Jatuh

1.8K 107 22
                                    

Ali diminta untuk tunggu diluar bilik rawatan sementara Ejen Geetha memeriksa kecederaan Alicia. Dia cuba menahan perasaan marahnya yang masih tidak menghilang terhadap Rudy.

Ali masih risau dengan keadaan Alicia yang nampaknya cedera parah dengan kaki yang patah dan beberapa luka yang besar. Dia agak menyesal tidak menghabisi Rudy dari awal. Tiba² terdengar 3 suara yang amat dikenalinya memanggil.

"Ali, kau okey? Kau sakit tak?" Khai bertanya dengan nada risau

"Aku okey je tapi tulah Alicia-

Kata² nya terhenti apabila Ejen Geetha keluar dari bilik rawatan. Ali bertanya tentang Alicia, mentor tekno itu memberitahu bahawa kecederaan Alicia tidak begitu parah tetapi masih teruk. Suit ejen neuro itu juga rosak dengan serpihan yang bertaburan di arena dan di bilik rawatan. Ali meminta izin untuk melihat kawannya tetapi dihalang kerana keadaannya masih belum stabil.

Mendengar itu, 4 orang ejen muda yang berada disitu berasa sedih lagi² Ali. Rasa bersalah mula timbul dihatinya. Kalau bukan sebab dia tidak berjaga² dengan bom tadi, kawannya takkan cedera teruk sampai macam ni.

"Harap kamu semua bersabar. Mungkin kamu boleh jumpa dia esok. Jangan risau, dia aka baik² sahaja." Ejen Geetha berlalu pergi.

Iman, Moon dan Khai cuba sedaya upaya untuk mengembirakan sahabat mereka yang bersedih tapi tetap tidak berjaya walaupun dengan bantuan mentor².

"Ali, jangan macam ni. Alicia kan kuat..macam uncle" ejen kombat itu mula berasa kesian terhadap anak buahnya yang sedih.

Keesokkan harinya....

Ali bangun awal dan bergegas ke Akademi untuk melawat Alicia. Perasaan risau, resah dan rasa bersalahnya masih tidak hilang.

Perlahan - lahan dia masuk ke bilik rawatan, melihat kawan baiknya yang penuh dengan balutan hampir seluruh badan. Mukanya penuh dengan plaster dan kesan calar. Ejen neuro itu tidur dengan nyenyak, tak mungkin dia akan menjalani apa² latihan dan misi buat masa yang terdekat. Latihan yang melibatkan ahli kumpulan atau pasangan tidak akan lengkap tanpa Alicia.

Dia berdiri di sebelah Alicia, meminta maaf tentang semalam. Ali tidak perasan keberadaan mentor² yang melihat mereka berdua dari luar. Sekarang mentor² tau betapa kuatnya persahabatan Ali dengan seseorang apabila dia menggelar seseorang itu sahabat.

Tak jauh dari tempat Alicia, Rudy dan Bulat yang cedera tidur dengan beberapa balutan. Di saat ini, boleh je Ali cekik atau belasah Rudy tapi dia masih Ali, orang yang pemaaf dan baik tidak kisah pada sesiapa pun termasuk orang yang menghinanya.

"Sedih pulak aku tengok Ali tu. Tak pernah dia sedih sampai macam ni walaupun ejen lain ejek dia" kata Ejen Bakar yang tetap tidak mengalih pandangannya.

"Kalau Alicia tidak pulih, dia mesti akan terus begini" Kata² Ejen Karya membuatkan Ejen Leon bertanya.

"Geetha, bila agaknya Alicia akan pulih seperti biasa?"

"Itu saya tidak pasti. Tapi anggaran saya dalam 1 bulan dengan kaki Alicia yang patah"

"Tapi bukan ke Ali dan Alicia selalu bergaduh? Kenapa Ali sedih sampai macam ni?" Mentor² yang lain masih tidak mengetahui tentang Ali yang dah baik dengan Alicia. Tiada siapa tahu bahawa Ali pernah berjumpa dengan ibunya di dalam dimensi I.R.I.S buat kali terakhir.

"Oh, diorang dah berbaik waktu kitaorang kena tangkap dengan Nikki. Nikki bagitau depan² yang dia bunuh Ejen Aliya, mak Ali. Aku try bagi semangat tapi tiba² Alicia sepak I.R.I.S kena muka Ali. Pastu Alicia pun kata kat Ali yang dia patut bersyukur masih ada ayah dan M.A.T.A sebagai keluarga. Sejak tulah Alicia ubah pandangan dia terhadap Ali. Tapi kesian, ayah dia sibuk dengan kerja sampai takde masa langsung dengan Ali. M.A.T.A yang dia anggap keluarga pun selalu hina dia lemah. Sekarang kawan baik dia pulak dah cedera. Dia bergantung harapan dengan kata² Alicia tapi harapan tu dihancurkan oleh orang yang dia anggap keluarga. Aku pun taktau nak buat macam mana sekarang" Ejen Bakar menerangkan dengan panjang lebar.

"Aku pun rasa bersalah sebab selalu kata yang bukan² kat dia dulu" mentor neuro itu berlalu pergi meninggalkan 3 mentor lain.

Ketiadaan Alicia dan rakan² lain termasuk Ejen Bakar yang pergi menjalankan misi di negeri yang jauh untuk beberapa minggu membuatkan Ali patah semangat ditambah dengan cacian Jet & the gang.

Ejen tekno itu tidak mampu untuk menjalani latihan dengan baik lagi seperti dahulu dan perkara itu disedari ejen².

"Wey tengok budak sampah ni. Latihan macam tu pun tak boleh buat."

"Mika yang sakit saraf pun lagi kuat dari dia"

"Bulat pun boleh lepas. Lemah betul. Macam ni nak jadi ejen"

"Biasalah, dah takde I.R.I.S lagi tak boleh harap"

"SUDAH" Ejen Leon cakap dengan suara yang lantang. "Latihan harini dibatalkan memandangkan kami perlu pantau ejen yang sedang menjalankan misi. Jadi kamu boleh lakukan latihan sendiri atau buat kerja sendiri"

Selepas sahaja mentor² berlalu pergi, Jet menolak Ali sehingga jatuh. "Baru tolak sikit dah jatuh" "Aku minta tolong sangat² jangan kacau aku" "eh, pembelot ni dah pandai bantah lah" hari berlalu, Ali pulang dengan luka di mukanya akibat dibuli Jet dan yang lain.

Dulu mereka benci Ali kerana tidak sengaja mencederakan kawan² yang lain sewaktu Override. Itu masih boleh Ali maafkan disebabkan itu kesalahannya sendiri tapi sewaktu berlawan dengan Nikki, mereka dah faham rasa Override. Sekarang mereka nak kata yang dia pembelot hanya kerana Ali salah pandang.

Selama ini, hanya kawan² terutamanya Viktor dan Khai yang memberikan semangat tetapi sekarang, mereka sibuk.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now