doktor. Ini Rośe."

"Ya, saya Helena Kim."




blood debt. dy✔Where stories live. Discover now