Dibuli Lagi (PT2)

1.5K 87 17
                                    

"Identiti dia masih tidak diketahui tapi kami akan cuba untuk mencari dia. Semua pihak atasan menggelar dia Mysterio dengan identiti dan motifnya yang masih lagi misteri"

Ali mengangguk serius dengan penjelasan mentor tekno itu kerana dia sangat ingin tahu siapa dan kenapa orang itu menyelamatkan dirinya. Mungkin dia hanya buat apa yang perlu dibuat tapi kenapa perlu sampai menyorokkan identiti sendiri? Ali yang sibuk memikirkan tentang Mysterio dikejutkan dengan pertanyaan Ejen Bakar.

"Hadiah gadjet kau tu nak buat camne?"

"Yang gadjet saya letak dalam kotak hadiah dan yang upgrade, saya akan tambah nanti. Ejen Leon dengan Ejen Karya setuju ke dengan rancangan kita?"

"Diaorang okay je..Lagipun petang ni ejen² yang pergi misi dah nak balik"

"Tak sabarnya!😆"

Tiga ejen yang berada di situ ketawa melihat reaksi Ali yang tadi serius bertukar seperti kanak² yang tidak sabar. Mereka meminta diri untuk membuat sedikit persiapan kejutan tersebut dan menyuruh Ali untuk berehat. Tanpa disedari, ada yang melihat gerak geri mereka dari jauh dan tersenyum sinis.

"Line clear"

Seseorang memberitahu kepada kawannya yang lain dan mengajak mereka untuk ke bilik rawatan stage 2. Taktau kalau korang sangka atau tidak tapi orang dan kawannya itu ialah Jet bersama yang lain. Memandangkan semua ejen lain sekarang sedang sibuk, mereka membuat keputusan untuk membuli Ali lagi tetapi di dalam bilik rawatan supaya lebih tersembunyi.

Ali yang berada di bilik rawatan sedang memegang bingkai gambar dia bersama keluarganya iaitu ibu dan bapa serta kucing peliharan lamanya, Labu memeluk bingkai tersebut. Saat ini amat dirindui Ali kerana sekarang, semua di dalam gambar itu sudah hilang. Pemergian ibunya dan Labu yang lari dari rumah, dengan ayah yang sangat sibuk dengan kerja membuatkan Ali berasa kosong walaupun diisi dengan kawannya. Air mata mula menitis dari matanya dan mengalir membasahi pipi. Tiba²......

"Weyh, pembelot tu nangis lah. Haritu belagak kuat. Sebab kaulah kitaorang hampir kena buang dari M.A.T.A" Jet berkata dengan nada mengejek.

"Lah..ingatkan kuat sangat, rupanya macam budak kecik" Roza menyambung sambil tersengih

"Budak sotong, sampah dan lemah macam dia kau kata budak kecik? Lagi teruk aku rasa..tak caya kau tengok ni" Rudy melemparkan Shadowcuff ke tangan dan kaki Ali lalu menyeretnya ke lantai. Dia menghentam Ali ke atas ke bawah beberapa kali sebelum menahannya di dinding. Jet berjalan ke penjuru bilik sejauh yang mungkin dari Ali dan menggunakan jetpacknya untuk pergi ke arah Ali menumbuk tepat di dada menyebabkan ejen tekno itu sesak nafas. Roza memegang kepala Ali dan menghentak hentak beberapa kali di dinding sebelum Mika pula memberi tendangan hebat ke perut Ali lagi. Sakit yang tak boleh dikatakan terasa di perutnya yang dari haritu lagi menjadi sasaran dengan darah yang tersembur keluar dari mulutnya. Beg ejen tekno itu diambil dan dibuang ke dalam tong sampah. Rudy mencampak ejen tekno itu ke atas buat kali terakhir dan mengambil semula garinya lalu pergi bersama yang lain.

Ali yang tak mampu bergerak dengan darah di lantai di tinggalkan begitu sahaja. Remaja lelaki itu berharap yang tiada ejen² lain yang akan masuk ke sini selagi dia tidak dapat kembali ke katil dan membersihkan darah yang tersembur di lantai. Tapi dalam keadaan begini, agak sukar untuk dia bergerak dan bernafas yang membuatkan Ali lebih lama untuk bangun.

"Ali! Kau okay tak ni?!" Ash bertanya dengan gelisah.

"Aku okay je cuma sakit bila nak gerak. Aku kena bersihkan darah ni cepat lepastu baring atas katil balik tapi perut aku rasa macam nak pecah kena dari haritu"

"Aku minta maaf sebab aku tak boleh nak pergi minta tolong"

"Takpe..lagipun aku taknak sesiapa tahu aku jadi camni nanti lagi lama aku kena duduk dalam ni. Harap² takde siapa lah yang ada dekat² sini"

Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now