T H R E E

196 51 2
                                    

Yuta turun daripada bas lalu mengeluarkan telefon pintar jenama Iphone. Jam sudah pukul 5 petang menandakan sudah tamat waktu sekolah. Alang-alang dalam perjalanan pulang ke rumah, Yuta bercadang untuk menjemput Helena di sekolah.

"Goo Hyun." pelajar remaja lelaki itu tersenyum. Yuta sudah kenal lama dengan sahabat yang agak rapat dengan anak perempuan nya itu. Goo Hyun berlari ke arah Yuta sambil tersenyum.

"Wah, kamu sudah tinggi melebihi pakcik." kata Yuta. Goo Hyun menggeleng laju.

"Ouh, mana Helena? Tak keluar lagi ke?" tanya Yuta. Goo Hyun mengeluh lemah. Helena dikenakan tindakan disiplin akibat markah peperiksaan yang terlalu merosot. Bukan itu sahaja, borang kemasukan ke kelab juga tidak dihantar.

"Helena kena jumpa cikgu kaunseling. Pakcik jangan risau. Dia bukan buat masalah pun. Cuma, entahlah. Harap pakcik dapat selesaikan dengan dia." kata Goo Hyun. Yuta terdiam lalu mengeluh lemah. Apa pula yang dilakukan oleh Helena pada kali ini.

"Degil. Sama macam mak pak dia." ujar Yuta.

✴✴

"Jahatlah cikgu ni." ujar Helena. Buku-buku di atas meja disusun masuk ke dalam loker bernombor 138. Pintu loker itu dihempas kuat akibat geram. Sudahah dia dimalukan dihadapan pelajar baru tadi.

"Habis tu? Awak nak jadi apa? Pelacur?"

"Argh!" Helena mengusutkan kepala nya dan tidak sedar tangan nya menampar wajah seseorang. Saat dia menoleh, mulut nya ternganga dan kaki nya berundur sedikit demi sedikit.

"Your wallet." beg dompet kecil berwarna keemasan diambil. Helena menunduk sambil mengucapkan terima kasih. Daniel melangkah kehadapan Helena sedikit demi sedikit.

"Nama kau?"

"Helena Kim."

Peluh menitik disetiap wajah Helena. Lelaki yang berhidung mancung dan anak mata berwarna coklat gelap itu dipandang lama. Sememangnya wajah mereka berdua ada persamaan dan dan perbezaan yang ketara. Helena meneguk air liur kelat.

"Ok." Daniel melangkah pergi. Hampir gugur jantung Helena menatap wajah lelaki itu. Sememangnya aura lelaki itu lain daripada yang lain. Helena menghembus nafas lega lalu keluar daripa perkarangan sekolah.

"Eh, ayah!" Helena berlari kecil ke arah Yuta. Anak mata Yuta tidak henti-henti memandang Daniel yang dikawal oleh beberapa orang pengawal. Ekspresi muka Yuta amat pelik dan tidak dapat ditafsir.

"Ayah, termenung apa tu?" tanya Helena. Yuta menggeleng. Satu tin air epal diberikan kepada Helena. Air tin itu diteguk rakus.

"Kenapa lambat? Pergi ke mana?" tanya Yuta. Helena mengomel kecil. Ayah nya terlalu menjaga nya sangat. Lagipun, dia sudah besar tahu lah dia cara untuk berdikari sendiri. Namun tidak bagi Yuta.

"Kat luar tu bahaya. Jangan merayap."

"Oklah, jom balik rumah. Ayah dah masak dah." kata Yuta. Helena mengangguk sambil memeluk lengan kurus ayah nya.

blood debt. dy✔Where stories live. Discover now