Usaha

1.8K 114 16
                                    

Misi berjalan lancar dan teknologi C - Tech berjaya sampai ke HQ dengan selamat. Sudah pukul 12:00 tengah malam, Ali memutuskan untuk menyelinap ke base M.A.T.A melalui perpustakaan. Dengan bantuan comot, Ali dapat meletakkan VHack dengan mudah di meja briefing room. Dari sana, dia boleh mengakses seluruh peranti M.A.T.A

Tapi dia buat bukan sebab niat yang jahat, Ali hanya ingin mengakses seluruh CCTV M.A.T.A  di tempat latihan setiap base M.A.T.A. Sepanjang cuti hujung minggu ini, dia sudah merancang untuk menganalisis semua pergerakan sewaktu berlatih bagi setiap ejen. Jadi, dia boleh mempelajarinya dan menggunakannya sewaktu latihan nanti.

Pertama, dia memilih adalah semua ketua teras. Ali cuba menganalisis pergerakan Ejen Zain dan Ejen Djin yang susah penuh dengan trick. Dia memainkan saru persatu rakaman sehingga dia mula berasa mengantuk. Jam menunjukkan pukul 3:00 pagi. 'Patutlah'. Dia menutup tabletnya dan terus terlentang di atas katil.

Ali bangun pada pukul 9:00 pagi memandangkan hari ini cuti. Dia bersiap menuju ke Akademi secara menyelinap ke dalam sekolah. Kebolehan menyelinapnya juga semakin bagus dan memudahkannnya sampai ke Akademi dengan cepat.

Kali ini, dia memilih Level : Medium yang dianggap susah bagi semua ejen muda. Tanpa berlengah, Ali cuba menggunakan pergerakan Ejen Zain dengan meramal serangan. Pada mulanya dia gagal tetapi setelah 3 kali mencuba, dia dapat menguasai teknik Ejen Zain. Bangga dengan dirinya bila dia dapat melepasi Level : Medium.

Tetap dengan level yang sama, dia mencuba teknik Ejen Djin yang paling susah untuk dipelajari. Untuk menguasai teknik ini, Ali memerlukan 6 kali percubaan. Dia perlu cepat menghabiskan latihan kerana pada pukul 10:30, Viktor akan datang ke rumah Ali untuk main game kegemaran mereka, Detektif Jebat.

Tepat pada masanya, Ali duduk di atas katil, menunggu Viktor menekan butang loceng rumahnya dengan nyanyian 'Ali, Ali, Ali, buka pintu ini'.

Ding...Dong
"Ali, Ali, Ali, buka pintu ini". Yup itu Viktor, tiada orang lain tahu nyanyian itu selain sahabatnya. Ali bergegas turun dan membuka pintu. "Ha Ali, jom kita main! Aku ada bawakan kau lolipop ni."
"Terima kasih Vik! Aku dah berlatih nak pecahkan rekod kau. Sekarang boleh lah kita main story mode"

Dua kawan baik itu pun menghabiskan masa bersama sehingga tiba masanya Ali perlu ke Akademi. Ali memberi alasan yang dia perlu pergi keluar kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Viktor tanpa ragu² percaya dengan Ali dan pulang. Viktor tidak pernah ragu² dengan Ali dan percaya dengannya sepenuh hati. Itulah erti sahabat.

Di Akademi, ejen muda menjalani latihan secara berpasangan dengan teras yang berbeza. Tak payah fikir panjang, memang Ali dengan Alicia.

Pasangan:
Ali, Alicia
Moon, Iman
Rudy, Bulat
Chris, Jet
Roza, Mika
Khai, Zass

Latihan kali ini, mereka perlu berlawan 2 vs 2, pasangan antara pasangan. 3 pasangan yang menang akan naik ke peringkat suku akhir dan 2  pasangan yang menang akan maju ke peringkat akhir, peringkat yang menentukan kemenangan.

Perlawanan pertama
Roza & Mika vs Jet & Chris

Mereka berjalan memasuki arena sambil menatap tajam masing2 pihak lawan. Dengar saja perkataan Mula yang keluar dari mulut Ejen Leon, mereka terus menyerang.

