Penyeksaan (PT1)

2K 111 16
                                    

Terlihat seorang lelaki datang ke sekolah dengan skuter. Dia disambut sahabatnya yang selalu memberi nasihat padanya, Viktor.

"Ali, kenapa kau tak main game semalam? Aku call kau tak angkat, message pun tak baca.."

"Oh aku sibuk sikit semalam. Sorrylah Viktor, nanti kita main" senyuman terpapar di muka mereka berdua.

Ali duduk di tempatnya, tidak memikirkan tentang meja kosong di depannya. Fikirannya melayang entah kemana sampai tidak sedar Viktor memanggilnya.

"Psst Ali. Ali. Ali!"

"Ha..ye..ye?"

"Haih, kau ok ke?"

"Ok, kenapa?

"Aku nak tanya, kenapa Alicia tak datang. Dia mana pernah tak datang"

"Kau ni..tanya aku macam aku ayah dia pulak. Mana lah aku tau"

"Tanya saja ma"

Dia bercadang untuk menyalin nota pelajaran untuk diberi pada Alicia supaya tidak ketinggalan. Ali beri tumpuan sepenuhnya pada kelas sambil mencatat nota isi penting. Dia juga juga bercadang untuk pergi ke Mamak Maju untuk bungkus makanan kegemaran Alicia. Dia memang taktau tapi dia boleh tanya pakcik² angkat Alicia di sana nanti.

Puan Munah merotan meja, mengejutkan satu kelas."Periksa dah tak lama lagi. Jangan lupa ulang kaji semula benda yang kita dah belajar dan pastikan kamu semua tak main²"

Loceng balik berdering, satu tanda yang membuatkan semua murid bahagia. Ali bangun dan menolak kerusinya ke bawah meja. Viktor tidak lupa mengingatkan Ali tentang game mereka malam nanti. Dia hanya meng'ia'kan sahaja kawannya peminat no 1 game Detektif Jebat.

Sampai di luar pagar sekolah, Comot mengeluarkan kepalanya dari beg. Ali mengeluarkan skuternya menuju ke Mamak Maju, kedai makan geng General Rama. Dia mengambil tempat duduk di salah satu meja sambil melambai ke arah pakcik Rajesh.

"Oh Ali. Lama takda nampak. Mau makan apa?"
Uncle Rajesh mengeluarkan pen dan buku nota kecil.

"Uncle, Alicia...suka makan apa?"

"Uu Alicia suka makan kari ayam. Dia selalu makan dengan General. Kenapa?"

"Macam tu bagi saya kari ayam 2, bungkus. Alicia cedera sebab latihan kat Akademi. Saya nak bungkuskan makanan dia sekali alang² nak pergi Akademi."

"Apa?! Icha cedera?! Sekarang dia macam mana? Teruk ke?" Nampak riak wajah risau.

"Dia ok tapi teruk jugak lah dia cedera. Kaki kanan dia patah lepastu banyak luka. Tapi Ejen Geetha kata dia ok"

"Ayoyo! Nanti saya ajak yang lain lawat dia. Kalau macam tu, uncle belanja. Tak payah bayar."

Ali hanya mampu senyum pada ejen mamak yang berlari menyampaikan pesanan. 'Kecoh betul kat dapur tu'

Ali's PoV
Agaknya macam mana Khai dengan yang lain ye? Berjaya tak misi diorang? Dahlah nak kena hadap dengan pencuri Azurium pulak tu. Harap diorang oklah kat sana. Jangan ada yang cedera sudah.

Rasanya Alicia dah ok ke sekarang? Nak ke dia ambik nota dan makanan yang aku bawak? Kalau dia taknak boleh bagi Comot. Nanti aku nak try masak pasta lah. Boleh ajak Khai dengan yang lain makan kat rumah bila diorang dah balik nanti.

End Pov

Ali yang sibuk berkhayal dikejutkan dengan Uncle Rajesh yang sudah berada di mejanya dengan kari ayam. Ejen itu memberikan kari ayam tersebut dan berpesan untuk tengok² kan anak buah angkatnya. Pakcik Alicia memang ambil berat pasalnya lagi² bila Alicia sakit. Cemas bukan main.

