T W E N T Y O N E

161 46 13
                                    

"Eric ok?" tanya Helena. Yuta keluar daripada bilik air sambil membawa sebekas air suam. Wajah Yuta agak sembam dan tiada apa-apa reaksi. Helena meletakkan beg nya di atas kerusi.

"Takpe. Biar Helena buat." kata Helena. Yuta memberikan ruang kepada Helena untuk duduk. Wajah Eric yang dibalut penuh itu dipandang lama.

"Macam mana...dia boleh jadi macam ni? Maksud Helena, macam mana dia boleh keluar rumah sesuka hati?" tanya Helena. Yuta menggeleng tidak tahu. Sakit hati mereka berdua diperlakukan sebegini.

"Ayah harap Helena tak buat sesuatu yang teruk." kata Yuta. Helena menoleh memandang ayah nya lama. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

"Walaupun apa yang Helena nak buat, Helena kena sedar kita tak mampu nak balas balik. Kita ni, macam semut je." kata Yuta. Helena menggeleng.

"Takpe ayah. Helena akan uruskan semua sendiri." ujar Helena. Yuta hanya mengangguk lalu melangkah keluar.

"Betullah, aku bukan ayah dia pun. Buat apa dia nak dengar cakap aku kan?" getus Yuta.

✴✴✴✴✴✴✴✴

"Kau nak aku hentikan rancangan ni?" tanya Ryumin. Nini mengangguk. Ryumin ketawa sinis lalu duduk di hadapan sahabat nya. Mereka berdua tinggal di sebuah hotel di Busan.

"Kau yang bagitahu segala maklumat tentang Helena dengan Eric. Kau fikir aku akan berhenti?" tanya Ryumin. Nini menggeleng lalu bangun. Cecair jernih sudah bertakung di tubir mata nya.

"Ryumin, Eric tu hanya remaja lelaki yang lemah! Kau tak kesian ke? Kau tak takut kalau dunia tahu apa yang keluarga kau lakukan?" tanya Nini. Ryumin mengeluh lemah.

"Kau tak tahu betapa sakit nya bila aku hilang kakak aku. Kalau Doyoung tak bersama kakak aku, takkan jadi macam ni. Kalau Doyoung tak sakit, takkan jadi macam ni." kata Ryumin. Kening Nini berkerut pelik.

"Penyakit Doyoung masih belum sembuh? Kau gila!" wajah Ryumin ditampar. Wanita itu hanya ketawa lalu menyentuh pipi nya.

"Kau memang mahu keluarga ni musnah kan? Doyoung akan tahu apa yang kau buat!" beberapa orang lelaki masuk lalu menutup mulut Nini.

"Doyoung akan dengar cakap aku sorang. Kau ingat permainan ini masih belum tamat?"

✴✴✴✴✴✴✴✴✴

"Dah makan? Kalau belum, kejap lagi kita makan bersama." kata Doyoung. Helena mengangguk. Secara tidak sengaja, Helena terlanggar sebuah kertas yang agak lusuh di atas meja Doyoung. Aku mengambil kertas tersebut.

Surat Penceraian Wan Nur Aryna dan Kim Doyoung

"Rośe. Bagi..semula..kertas tu." kata Doyoung dengan suara yang tegas. Helena yang teragak-agak menyerahkan kembali kertas tersebut.

"Jangan sesekali, biarkan orang lain tahu." kata Doyoung. Aku mengangguk. Entah mengapa, api kemarahan aku telah membara. Perlukah aku bertanya lagi?

"Saya cuma mahu tahu. Siapa Aryna?" tanya aku. Doyoung terdiam. Dia memandang aku lama. Makin lama, makin dekat bibir nya di telinga aku. Bau maskulin lelaki pertengahan umur itu membuatkan aku sedikit mual dan loya.

"Dia, hanya isteri atas kertas. Tolong simpan rahsia ini." bisik Doyoung. Urat-urat hijau dileher aku mulai timbul. Aku mengepal penumbuk di tangan

Wanita yang telah melayan kau dengan baik...kau boleh panggil isteri atas kertas?



blood debt. dy✔Where stories live. Discover now