T H I R T E E N

171 49 3
                                    

Rumah agam besar itu dilihat dengan rasa takjub. Mulut Helena ternganga melihat 2 air trrjun di kiri dan kanan nya. Rumah itu persis sebuah istana tetapi di tengah hutan.

"Awak..jemputlah masuk." ajak Daniel. Helena mengangguk perlahan. Di luar rumah sudah terngangan mulut melihat hasil seni rumah itu apetah lagi di dalam.

"Besar nya." bisik Helena. Lantai ity disalut batu marmar yang agak tinggi nilai nya. Kelihatan seorang wanita yang berumur dalam 5 dekad duduk di ruangan meja makan. Helena duduk diikuti Daniel dan Doyoung.

"Ini pembantu baru saya." kata Doyoung. Wanita itu memandang aku dengan pandangan yang tajam. Jelas sekali wanita ini mempunyai muslihat yang tidak dapat dikenal pasti.

"Saya Roseanne Park." kata Helena sambil menunduk. Suasana rumah itu senyap sunyi tana sebatang bunyi. Angin sejuk di dalam ruangan dapur itu agak diingin akibat suhu penghawa dingin.

"Ibu ni. Jangan masam muka sangat lah." kata Daniel. Ryumin dan Helena bersalaman. Hanya tuhan saja yang tahu betapa gentar nya hati melihat wanita yang telah menghancurkan keluarga nya.

"Jemput makan Helena." kata Doyoung. Ryumin tidak henti-henti memandang Helena. Entah apa yang difikirkan oleh Ryumin tidak dapat dikenal pasti. Helena yakin wanita itu mempunyai perancangan.

********************

"Ahh." aku menghembus nafas berat. Wajah aku dicermin dibasahkan dengan air. Malam sudah larut dan berkemungkinan ayah risau akan keadaan aku. Sudah 5 panggilan daripada ayah yang tidak dijawab.

Aku memakai semula make up aku. Setelah selesai, aku mengemas barang-barang aku lalu melangkah keluar. Terkejut aku apabila Doyoung berjalan mndekati aku.

"Ya tuan. Ada apa-apa lagi ke?" tanya aku. Doyoung merapati aku sehingga aku tersandar ke dinding. Nampak nya, itulah kelemahan ayah kandung aku ini.

"Kenapa tuan? Ada masalah ke?" aku boleh merasakan hembusan nafas hangat Doyoung di leher aku. Ingat aku akan tergoda dengan orang yang telah membunuh ibu nya?

"Abang." suara Ryumin ditingkat atas memeranjat kan aku dan Doyoung. Aku menghembus nafas lega.

"Macam biasa. Teh atas meja saya esok." kata Doyoung lalu melangkah pergi. Aku menunduk sambil tersenyum kecil.

"Tak sangka sesenang itu mahu jatuhkan Doyoung."

*****************

"Ericc. Erm, sedap." kata Helena sambil menunjuk thumbs up. Nasi goreng yang biasa itu sedap dan sesuai dengan tekak nya. Selama ini Helena tidak gemar makan nasi.

"Jadi..macam mana kerja?" tanya Eric. Helena mengangguk-angguk. Eric tahu akan rancangan Doyoung dan segala nya yang berlaku. Mereka berdua memegang janji untuk menegakkan benda yang betul.

"Jangan bazirkan nyawa kau untuk selamatkan aku." Helena terdiam. Sudu dan garfu dijatuhkan. Helena meneguk air dengan rakus.

"Eh, kau faham tak apa aku cakap ni!" wajah Eric nampak sangat geram. Helena menghembus nafas berat. Tangan nya disilangkan ke dada.

"Habis tu, sampai bila kita nak jadi buruan orang?" kata Helena. Tangan Eric bergerak mengatakan sesuatu. Helena terdiam melihat apa yang dikatakan oleh Eric. Adik lelaki nya terus melangkah masuk ke dalam bilik.

"Jangan tinggalkan aku dengan Yuta. Yuta sayang kau dan sanggup habiskan nyawa dia demi kau."






blood debt. dy✔Where stories live. Discover now