Luangkan masa

1.7K 86 7
                                    

"Kita letupkan je untuk hilangkan bukti"

"Ok"

Situasi Ali..
Bilik itu penuh dengan gelak ketawa dan keseronokkan ejen² apabila Ali menyampaikan lawak Ash. Ejen Geetha, Ejen Leon dan Ejen Karya yang mendengar gelak ketawa itu pun berniat untuk sertai mereka juga memandangkan mereka tiada tugas lain.

"Kami nak join boleh?" Tiba² tiga mentor muncul di dalam bilik rawatan stage 3 dengan Ejen Karya yang bersandar pada dinding.

"Eh korang rupanya. Jomlah join. Duduk²" Ejen Bakar mempelawa mereka bertiga.

"Apa yang seronok sangat tadi?"

"Ali dengan Ash lah. Lawak tak boleh tahan" Moon sambung ketawa. Disebabkan Ejen Geetha dah bagitau mentor² tentang Ash, mereka tidak pelik lagi.

"Sambung sambung" Ejen Karya menyilang kakinya dan meletakkan dagu atas tangan yang berada di atas kaki. Ejen Leon dan Ejen Geetha turut mendekatkan kerusi ke katil tanda ingin tahu. Ash cepat² memberitahu lawaknya kepada Ali lalu disampaikan kepada ejen² lain. Baru satu lawak, tiga mentor yang baru masuk tadi sudah ketawa.

Alicia tiba² bercakap tentang Ali waktu kecil.

"Ali, kau nak tahu tak? Comot bagi gambar kau waktu kecik"

"Comel tak aku?"

"Tak..tembam"

"Atleast muka aku waktu kecik tak swag macam kau" Ali menunjukkan gambar Alicia  yang dipegang oleh Uncle Razman sewaktu kecil. Keadaan menjadi diam, tiba² semua ketawa tak berhenti sampai rasa nak pecah perut dengan Alicia sekali.

"Bwahahahahhahha uhuk uhuk aahhahahh" Ali ketawa sampai terbatuk batuk tapi sambung gelak. Orang yang dari tadi memerhati mereka senyap² turut ikut gelak terbahak bahak. Mana taknya, muka Alicia tak ubah swag nya sampai sekarang. Tak sangka mentor² boleh ketawa sampai macam tu sekali, benar Ali sudah mengubah ramai orang.

"Uncle, Nikki...kat penjara mana?"

"Dia kat penjara HQ. Kenapa?"

"Nanti saya nak lawat dia boleh?"

"Kenapa kau nak lawat orang macam dia?" Moon bertanya. Iman dan Khai menegur kawan mereka.

"Dia baik apa..cuma dia salah jalan je. Kalau aku jadi dia pun aku akan buat benda yang sama. Kau bayangkan Dato' Othman jadi punca mak ayah kau meninggal lepastu dia layan kau macam sampah. Kau rasa?" Semua terdiam mendengar pernyataan tersebut. Dalam hati, mereka menyutujui apa yang dikatakan Ali tadi.

"Aku kadang² selalu teringat apa yang Nikki dengan Analogman cakap. 'Dalam sibuk mengejar kemajuan, kamu lupa nilai kemanusiaan'. Berapa ramai yang cedera dan mati kat Pinggiran sana dulu. Rumah kena roboh tapi kita kat sini hidup senang². Apa² pun, korang tak lapar ke?"

Selepas menerima sedikit pep talk daripada Ali, soalan terakhir itu membuatkan mereka memandang ke arah jam yang menunjukkan pukul 1:30 tengah hari.

"A'ah lah. Kau tegur baru aku perasan. Jap korang semua tunggu kat sini, biar aku dengan Iman yang pergi beli makanan. Ali, kau makan bubur dengan ikan goreng je. Nanti gatal pulak luka² tu."

"Yelah².." Moon dan Iman berjalan keluar bersama Comot. Tiba² telefon Ali vibrate di tepinya. 2 notifikasi masuk daripada 2 orang  yang berbeza.

                                        Ayah

Kamu kat mana? Dari
semalam tak balik

                           Kat rumah uncle. Bosan
                           duduk rumah sorang².

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now