Kasih Sayang

2.2K 116 8
                                    

Ali menuju ke bilik Tekno untuk meneruskan ciptaan gadjet baru untuk rakan² istimewanya selepas ATLAS tidak lagi berguna tanpa I.R.I.S. Namun sekali lagi, dia buntu. Gadget apa yang sesuai dengan kawan² nya. Orang istimewa itu termasuk Khai, Alicia, Moon, Iman, Bulat, Zass dan Chris kerana mereka lah yang tidak pernah lelah membantu Ali dalam apa² situasi. Ali pun sekali lagi membuka profile kawannya dan cuba  mengingati saat pertempuran untuk mendapatkan idea gadjet apa yang boleh melengkapi kekurangan mereka.

Bermula dengan Khai, dia hanya mempunyai R.O sebagai alat hacking dan pertahanan tetapi bukan untuk pertempuran. Tanpa senjata, Khai boleh diserang dan dikalahkan dengan mudah. Tapi senjata apa yang sesuai untuk Khai? Dah selesai satu masalah, datang lagi satu masalah.

Tanpa Ali sedar, Ejen Gheeta masuk ke bilik Tekno itu. "Kamu buat apa tu?" "Arghh" Ali terjatuh dari kerusinya. "Oh Ejen Gheeta, saya tengah fikir nak cipta senjata apa untuk Khai..selama ni dia gunakan R.O je tapi bahaya kalau orang serang dia bila ejen lain sibuk berlawan"

"Oh..saya pun tak pernah terfikir pasal tu. Bagus kamu ni Ali. Ingat kepada kawan². Cuba kamu pergi tanya Khai, senjata apa yang dia nak pakai"

"Tapi saya nak buat suprise...Oh! Saya boleh cipta satu robot lain yang bertugas untuk lawan. Jadi, Khai tinggal control je. Tapi dah macam Khai hack robot M.A.T.A guna R.O pastu serang yang lain lah pulak. Aduhh susahnya..macam mana nak panggil diri saya kawan dia kalau apa yang sesuai untuk dia pun saya tak tau. Haihhh"

"Jangan cakap macam tu. Kamu kisah dan ambil berat terhadap dia, itulah ciri² kawan yang baik. Takpe cuba fikir dan lihat apa yang Khai buat, mungkin akan menimbulkan idea" dia memberi senyuman sebelum keluar dari bilik itu.

Ali pun terus menerus memikirkan gadjet yang sesuai dengan kawan²nya namun, bagi Ali mereka semua sudah hebat. Tak perlu apa² gadjet lagi.

"Ali! Sini pun kau. Penat uncle cari kau" suara yang tak lain tak bukan milik mentor teras Kombat. Ali menoleh dan menyapa Ejen Bakar. "Kau buat apa tu? Sibuk je uncle nampak"
"Ni ha...nak hadiahkan gadjet untuk ejen muda lain tapi tak tau nak buat apa. Saya nak buatkan Khai senjata tapi tak tau senjata apa. Saje² buat suprise. Pastu nak gantikan Rudy punya gari balik, tadi tak sengaja pecahkan."

"Ooh, untunglah diaorang dapat kawan macam kau. Uncle pun tak boleh nak kata senjata apa yang sesuai untuk Khai. Nanti uncle tolong fikir fikirkan"

"Ok, tq uncle"

Ejen Gheeta dan Ejen Bakar bak Ibu dan bapa bagi semua ejen muda. Sikap mereka yang baik, peramah dan prihatin menjadikan ejen muda suka dengan kehadiran mereka. Beberapa ejen muda juga ialah anak yatim. Ada yang tiada ayah, ada yang tiada ibu, ada yang tiada kedua duanya, jadi Ejen Gheeta dan Ejen Bakar dengan senang hati menjadi ibu dan bapa angkat kepada mereka.

Dua mentor itu juga selalu beri nasihat dan semangat. Berusaha mengambil berat dan menjaga keseimbangan mental ejen² di Akademi. Sungguh ejen muda di sana tidak mengharapkan kasih sayang yang lebih baik daripada kasih sayang Ejen Bakar dan Ejen Geetha.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now