S I X

166 47 9
                                    

Bunyi riuh rendah pelajar Yeolim Highschool memecahkan kesunyian pada pagi itu. Rata-rata pelajar mula bersemangat kerana hari ini, usahawan terhebat di Korea akan melawat ke sekolah mereka.

"Yah! Helena! Bangunlah. Jangan tidur." kata Goo Hyun. Helena bangun lalu mengelap air liur di wajah nya. Goo Hyun menyerahkan 2 helai tisu kepada Helena.

"Selamat pagi Helena." Goo Hyun lantas bangun. Helena menatap wajah Daniel lama. Kisah semalam masih tidak dapat dilupakan sehingga kini. Helena masih gerun kepada lelaki itu.

"Kau nak join kitorang main bola sepak kat padang petang ni tak?"

"Tak ape. Aku tak berminat." jawab Daniel. Goo Hyun mengangguk faham. Dia lantas meminta izin untuk pergi. Tinggallah Helena duduk sendirian menghadap tingkap.

"Annyeong?" Helana tersedar daripada lamunan lama nya. Daniel duduk dihadapan Heena sambil memandang wajah gadis itu lama. Dahi remaja perempuan itu dijentik.

"Yah. Sakit. Nak apa?" tanya Helena. Daniel kelihatan sangat teruja. Seperti sesuatu yang baik bakal berlaku.

"Ayah!" Daniel bangun dariada kerusi diikuti Helena. Mata Helena terbuntang luas melihat usahawan kaya itu berdiri tepat dihadapannya. Wajah Daniel dan Doyoung dipandang bersilih ganti.

"Annyeonghaseyo. Saya Helena." Doyoung tersenyum ringkas. Daniel memandang Helena dengan satu senyuman yang tidak dapat dikenal pasti.

"Saya nak tawarkan pekerjaan dekat syarikat saya. Awak berminat?" kata-kata daripada Doyoung membuatkan hati Helena melonjak gembira. Sememangnya itulah impian yang dia mahukan selama ini.

"Terima kasih"

✴✴✴✴✴

"Tuan mahu saya siapkan kereta?" tanya Nini. Doyoung menggeleng. Dia mahu mengambil anak nya di sekolah. Memandangkan sudah 10 tahun tidak bersemuka dan meluangkan masa dengan anak, saat yang ada ini perlu lah diisi dengan baik.

"Bagitahu Ryumin saya balik lewat hari ni. Saya nak ajak anak saya makan diluar." kata Doyoung. Nini menurut perintah. Langkah diatur pantas menuju ke kereta nya.

"Hello. Daniel. Sudah habis kelas ke?" tanya Doyoung. Panggilan daripada anak nya tidak berjawab. Diam tanpa sebarang jawapan. Kening Doyoung berkerut pelik.

"Erm, Daniel ada hal. Nanti Daniel balik sendiri."

"Tipu. Siapa perempuan tu?" tanya Doyoung. Dia tersenyum kecil. Daripada jauh kelihatan anak nya sedang mendukung remaja perempuan yang berbalut di kaki. Satu keluhan berat kedengaran dihujung panggilan.

"Nak ayah tolong? Atau biarkan?" tanya Doyoung. Daniel berfikir sejenak. Sebolehnya, Daniel tidak mahu menyusahkan ayah nya.

"Sayang sangat ke perempuan tu? Jangan lupa kenalkan" kata Doyoung. Panggilan telefon terus dimatikan. Doyoung hanya memerhatikan anak nya daripada jauh. Kotak memori nya terimbau kepada seorang wanita yang pernah hidup bersama nya.

"Tch. Aryna? Dia dah mampos. Kenapa aku perlu fikir lagi?"

blood debt. dy✔Where stories live. Discover now