Ujian

1K 65 30
                                    

Rudy, Jet dan Roza juga pelik melihat ejen baru tersebut..ejen inviso berambut landak itu berubah serius melihat Ed dan Armin kerana dia dapat merasakan mereka bukan orang yang baik.

"Saya harap kamu semua boleh berbaik semula. Mentor - mentor akan pantau keadaan kamu semua, itu sahaja. Bersurai" hologran General Rama hilang, ketegangan pun hilang. Semua orang menghembus nafas lega mendengar tiada perkara serius lalu memandang ke arah Rudy dan yang lain.

Mereka tersenyum janggal, Ali menjadi yang pertama menyambut mereka supaya yang lain berasa tidak terancam.

"Rudy, Jet, Roza, jom lah" mentor gembira melihat Ali yang suka dengan kedatangan mereka bertiga. Begitu juga dengan ejen lain yang melayan mereka seperti biasa dan berjalan sambil berbual.

"Korang, aku nak mintak maaf sebab selalu pandang rendah kat korang dulu"

"Aku pun"

"Aku pun"

"Alah, benda dulu, takyah cite. Korang nak tahu tak? Waktu korang takde, Ali kalahkan ejen baru tu power gila! Dia siap upgrade kan gadjet kitaorang cool!!" Moon dengan perangai kebudak budakannya melompat lompat di hadapan mereka.

"Maju eh kau" Jet ketawa.

"Takdelah, practice"

"Eh Ali, mana Comot?" Roza menepuk dahinya dengan soalan Rudy. Yang lain juga berhenti terdiam. Ejen inviso itu pelik jika dia tersalah cakap dan memandang mereka dengan muka hairan.

"Comot....dia... ahhh...sakit"

"Kenapa?"

"Ed dengan Armin campak dia sampai terkena bucu pintu" riak wajah Jet dan Rudy berubah terkejut.

"Ejen baru tu?" Soalannya dibalas dengan anggukkan.

"Memang nak kena dua ekor tu?" Rudy menggenggam penumbuk. Ali menghentikannya dan berkata yang tindakan Rudy tersebut akan membuatkan keaadan lebih buruk sahaja. Alicia mencadangkan untuk membalas dendam sewaktu latihan nanti supaya menjadi sebab yang logik.

Tiba - tiba elektrik di Akademi terpadam secara serta merta sewaktu mereka sedang duduk di hall dan berbual. Semua secara automatik berdiri dan melihat sekeliling yang gelap gelita, memegang senjata sambil berdiri dengan posisi berjaga jaga.

"Mana mentor?" Khaj bertanya secara perlahan.

"Mana Ed dengan Armin?" Soalan Ali dan Khai membuatkan mereka bertambah berhati hati. Banyak soalan bermain di fikiran. Setidaknya mentor akan mencari mereka atau memanggil mereka untuk berkumpul di Arena tetapi sekarang keadaan masih sunyi. Duo baru itu juga hilang tanpa jejak.

Mungkin ke mereka penyebab keadaan sekarang? Di mana semua mentor? Adakah mereka diserang?

Elektrik tiba - tiba kembali hidup, mereka kembali tenang tetapi tetap hairan dan masih dalam keadaan berjaga jaga. Tiba - tiba elektrik terpadam semula membuat mereka semakin bertambah curiga.

"Takkan ketua teras lupa bayar elektrik kot" kata - kata Bulat telah menyebabkan kepalanya dipukul oleh Zass. Mereka dalam keadaan yang sangat serius sekarang.

"Khai, cuba kau guna R.O untuk betulkan bekalan elektrik. Yang lain, keluarkan phone masing - masing untuk suluh tempat ni" arahan Alicia diikut tanpa ragu. Khai menghantar R.O ke contol room untuk mengakses bekalan tenaga dari sana sementara yang lain menyuluh lampu.

Ali yang baru membuka lampu suluh terkejut apabila dia menyuluh Jet yang buat muka menyeramkan.

"Kepala botak kau buat muka camtu" sampai terjatuh ejen tekno itu dibuatnya.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now