Penyeksaan (PT3)

1.9K 102 24
                                    

Ali menyimpan skuternya dan naik ke atas sambil menangis dan menahan kesakitan. Dia rebah di atas katil, tidak kisah untuk menukar baju. Hatinya sakit, badannya sakit, hanya ditemani Comot.

Dia memeluk gambar keluarganya sambil mengalirkan air mata tanpa berhenti. Kenapa mereka benci dirinya sampai macam tu? Kenapa mereka perlu buli orang dengan teruk? Teruk sangatkah dirinya sampai orang tidak perlukan dia lagi?

Ali's POV
Kenapa diaorang buat aku sampai macam ni? Aku ni memang betul² dah tak berguna ke? Lemah sangat ke aku ni? Layak ke aku hidup lagi? Kalau lah mama ada lagi kat sini, aku nak peluk mama puas². Aku nak luahkan semuanya.

End POV

Ali memecahkan lampu yang ada di atas laci sebelahnya. Dia mencapai satu serpihan lampu tadi dan menggores tangannya. Dia berasa pelik kerana semua masalah dan kesakitan yang dia alami tadi hilang serta merta. Darah menitis dari tangannya membuatkan dia rasa gembira dan tanpa disedari, dia tersenyum. Ali baring semula dan memejam mata. Sakit dan masalah tadi datang semula.

Comot yang mendengar bunyi tadi keluar dari beg, melompat ke atas katil dan mengelap air mata Ali, mengiau seperti mengatakan kepada Ali untuk tidak bersedih. Dia menggosok kepalanya pada muka Ali menunjukkan kasih sayang pada tuannya. Ejen Tekno itu tidak tahu jika dia mampu untuk pergi ke sekolah dan menghadap Akademi lagi esok.

Perutnya sangat sakit, badannya terasa tidak mampu untuk bergerak lagi. Dia hanya memeluk Comot hingga tertidur. Kucing yang sedar akan tuannya yang sudah tertidur menarik selimut dan menyelimutinya.

Ali membuka matanya untuk melihat sekelilingnya. Dia keliru dengan tempat yang serba putih dan kosong itu. Ali bangun dan cuba menyanyakan jika ada seseorang di sana. Tiba² ada yang menyahut dari belakang. Satu suara yang dia sangat kenal.

Dia menoleh kebelakang dan melihat dua orang yang membuatkan air matanya mengalir. "Mama? Ayah?" Dua orang tadi hanya menganguk sambil tersenyum.

Ali berlari ke arah mereka dan memeluk kedua ibu bapanya. Dia sangat gembira dapat berjumpa ibunya semula walaupun dia tahu tak lama. "Kenapa mama dan ayah ada kat sini?" Ibunya mengatakan bahawa dia akan sentiasa dengan dirinya. Ayahnya pula hanya meminta maaf kerana tidak mengambil berat pasalnya selama ini. "Ali kena kuat tau. Jangan sedih, ayah kan ada, kawan² pun ada. Ini semua hanya cabaran dan dugaan untuk jadikan Ali kuat. Mama akan sentiasa dengan Ali"

"MAMA!" Ali terjaga dari mimpinya yang menyedihkan tadi. Comot pun turut terjaga mendengar jeritan tuannya tadi. Kucing itu mengiau menyanyakan apa yang telah terjadi. Ali lagi sekali menangis mengingati mimpinya tadi. Kenapa ibunya harus meninggalkannya seorang diri?

Jam menunjukkan pukul 5:30 pagi. Sakit yang dialaminya sudah berkurang tetapi masih terasa. Dia perlahan - lahan bangun untuk pergi bersiap. Sewaktu memasuki bilik air, dia mengambil semula serpihan kaca yang disimpan dan menggores beberapa kali, tersenyum melihat darah yang mengalir jatuh ke dalam singki. Ali tergelak seorang diri dengan tindakannya. Tiba² dia tersedar semula dan membersihkan darah di dalam singki serta ditangannya lalu mandi.

Keluar dari bilik air, Comot menunngu tuannya di depan pintu kerana takut terjadi apa². Ali keluar dan membelai kucingnya yang tampak risau dengan keadaanya. Dia menyarung baju sekolah, tidak mahu berlatih kerana masih sakit. Budak lelaki itu membuat keputusan untuk berjalan kaki memandangkan dia masih ada banyak masa.

Ketika dia berjalan ke sekolah, dia terdengar suara orang memanggilnya dan mencari tuan empunya suara tadi, tapi di sekelilingnya kosong. Tiada langsung orang atau kenderaan kerana masih awal. Ali berasa seram sejuk dan meneruskan perjalanan, tidak mahu berada di sana lama².
'Suara siapa tadi?'

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now