Rancangan

1.1K 80 17
                                    

"Terima kasih sangat² sebab bagitau. Aku akan report kat general, keluarga kau jangan risau" dia terus pecut keluar menuju ke briefing room dengan maklumat yang sudah memadai baginya.

Pintu automatik tertutup dibelakangnya, berlari sepantas kilat melalui ramai ejen yang pandangnya dengan pandangan pelik. Banyak benda muncul di fikirannya tetapi dia fokus.

Ketua pembunuh upahan yang masih ditahan tadi tertunduk memikirkan kesalahan besar yang sudah dia lakukan selama ini. Rasa bersalah dan kesal menyelubungi dirinya. Dia mengingati ketika orang yang dibunuh dulu merayu² kepadanya untuk dilepaskan tapi dia tetap membunuh orang² tersebut.

Ejen Geetha turun ke HQ melalui salah satu pintu kerana dipanggil oleh general. Dia terpaksa meninggalkan kerjanya sebagai seorang doktor untuk seketika.

Ejen Bobby sudah sampai didepan pintu briefing room HQ, tercungap cungap kerana berlari tadi. Satu tangan memegang pintu yang sudah terbuka manakala satu lagi tangan diletakkan dilutut.

Ejen Fit, Ejen Geetha dan General Rama yang sedang berbincang memandang ke arahnya, pelik mengapa dia tercungap cungap tidak cukup nafas.

"General..huh" dia membetulkan pernafasannya dan berjalan perlahan ke dalam bilik di meja.

"General.....saya dah dapat tahu siapa punca serangan malam semalam" tiga² ejen yang memandangnya dengan pandangan hairan tadi berubah kepada terkejut dan ingin tahu.

"Siapa?"

"Ejen muda Rudy, Jet dan Roza" mereka bertambah terkejut, tidak sangka yang ejen muda sanggup membunuh lagi² Ejen Geetha. Keadaan menjadi tegang, general bermain dengan misainya sambil memikirkan sesuatu.

Ejen Fit cuba menahan amarah di depan general walaupun dia rasa sangat marah. Mungkin kalau tiada general di situ, pecah meja di depannya akibat ditumbuk.

"Budak² tu lagi"

"Kamu dah dapat tahu lokasi terakhir mereka?" Ejen Bobby terlupa bertanya tadi kerana sibuk dengan identiti sahaja.

"Erkkk, belum general, tapi saya akan dapatkan maklumat lagi"

"Baiklah, tunggu sebentar. Saya akan hubungi ketua teras" general berteraskan neuro itu menekan beberapa butang di papan kekunci hologramnya. Setelah sekian lama, mereka sudah dapat bongkarkan identiti penyerang terima kasih kepada ketua pembunuh tadi.

Beberapa saat kemudian, terpancarlah hologram dua ketua teras yang serius kerana mengetahui sebab mereka dihubungi.

"Jadi, apa maklumat yang penting tu?" Suara ketua teras kombat itu kedengaran garau.

"Ejen Bobby dah berjaya mendapatkan maklumat daripada ketua pembunuh serangan semalam. Orang yang membayar mereka ialah Jet, Rudy dan Roza" jelas dua ketua teras terkejut dengan kata² general.

"Kalau pembunuh tu tipu?" Bobby terdiam, dia terlalu terburu buru tadi tapi apabila dia mengingat semula waktu dia menyoal siasat tadi, dia tahu orang itu tidak menipu. Tetapi bagaimana jika semua itu hanya lakonan?

"Tapi saya rasa dia tak menipu, kalau masih tak pasti, boleh check rakaman soal siasat tadi" general tanpa melengahkan masa terus mencari dan memainkan rakaman tadi. Mata tertumpu pada video tersebut, peka dengan segala yang berlaku dalam bilik itu.

Ejen Fit yang melihat Ejen Bobby memujuk ketua pembunuh itu menyiku kawannya dan berbisik.

"Pandai main hati~ Banyak tengok drama lah ni" dia ketawa kecil manakala ejen inviso tadi menjelingnya.

"Kau tu, main tumbuk orang adalah" dia berbisik kuat. Habis sahaja menonton, Ejen Ganz menggengam penumbuk, Ejen Dayang lebih serius.

"MEMANG TAK SERIK! HARITU BULI, SEKARANG DAH PANDAI BAYAR ORANG NAK BUNUH!"

"Ini sudah melampau, kita terpaksa mengambil tindakan sewajarnya. Cuba jejak lokasi terakhir mereka dan hantar 1 pasukan untuk menangkap mereka"

"Lagipun takkan susah untuk jejak, hanya tanya pada ketua pembunuh tadi atau guna satelit. Mereka tiada teknologi M.A.T.A atau lain² jadi mudahkan kerja kamu"

"Tapi keluarga assassin tu?"

"Hmmm, hantar lagi 4 pasukan untuk kumpulkan semua ahli keluarga kepada pembunuh² upahan tu. Bawa mereka ke dalam bunker. Ejen² muda tu takkan mampu buat apa²"

Ejen² menerima arahan dan pergi bergerak menjalankan tugas. Ejen Bobby dan Fit menuju semula ke bilik siasatan untuk mendapatkan lokasi geng Rudy. Ejen Geetha diminta untuk tunggu sebentar sementara general menghantar kumpulan ejen² sebelum mereka bertindak.

Di hospital...
Mentor² menerima panggilan dari pihak M.A.T.A memberitahu identiti sebenar orang yang membayar pembunuh. Reaksi mereka tidak ubah seperti reaksi Ejen Fit dan yang lain tambah² lagi mereka adalah mentor kepada penyerang.

"Baru umur 12 tahun dah pandai buat masalah" Ejen Leon keluh berat.

"Itulah, bukan masalah biasa, main bunuh² ni"

"Mereka ejen yang dilatih, kepandaian mereka juga dilatih oleh.........kita"

"Jauh lebih pandai dari yang disangka sampai² kita pun susah nak jejak. Jadi, kita akan pergi tangkap mereka?" Ejen Karya menegakkan badannya.

"Ya, tapi kita diarahkan untuk tunggu sampai keluarga assassin dibawa ke tempat selamat dahulu. Lepas tu, kita akan bertindak. Bersiap sedia, kita takkan pergi lama, ejen² muda taktau lagi tapi saya dah minta mereka cover kita"

Mereka berempat mengangguk dan bergerak menuju ke kereta masing². Nasib baik kecederaan mereka tidak seteruk Ali jadi mereka masih lagi mampu bertarung.

----------------------------------------------------------
Hai Author dah kembali selepas sebulan xupdate. Sorry lah ye kat asrama xmenyempat nak tulis episode baru😅. Nasib cuti lama boleh sambung cerita ni. Hope korang enjoy



Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now