Neonimus

1K 63 7
                                    

"Ada lah...datang je, nanti aku send location" mereka pun berpisah untuk membuat kerja masing². Sampai di rumah, Ali membaringkan Comot secara perlahan di atas katil dan baring disebelahnya sambil memainkan kotak muzik ibunya.

Tiba2 kucing itu tersedar dan mengiau "Buat misi betul² tau" Ali perasan Comot sudah terbangun jadi dia cepat² mengambil mangkuk makanan yang sudah dihidang ke deoan kucing tersebut.

"Kau dah bangun? Nak makan lah, aku belikan special untuk kau" tapi Comot tidak menunjukkan apa² respon. Ali mula panik dan cuba mengejut kucing itu. Rupa rupanya, kucing itu sengaja mengusik tuannya dan terus memakan makanan dengan lahap.

"Ish kau ni buat terkejut je" Ash juga mengetawakan Ali kerana reaksinya tadi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hari sudah larut malam, Ali sedang berada di dapur memakan roti sambil melihat buku resepi ibunya bersama Comot dan Ash. Pintu rumah kedengaran dibuka oleh ayahnya yang sudah lelah pulang dari kerja.

Ali pun menyambut ayahnya dan menghidangkan roti sandwich bersama kopi panas kepada Dr.Ghazali.

"Kenapa tak tidur lagi ni? Kan dah malam? Esok nak sekolah. Ni Comot kenapa ni?"

"Comot terlanggar bucu pintu, tu yang Ali teman dia" dua beranak itu berbual sebentar lalu masuk tidur untuk menghadap hari esok.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Seperti hari sebelumnya, Dr.Ghazali sudah pergi ke kerja dahulu sebelum Ali berangkat ke sekolah dengan skuternya kecuali hari ini berbeza kerana  Comot harus tinggal di rumah untuk berehat.

Sewaktu melalui jalan di belakang bangunan, anehnya dia tidak nampak Boi dibuli oleh Shed dan Shaun tetapi seorang pakcik yang dibelasah oleh dua orang lelaki.

Ali tanpa ragu² menggunakan yoyonya untuk menarik lalu membaling tong sampah dan terkena pada kepala dua lelaki tersebut. Perhatian teralih kepada dirinya dan menjadi sasaran seterusnya namun dengan skuternya dia dengan mudah menewaskan dua lelaki tersebut.

"Umm pakcik okay?" Pakcik itu bangun dan mengebut bajunya

"Pakcik okay, terima kasih lah tolong pakcik" Ali meneruskan perjalanannya ke sekolah dengan rasa gembira dapat menolong orang

Kedatangannya disambut oleh Viktor dengan gembira dan sapaan oleh Cikgu Bidin.

"Eh, mana Comot?" Viktor memandang kiri kanan dan beg Ali untuk mencari keberadaan kucing yang selalu bersama sahabatnya ke mana pun dia pergi.

"Oh, dia sakit terlanggar pintu"

"Hayyyaaa, teruk ke? Macam mana boleh langgar" Ash memberikan alasan kepada Ali yang seterusnya disampaikan kepada Viktor dalam perjalanan ke kelas.

Di dalam kelas sudah terdapat Alicia yang sedang membaca buku seperti biasa. Dia tahu akan keadaan Comot jadi dia tidak berkata apa² dan terus membaca bukunya. Viktor tiba² memberitahu Ali bahawa dia ingin pergi ke tandas dan meninggalkan mereka berdua.

"Ejen Karya kata kita akan ada misi nanti, bersedia je" Alicia memberitahu rakannya tanpa mengalihkan pandangan sedikit pun tetapi maklumat tetap sampai kepada Ali. Sudah lama dia tidak menjalankan misi, ini lah misi pertama selepas dia sembuh dan tentulah dia tidak sabar untuk pergi.

Selepas beberapa minit, Viktor dan Puan Munah memasuki kelas untuk memulakan sesi persekolahan tetapi bukan pelajaran, ianya ujian akhir tahun. Ali mula panik kerana dia tidak sempat menghabiskan ulangkaji nya tetapi Ash menenangkannya dan berjanji akan memberikan jawapan.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now