Latihan

2.2K 116 16
                                    

"Perhatian kepada semua Ejen muda, sila berkumpul di arena sekarang"

Semua ejen muda yang sedang melakukan hal sendiri bergegas ke arena. Latihan kali ini perlu dilakukan secara berkumpulan dan seperti selalu, Ali dan Alicia sebagai teras dan Tekno dan Neuro dalam kumpulan mereka. Manakala Moon dan Iman dengan senang hati menjadi teras Inviso dan Kombat bagi melengkapkan kumpulan. Tugas mereka adalah untuk mendapatkan intel yang terletak di tempat yang berbeza dengan kawalan robot dan drone. Dan yang paling membuatkan mereka berdebar, hanya ada dua intel sahaja manakala mereka ada tiga kumpulan. Kumpulan yang kalah akan
digantung dari melakukan apa² misi selama 5 hari.

Kumpulan:

Ali, Alicia, Moon, Iman
Khai, Jet, Zass, Chris
Bulat, Roza, Rudy, Mika

"Biar kitaorang ajar si pembelot ni" Ali mengendahkan kata² Rudy. Ali tahu, selagi dia mendengar arahan Alicia, kumpulan mereka akan menang. Memang bagi dia, tiada ejen muda Neuro lain yang boleh kalahkan Alicia.

3...2...1 MULA!

Ali menjumpai kedudukan intel pertama dengan terbang menggunakan Aero Boots dan menuju kesana bersama kumpulannya. Sesampai di sana Alicia terus memberi arahan dan tugasan kepada ahli kumpulan. Ali ditugaskan untuk mengambil intel tanpa terkena perangkap yang akan mengaktifkan robot dan drone. Alicia akan menjaga kumpulan dari jauh, Moon menyorok untuk menyerang kumpulan yang lain secara mengejut manakala Iman akan menjaga keadaan sementara Ali mengambil Intel.

Tanpa susah², Ali menggunakan Aero Boots dan boost ke atas. Meletakkan alat hacking yang diciptanya sendiri sebelum mengambil Intel supaya perangkap tidak terbuka. Setelah mengambil Intel, dia memberitahu Alicia tetapi tangannya ditembak oleh Roza menyebabkan Intelnya terlepas. Rudy dengan cepat mengambil Intel tersebut tetapi di serang dengan Moon. Alicia berjaya menumpaskan Roza dari tempat dia menyorok dan turun untuk merampas semula Intel. Dia mengarahkan Iman untuk melilit Mika sementara bertarung dengan Rudy. Ali menggunakan yoyo untuk memecahkan perisai plasma bulat tetapi tidak berjaya. Alicia berjaya merampas semula Intel dan mengarahkan ahli kumpulannya untuk berlari ke garisan penamat. Rudy mengambil peluang untuk menggari Alicia tetapi garinya hancur terkena yoyo Ali.

Dia terus menyerang Ali dengan pelbagai cara tapi nak buat macam mana, 4 vs 1. Iman dan Moon pun membuat kombo dan menyerang Rudy secara serentak. Sedang mereka berlari, mereka ternampak kumpulan Jet sedang mendahului mereka ke garisan penamat. Alicia pun melastik tangan Jet yang memegang Intel untuk Ali menarik Intel tersebut menggunakkan Yoyo. Zass pun mengelirukan mereka tetapi Ali tetap tenang dan melontarkan tiga gasing ibunya yang membentuk segi tiga graviti. Zass terperangkap, Jet cuba menembak gasing² tersebut supaya Zass terlepas tetapi di serang oleh Iman. Khai menggunakan R.O untuk melepaskan Zass tetapi di halang oleh Moon. Chris bertembung dengan Alicia menggunakan keris plasmanya dan menjadikan blastique Alicia sebagai sasaran. Namun, ejen Neuro tersebut dengan mudah mengelak.

Sedang sengit berlawan, Chris ditembak oleh Roza. Alicia mengarahkan Ali untuk melemparkan Intel yang dirampas dan beredar dari situ bersama yang lain. Mereka berlari sekuat hati manakala kumpulan Roza dan Jet merebutkan Intel yang dilempar tadi.  Tiba di garisan penamat mereka disambut dengan 4 mentor yang tersenyum manis dan bangga terhadap mereka.

Di Briefing Room...

"Tahniah kepada kumpulan Alicia! Strategi yang teratur dan kerjasama yang cemerlang. Ali, prestasi kamu semakin meningkat, kami bangga dengan kamu. Iman, pertahanan yang kuat dan Moon, skill menyelinap kamu semakin baik" Puji Ejen Geetha.

"Kerjasama dengan kumpulan kamu pun dapat dilihat, pandai memanfaatkan teknologi"

"Pertahanan yang bagus semasa serangan, skill berlawan kamu semua sangat baik sama ada jarak dekat atau jauh"

"Saya bangga dengan pencapaian kamu. Kamu berempat memang telah menunjukkan potensi sebenar  kamu semua. Pandai mencari cara memanipulasi kumpulan yang lain. Bagus"

Kumpulan Alicia menerima banyak pujian dari keempat empat mentor yang berada di hadapan mereka terutamanya Ali yang semakin berdisiplim dan mendengar arahan. Ejen tekno tersebut memang sudah banyak berubah.

Sebaliknya dengan kumpulan Jet, mereka gagal merebut Intel dari kumpulan Rudy dan akan digantung dari membuat apa² misi selama 5 hari. Ejen Karya dan Ejen Geetha menasihati mereka untuk meningkatkan lagi strategi dan kerjasama antara kumpulan.

Merekan keluar dari bilik tersebut dengan pelbagai reaksi. "Hebatlah korang kat sana tadi!" Ali memuji kumpulannya. Mereka berborak antara satu sama lain dengan Ali yang sedaya upaya memujuk Khai. "Naisu gila kau guna R.O tadi! Aku pun tak reti nak buat macam kau" Khai kembali gembira mendengar kata2 semangat dari rakan²nya.

Tiba² Jet menolak bahu Ali sehingga terjatuh ke lantai. "Tadi tu nasib je kitaorang bagi chan!". "Apa ni Jet! Kau dah kalah, kalah lah Terima jelah. Ali takde pun ejek kau kan!" Moon tolong Ali bangun. "Entah kau ni. Yang kau nak marah sangat dah kenapa?" Khai bertanya. "Kalau bukan sebab budak pembelot ni pergi rampas Intel kita tadi, mesti kita dah menang!" Jet meninggikan suara. Ali yang bangun berdiri semula dan menghalang kawan² nya yang lain dari meneruskan peegaduhan dan beredar dari sana.

Khai, Moon, Iman dan Alicia pun mengikuti Ali, meningglkan café tersebut dengan perasaan marah terhadap Jet. Mereka dulu pun pernah kalah juga tapi bagi Jet, dia tak sepatutnya kalah dengan Ali, seorang pembelot di matanya. Iman pun menasihati Ali untuk tidak ambil hati dengan kata² Jet tadi. Alicia pun memuji prestasi Ali untuk melegakannya. Kawan² seperti mereka, adalah orang yang paling Ali hargai dan jasa mereka takkan pernah dia lupakan.

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now