Marah

1.5K 80 10
                                    

"Ali?!, Ali?!" Khai menggoncang badan sahabatnya dengan perlahan tapi Ali tidak menunjukkan apa² respon. Zass meminta bantuan yang tak lama selepas itu sampai.

Sekarang, semua ejen muda dan Viktor sedang menunggu diluar sementara doktor memeriksa keadaan Ali. Viktor menatap Alicia untuk meminta penjelasan pergaduhan tadi.

Beberapa minit kemudian, mereka dibenarkan masuk semula dan duduk di tepi katil Ali yang masih tidak sedarkan diri.

"Bagitau aku, kenapa sebenarnya? Kenapa kau marah² dia?"

Alicia memegang telefon Ali dan memberikannya kepada Viktor yang mengambilnya dengan riak wajah hairan.

"Kau bukak dan baca semua message dalam handphone dia tu" Viktor pun langsung ingin membaca pesanan di telefon kawan baiknya tetapi tiba² sahaja Ali bangun dan merebut telefonnya.

"Ali!" Semua orang terkejut.

"Jangan! Jangan dengar cakap Alicia. Semua tu tipu je" Ucap ejen tekno itu dengan mata yang sudah berkaca kaca.

"Apa kau kata?!" Bentak Alicia.

"Tenangkan diri awak Alicia" Iman cuba menenangkan ejen neuro yang sekali lagi marah.

"Diam Iman. Dia yang tipu, bukan aku. Kalau betul aku tipu, check handphone dia, kalau dia taknak bagi, maksudnya dia bohong."

Chris menatap Alicia lalu menatap Ali yang menggelengkan kepala apabila Chris cuba mengambil telefonnya.

"Ali, kalau kau cakap jujur, bagi handphone kau kat Chris sekarang" Moon berkata dengan risau.

"Tak korang. Handphone aku memang takde pape!" Remaja itu memegang erat telefonnya.

"ALI BIN GHAZALI! BAGI AKU HANDPHONE MU SEKARE JUGOK!" Bentak Chris yang turut ikut kesal sekarang.

Drt...drt..
Ali melihat telefonnya dan cepat² mematikan panggilan tersebut. Semuanya pandang ke arah ejen tekno itu.

"Tu bukan siapa², please percaya" nada suaranya kedengaran bergetar.

Drt...Drt...

"Hello?" Chris bertanya selepas menjawab panggilan.

"Hello, mu dengar idok suara aku?" Chris berjaya merampas telefon Ali dan bersuara kerana tidak mendengar jawapan di hujung talian.

"Chris, meh sini aku buat loudspeaker. Rekod sekali" tegur Khai yang mengambil telefon Ali.

"Hello" suara lelaki terdengar di hujung talian namun mereka tidak dapat mengenal pasti pemilik suara tersebut.

"Hello. Kau siapa? Kenapa kau call Ali?!"

"Oh jadi budak tu mengadu kat korang lah. Dia ni memang nak kot"

"KAU SIAPA SEBENARNYA HAH??!!" Bentak Alicia yang sudah hilang sabar.

"Eh, Alicia" kata² orang itu membuatkan mereka terdiam sekali gus terkejut. Bagaimana orang tersebut boleh mengenal Alicia? Adakah dia pernah berjumpa dengannya? Atau seseorang antara mereka?

"MU SIAPA HAH??!!" Chris meninggikan suaranya.

"Chris, maknanya betullah yang budak tu dah mengadu kat korang"

"Kau cakap apa ni sebenarnya?" Viktor juga sudah kesal.

"Oh, dia tak mengadu. Baguslah macam tu, patuh betul budak tu dengan arahan aku rupanya" kedengaran ketawa jahat di hujung talian.

"APA YANG KAU DAH BUAT KAT ALI?!"

"Kenapa kau bentak aku pulak Alicia? Tadi kau marah Ali sampai tolak dia lagi. Kejamnya kau rupanya, heh"

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now