E L E V E N

170 47 1
                                    


5 years later

"Roseanne Park" aku lantas bangun lalu melangkah masuk ke dalam bilik temu duga. Skirt aku dibetulkan agar kemas dan teratur. Beberapa orang pegawai memandang aku lama. Aku diarahkan duduk menghadap mereka.

"Roseanne Park. 22 tahun?" aku mengangguk. Peluh yang menitik di dahi dilap perlahan. Segala maklumat diri aku dilihat oleh mereka. Aku berharap apa yang dirancang oleh aku berjaya.

"Ok, kamu lulus." aku tersenyum sinis. Sudah ku duga syarikat ini hanya memandang rupa paras. Lagipun, kebanyakan orang yang bekerja di sini sudah tua.

"Laporkan diri esok. Tuan Kim akan tiba awal. Jadi pastikan lapor diri lebih awal." aku hanya menurut perintah. Saat mereka semua keluar daripada bilik temuduga itu, aku mengeluh lemah. Telefon di dalam beg aku berbunyi.

"Helena lulus ke?" aku mengiyakan. Nampak gaya nya aku berjaya menjadi setiausaha dengan bantuan Nini. Benteng pertama telah ditembusi oleh aku dengan baik.

"Ok, saya pergi dulu." aku meletakkan panggilan tersebut. Langkah aku diatur keluar ke ruangan bawah syarikat itu.

Selama 5 tahun aku cuba mencari jalan untuk masuk ke dalam syarikat ini. Aku perlu jalankan dendam yang telah lama aku simpan. Rasa tidak adil apabila ibu aku diperlaku kan sedemikan.

"Roseanne?" aku menoleh. Aku ternganga luas. Lelaki yang berwajah tampan dan berhidung mancung. Aku mengundur sedikit demi sedikit berharap lelaki itu tidak mengenali ku.

"Saya Daniel Kim. Saya akan bantu awak untuk esok." jawab Daniel. Aku mengangguk faham lalu bersalaman dengan nya. Lelaki itu memandang aku dengan satu aura yang tidak dapat aku katakan.

"Cantik." bisik Daniel. Aku menggenggam hujung beg aku. Untuk mengelakkan keadaan tidak kekok, aku menguntumkan satu senyuman lebar.

"Saya balik dulu. Ada hal perlu diuruskan." kata aku. Daniel mengangguk faham lalu memberikan laluan kepada aku. Sikap Daniel sama sahaja seperti ayah nya. Gila perempuan. Ingat aku tidak tahu scandal baru nya bersama seorang artis terkenal di Korea?

"Mission start now"

✴✴✴✴✴✴✴✴

"Yahh! Bagiiii" Helena melompat-lompat untuk mengambil keropok di tangan Eric. Lelaki itu sudah tinggi melebihi Helena. Kedua kembar itu tidak sah jika tidak bergaduh sehari.

"Mana ayah?" tanya Helena. Eric menunjuk ke arah bilik Yuta. Aku mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam bilik itu.

"Ayah..." tiada jawapan. Mungkin ayah nya tidur ataupun berada di dalam bilik air. Pelik apabila rumah nya terasa sunyi tanpa Yuta.

"Cari siapa tu." aku menoleh. Topi yang dipakai Yuta dibuka. Terdapat bungkusan makanan ditangan Yuta. Helena mengambil makanan itu lalu menghidangkan nya di atas meja.

"Helena dapat kerja kat mana?" tanya Yuta. Helena diam terdiam. Otak nya ligat mencari alasan untuk diberitahu. Takkan lah dia mahu beritahu yang dia bekerja di syarikat Doyoung?

"Syarikat kecil je ayah." jawab Helena. Yuta mengangguk-angguk lalu melangkah ke dapur. Eric memandang kembar perempuan nya tajam seolah-olah marah.

"Kali ni, aku tak mahu masuk campur." kata Eric. Helena mengangguk-angguk. Kali ini, dia mahu menguruskan perancangan nya sendiri tanpa bantuan orang lain.

Perbuatan Doyoung perlu dibalas secepat mungkin. Jika tidak, ramai perempuan lain akan terkena dengan umpan lelaki itu. Bukan itu sahaja, Helena perlu hentikan kerja haram ayah nya. Doyoung sudah melampau!

"Ayah memang betul-betul sudah melampau"


blood debt. dy✔Where stories live. Discover now