Sampai di Akademi Ali menyimpan kari ayam miliknya di dalam beg memandangkan dia bawa begnya harini. Kari ayam Alicia dipegang sambil berjalan menuju ke bilik rawatan. Tiba² dia ditarik dan dibawa ke tandas. Orang yang menariknya tadi adalah Jet. Dia menghempas Ali ke dinding bersama dengan Roza dan Mika. Kari ayam tadi terlepas dari tangan Ali dan diambil oleh Roza.

"Sedap bau kari ni. Bagi kitaorang jelah. Kau makan pun tak tinggi²" Roza tersenyum sinis.
"Eh bagi balik! Tu makanan aku!" Ali cuba mengambil semula kari itu tapi Roza mencampak kari itu pada Mika. "Tah! Bagi kau membazir je. Dahlah sampah pastu membazir pulak tu" Jet pula mengambil makanannya dan mengejek "Lagipun kitaorang lapar ni".

"Bagi baliklah! Itu aku punya! Kau nak belilah sendiri! Macam kau tu merempat tepi jalan sampai takde duit nak makan!" Ali meninggikan suara dengan nada marah.

Kata² Ali membuatkan Jet berang dan membocorkan bungkusan kari ayam ke dalam singki lalu buang ke dalam tong sampah. "Kau cakap apa tadi?!" Jet mengangkat Ali dengan mencekiknya. "Kau tu jangan nak belagak sangat! Dahlah lemah" Mika menumbuk Ali tepat di bahagian perut. Darah tersembur keluar dari mulut ejen yang malang itu.Mereka bertiga keluar dari tandas, meninggalkan Ali yang sedang menahan kesakitan.

Ali cuba untuk bangun dan mengambil begnya tetapi Comot tiada di dalam beg. Mungkin sudah keluar berjalan jalan.Nasib baik Ali menyimpan makanan kepunyaannya di dalam beg tadi. Boleh dia gantikan untuk diberi pada Alicia. Perutnya senak ditumbuk Mika menggunakan suit mecha tadi.

Sebelum keluar, dia memastikan dia nampak baik² sahaja dan membersihkan darah tadi supaya tidak menimbulkan rasa curiga pada ejen² lain. Hatinya memujuk diri yang marah dan sedih. Dia melihat cermin didepannya dan senyum seperti biasa.

Ali berjalan menuju bilik rawatan dan menyapa Alicia yang sedang terbaring. "Hai Alicia! Kau okey?" Alicia memandang Ali yang sedang berjalan menuju dirinya. "Aku okey. Kau buat apa kat sini?" Soalan yang tak masuk akal ditanya. "Aku nak melawat kaulah. Kau lapar? Dah makan?" Ali bertanya dengan senyuman. "Belum"

Ali yang mendengar jawapan itu segera mencapai kari ayam di dalam begnya. "Tada! Aku ada bawakkan makanan favourite kau, kari ayam! Nah makan" riak wajah keliru dan terharu jelas terpapar di muka Alicia. "Macam mana kau tau ni favourite aku? Kenapa kau bawakkan aku makanan?" 1 lagi soalan tak logik dilontarkan kepada Ali. "Haih, aku bawak sebab kau kawan akulah. Aku tanya Uncle Rajesh kat mamak tadi"

"Mesti diaorang dah tau aku kat sini..Apa² pun terima kasih sebab bawakkan aku makanan" Alicia mula menjamah dengan selera tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Ali gembira melihat kawannya seronok menjamah makanan yang dibawanya walaupun dia sendiri berasa amat lapar. "Aku nak kena pergi bilik tekno ni. Kau makan sampai habis tau"

Walaupun lapar dan sakit, dia tetap gagah berjalan untuk menyiapkan hadiah kawan² nya. Kali ini, dia ingin menyiapkan upgrade untuk Khai dahulu sebelum yang lain. Tiba² dia teringat akan seseorang..

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now