Jet berlawan dengan Roza dari jarak jauh manakala Chris bertembung dengan Mika depan². Roza menyuruh Mika serang dengan jarak dekat dan menumbuk lengan Chris. Jet yang meluru ke arah Roza terus ditembak di bahagian Jetpacknya. Ejen neuro lelaki itu terhempas ke tanah tapi dengan cepat bangun dan menembak Senapang Rifle Roza yang sedang sibuk memerhatikan Chris dan Mika. Dengan senapang yang terlepas dari tangan pihak lawan, itu memberi masa kepada Jet untuk membantu Chris dan menembak Mika dari belakang. Mika yang hilang fokus diserang oleh Chris dari depan dan hampir kalah tetapi lengan Chris dan Jet ditembak oleh Roza menyebabkan dua ejen itu kalah di tempat.

"Pemenang pusingan pertama, Roza dan Mika"

Chris menolong Jet dan naik ke atas disambut oleh ejen muda dengan meriah walaupun mereka kalah.

"Pusingan kedua, Iman & Moon vs Khai & Zass"

Masing² menguncapkan kata² semangat kepada satu sama lain. Zass mengambil perhatian Iman dan Moon sementara Khai cuba menggodam hologram yang ada pada sarung tangan Moon. Percubaannya berjaya dan dengan senang Zass tumpaskan Moon. Iman melilit kaki Zass tetapi dikacau oleh R.O. Iman yang sibuk berlawan dengan R.O tidak perasan bahawa Zass ada di belakangnya. Zass menggunakan scarf Iman dan melilitnya sehingga Iman jatuh dan tidak boleh bergerak.

Ejen Leon mengumumkan Khai & Zass sebagai pemenang. Ali berlari ke arah Khai dan memuji ejen tekno itu. Iman dan Moom turut mengucapkan tahniah kepada Khai dan Zass.

Ali dan Alicia pun bersedia melawan Rudy dan Bulat yang bukan calang² ejen lagi² Rudy. "Habislah kau, aku ajar cukup²"
Mereka merenung antara satu sama lain, menunggu perlawanan bermula. Alicia memberi arahan kepada Ali untuk memutarkan yoyo sebagai pelindung dari cube Bulat. Ali juga dengan tidak sengaja menekan suatu butang di yoyonya yang membentuk perisai plasma di sekeliling Ali dan Alicia. Rudy dan Bulat cuba untuk memecahkan perisai itu tetapi gagal. Ali dan Alicia  yang sudah mengetahui fungsi baru yoyo itu mula mencipta strategi baru.

Alicia menepis gari Rudy dan melastik peluru graviti ke arahnya tetapi dielak dengan mudah. Bulat membaling cube kearah Ali untuk mengeraskan dia dan Ali mengikut plan yang telah diatur. Satu cube dihantar laju kearah Ali, dia mengambil kesempatan untuk membuka perisai plasma tadi yang menyebabkan cube tadi melantun semula kearah Bulat dan mengeras.

Ali terus membantu Alicia menyerang Rudy. Rudy mengelak peluru graviti dan gasing Ali secara serentak tetapi perisai plasma dari Yoyo ali melantunkan semula 2 gasing dan membentuk graviti pemberat apabila bergabung dengan satu lagi gasing yang dilempar. Alicia pun terus melastik Rudy sehingga dia terlempar jauh dari tempat.

Duo itu pun melakukan salam persahabatan mereka dan naik untuk berjumpa dengan yang lain. "Naisu lah korang!" "Power gila korang lawan tadi" "Hebat mu ni Ali" "Tahniah Alicia dan Ali" Banyak pujian dilontarkan kepada duo terbaik itu.

Peringkat suku akhir akan berlangsung esok hari untuk memberi masa berehat dan membaiki gadjet kepada ejen². "Cun gila lah strategi kau Alicia!" Ali dengan senang hati memuji ejen neuro yang tersenyum itu. "Kau pun hebat jugak"

Memandangkan masih ada masa sebelum esok, dia akan sambung menganalisa rakaman latihan ejen². Kali ini, dia akan menganalisis pergerakan Alicia dan menyimpan teknik Ejen Zain dan Ejen Djin untuk perlawanan akhir. Agak susah untuk Ali pelajari pergerakan Alicia yang laju dan cekap. Dia juga ada meminta Alicia untuk mengajarkannya beberapa teknik seperti berlawan di dalam gelap dan lain².

-----------------------------------------------------------
Ni chapter terpanjang yang pernah Author tulis 1000 lebih perkataan. BTW terima kasih kerana membaca

Peace out,
Author

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now