Ancaman

1.4K 83 13
                                    

"Ok, sekarang ni abang tenang dulu. Saya dah bawak backup, kita akan bincangkan plan bila diaorang sampai. Iman, Moon, sini" mereka bertiga keluar pergi mencari tempat yang sesuai untuk memberi laporan. Haritu Mysterio, harini orang lain pulak.

Mereka menjumpai tempat yang sunyi berdekatan hospital dan meletakkan sesuatu yang mengeluarkan pancaran hologram General Rama. Kejadian dan kesan serangan tadi dilaporkan kepada General yang masih serius kerana serangan tadi agak bahaya.

"Jadi, orang yang serang tadi bukan Mysterio?"

"Bukan, Mysterio orang dewasa, tapi tadi Ali kata umur diaorang lebih kurang baya ejen muda. Saya akan dapatkan rakaman CCTV supaya boleh diteliti dengan lanjut"

"Baiklah, saya akan bincangkan perkara ini dengan ketua teras. Bersurai" Hologram tadi diutup meninggalkan mereka dalam keadaan sunyi sepi. Iman yang dari tadi diam mula bersuara.

"Jadi, mentor² kecuali Ejen Geetha akan datang jaga Ali kat sini?"

"Ya, keadaan semakin bahaya sekarang. Ali hampir terbunuh tadi"

"Kenapa tak kata kat Dr.Ghazali bawak Ali pergi bilik rawatan special. Kan kalau duduk kat M.A.T.A lagi selamat?" Moon yang berada di hadapan ejen itu memandang hairan.

"Kita tak boleh ambik risiko pendedahan M.A.T.A. Haritu pun hampir terbongkar tapi Dato' Othman kata bantuan dari bandar lain"

Mereka kembali semula ke wad untuk meminta rakaman CCTV tadi pada pengawal di sana yang dengan suka relanya membawa mereka ke bilik kawalan. Bilik tersebut agak jauh dan terasing dari bilik² yang lain tetapi canggih.

Pendrive yang sama digunakan Ejen Geetha sebelum ini digunakan semula oleh Ejen Bakar kerana pendrive ini khas berkaitan Ali. Rakaman pendek itu tidak mengambil masa yang lama untuk disimpan. Uncapan terima kasih membuatkan pengawal tadi tersenyum dan mengangguk.

Di bilik wad 104, semua mata masih terbuka luas, tidak mampu untuk tidur semula dengan kejadian tadi. Wad itu dijaga ketat oleh pengawal bersenjata yang diarahkan Dr.Ghazali kerana merisaukan keselamatan anaknya. Ejen Leon dan Ejen Karya akhirnya sampai di sana dengan membawa senjata biasa untuk mereka semua termasuk Viktor.

Contohnya, keris plasma Chris digantikan dengan keris biasa, Zass diberikan kasut beroda satu serta pistol 'Desert Eagle'. Ali dan Viktor diberi dua bilah pisau lipat berwarna hitam dan banyak shuriken memandangkan mereka handal membaling barang. Bulat diberikan taser, Khai diberikan alat komunikasi kecemasan dan taser juga. Ejen Karya menggunakan pedang ejennya yang tampak seperti pedang biasa, Ejen Leon membawa pistol 'G18' dan Ejen Bakar tetap dengan tangan penumbuknya.

Iman dah Moon diarahkan untuk pulang dan memberikan pendrive tadi kepada Ejen Geetha di Akademi nanti. Ejen Leon selaku satu² nya ejen berteraskan neuro di situ meminta semua untuk berkumpul dan memberitahu rancangan yang telah diatur di M.A.T.A.

Ali baring di atas katil tetapi sepenuhnya berjaga jaga, kalau bukan sebab Ash yang mengejutkan dia tadi, dah lama dia tertikam dari awal. Tiba² telefon Ali bergetar di sebelahnya menandakan ada pesanan yang masuk.

Dia membuka pesanan dari nombor yang tidak dikenali bertulis

'Aku nak keluar dari M.A.T.A dan join kitaorang'

Ali berasa pelik, siapa dia ni dan macam mana dia boleh tahu pasal M.A.T.A? Siapa dia ni? Ejen ke? Remaja itu membalas pesanan tersebut tanpa beritahu sesiapa pasal hal ini.

                                        'Siapa kitaorang?
                                        Kau siapa? Kalau
                                        aku xnak?'

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now