Permulaan

4.7K 140 45
                                    

Ali's POV
Rasa menyesal pulak kawal Override Mode haritu. Kalau aku tak kawal, mesti aku boleh jumpa mama lagi. Tapi kalau tak kawal, Nikki mesti menang dan I.R.I.S pun tetap kena ambik. Esok dah kena sekolah, dah boleh pergi Akademi baru tapi, mesti semua ejen muda ejek aku, bertambah lemah tanpa I.R.I.S. Ali tak kuat mama, Ali tak sanggup nak hadap lagi semua ni tanpa mama. Ayah selalu sibuk sampaikan Ali rasa kalau Ali mati pun dia takkan sedar. Kenapa mama tinggalkan Ali seorang² ?
END POV

Ali yang terbaring di atas katilnya memejamkan mata, air mata mengalir di pipi budak lelaki tersebut. Setelah mengetahui perkara sebenar tentang ibunya, dia tidak boleh berhenti memikirkan beliau. Hatinya bercampur rasa sedih, kesal dan sunyi. Fikirannya memainkan nasihat Alicia sewaktu mereka tertangkap

"KAU INGAT KAU SEORANG JE KE YANG DAH TAK ADA MAK?! SEKURANG - KURANGNYA AYAH KAU ADA LAGI! AKU DUA² DAH TAK ADA.  Sedar lah sikit Ali...jangan asyik fikirkan benda yang kau tak ada, cuba tengok apa yang ada depan mata. Aku bersyukur General besarkan aku macam anak sendiri. M.A.T.A je keluarga yang aku ada, dan aku takkan hampakan mereka"

Ayat² tersebut bermain di kepalanya. "Kau takkan faham. Ibu Bapa kau dah tak ada sejak kau bayi jadi kau tak tahu rasa kehilangan" Ali berkata dengan nada yang sedih. Lama kelamaan, dia menangis sehingga tertidur.

KRING...KRING..KRING
Alarm handphone Ali berbunyi dengan kuat. Dia bangun untuk mencapai handphone dan hentikan alarm itu. Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi, masa untuk bersenam. Ali bersiap dan memecut skuter miliknya ke taman, tempat dia selalu bersenam, tempat ibu dan uncle nya selalu bersenam.

Habis bersenam, dia pulang ke rumah untuk bersiap ke sekolah, selepas 3 minggu tidak bertemu dengan sahabatnya Viktor. Ali terfikir² alasan yang M.A.T.A beri ke pihak sekolah sepanjang ketiadaan dia dan Alicia.

Kedatangannya disambut Viktor dengan gembira dan teruja. "Hayyaa.. lama dah kau tak datang sekolah, rindu ma dengan kau. Takde siapa nak main game dengan aku, rehat pun seorang². Mana kau pergi? 3 minggu menghilang, Alicia pun sama"

"Oh ah...Oh aku balik kampung. Ada hal kat sana . Alicia dia kata kat aku dia ikut ayah dia pergi oversea. Sorry lah lama aku tinggalkan kau seorang², tapi apa kata petang nanti kita main game Detektif Jebat yang baru tu. Boleh ko ajar aku buat combo sekali!"

"Yesss boleh²! Rindu nak main dengan kau ma. Sini aku installkan yang baru punya.." Balas Viktor dengan penuh gembira. Mana tak nya, 3 minggu Ali dan Alicia tak datang sekolah lepas tu tak bagitau kenapa. M.A.T.A hanya beri alasan kepada pihak sekolah je. Kalau M.A.T.A beri alasan lain pun, mesti Viktor tau dan dia takkan tanya lagi.

Seperti biasa, Alicia duduk di depan Ali tetapi Alicia dah semakin baik dengannya. "Hi Alicia, lama tak nampak kau 😁" Alicia menoleh kebelakang "Hi, kau pun"

Kelas berjalan dengan lancar, prestasi Ali yang meningkat, datang awal, markah periksa yang bagus, membuatkan cikgunya kagum.

Bunyi je loceng balik, Ali dan Alicia terus pergi berjumpa dengan Cikgu Bidin A.K.A Ejen Karya.
"Eje- Cikgu Bidin, Kitaorang nak pergi ikut jalan mana?" Ejen Karya pun tersengih
"Kita pergi melalui mesin beli air di kantin. Tapi kena pastikan yang seorang pun takde di sana. Bakar sedang tunggu di sana"

"Lalu mesin beli air pergi mana?" Tiba² Viktor yang mendengar percakapan mereka bertanya.

Mereka yang cemas pun mula reka alasan, Ali pun dengan cepat beritahu sahabatnya "Eh Viktor, kitaorang nak pergi buat hunting stem. Lalu depan mesin beli air untuk jumpa dengan cikgu baru kelab stem yang bawak kitaorang cari stem nanti..." Mereka berharap yang Viktor percaya dengan alasan Ali.

"Oh, best pulak aku dengar kelab stem kau tu Ali, nanti jangan lupa game kita tau. Cau dulu" Viktor tanpa rasa ragu² percaya dengan alasan Ali. Dia pun berlalu pergi menuju kereta ibunya.

"Nasib baik kamu pandai cover Ali" Ejen Karya memujinya

'nak harapkan Ejen Karya, entah apa² alasan dia pergi bagi nanti. Haritu bagi alasan jerebu padahal langit terang benderang'  Ali berkata dalam hati.

Mereka pun bertemu dengan Ejen Bakar yang macam biasa, tengah makan. Ejen Bakar yang perasan akan kedatangan mereka pun menyapa. "Ha sampai pun korang. Dah korang lambat, uncle makan lah dulu"

"Kitaorang nak kena cover tadi, Viktor terdengar. Nasib baik Cikgu Bidin tak cakap apa² lagi" Ali beitahu Bakar.

Ejen Karya menekan beberapa butang sebelum pintu mesin itu terbuka menjadi lif. Ketika mereka masuk, lif terus menuju ke bawah,pakaian mereka bertukar ke suit ejen.

"Wahh senang lah camni, sambil pergi sambil tukar. Tak payah nak buat satu²"

Sampai di Akademi, mereka melihat² bentuk baru Akademi yang tak jauh bezanya dengan Akademi yang lama.

Perasaan gembira Ali menghilang selepas.....

-Bersambung-

Author akan update 2 hari sekali.
Tu pun kalau rajin lah ye




Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now