F O U R

187 43 4
                                    

Helena berjalan menuju ke sekolah pada jam 7 pagi. Earphone di dalam poket terus disumbat ke dalam telinga. Hari ini merupakan hari dia bertugas untuk membersihkan kelas. Kawasan sekolah masih sunyi sepi tiada penghuni.

"Aku datang terlalu awal kot." kata Helena. Beg nya di sangkut ditepi meja. Sebatang mop didalam almari di ambil. Terpaksalah dia berulang-alik mengambil air di tandas.

"Adu, berat nya pulak. Buang air ni sikit lah." kata Helena. Pili air ditutup. Sedikit air dibuang sedikit demi sedikit. Boleh patah pinggang nya. Jarak antara kelas dan tandas agak jauh juga.

"Oh. Mianhae." kepala Helena terlanggar seseorang. Lelaki tinggal lampai itu menatap Helena lama. Bau maskulin lelaki itu menusuk masuk ke dalam rongga hidung ku. Kepala Helena diketuk perlahan.

"Let me help you." kata Daniel. Helena menggeleng. Kaca mata nya yang hampir terlerot ke bawah dibetulkan. Daniel terus berjalan menuju ke kelas meninggalkan Helena yang berlangkah kecil. Secara tidak sedar, Daniel berhenti diikuti Helena daripada belakang.

"Hari ni, kau bertugas ye?" tanya Daniel. Helena. mengangguk. Daniel meletakkan beg sekolah nya di tempat duduk nya lalu melangkah ke belakang kelas.

"Nah." sebatang mop diberikan kepada Helena. Perempuan itu terkebil-kebil melihat tindakan drastik pelajar lelaki yang diminati ramai itu. Daniel senyum segaris.

"Ppali. Sebelum orang lain tengok."

✴✴✴

"Ayah. Buat apa tu?" tanya aku. Yuta menyorokkan sesuatu dibawah kaki nya. Aku memandang ayah ku dengan penuh rasa curiga. Entah apa yang disorokkan tidak tahu lah.

"Awal balik. Selalu ayah balik lambat." kata aku. Yuta menggeleng. Segelas jus oren di dalam peti sejuk di teguk rakus. Aku termenung seorang diri tanpa memikirkan apa-apa.

"Masuk tidur. Esok sekolah." kata Yuta. Aku memandang ayah ku lama. Tiba-tiba, terlintas satu soalan yang tidak pernah aku fikir selema ini. Kalau aku bertanya...apa akibat nya?

"Ayah. Ibu dekat mana?" tanya aku. Yuta terdiam. Satu senyuman kelat terbit diwajah ayah aku. Mata aku terarah semula kepada televisyen di hadapan aku.

"Lupa. Ibu dah meninggal. Siapa bunuh ibu?" tanya aku lagi. Yuta hanya membiarkan soalan itu lalu membuka televisyen. Ayah memang begitu. Suka membiarkan soalan tidak berjawab.

"Ouh! Itu Kim Doyoung! Usahawan terbaik di Korea!" selepas aku berkata begitu, Yuta terbatuk-batuk. Aku memandang ayah ku pelik. Yuta memandang aku semula.

"Dah kenapa ayah ni? Pelik-pelik. Lagi satu kan, minggu depan Tuan Doyoung ni akan datang sekolah untuk pilih 10 orang pelajar yang bakal bekerja di syarikat dia." terang aku panjang lebar. Tiada sebarang riak diwajah ayah aku melainkan senyuman kelat.

"Helena nak kerja kat syarikat tu ke?" ayah memandang aku lama. Jika diikutkan, siapa saja tidak mahu? Perkerjaan disitu bagus dan berprestij tinggi.

"Erm, nak. Tapi, mustahil lah dia pilih Helena kan? Jadi, tak payah lah." kata aku. Yuta tersenyum lalu mengusap rambut aku.

"Baguslah macam tu."





blood debt. dy✔Where stories live. Discover now