Rekruit Baru

1.1K 73 16
                                    

"Ali!" Viktor berlari kearah sahabatnya yang terlebih dahulu memasuki kawan sekolah. Jelas dia sangat gembira kawannya sudah kembali bersekolah seperti biasa.

"Bagus² kau awal! Aku ada belikan kau komik baru Detektif Jebat:Persaudaraan. Boleh lah kita baca sama² waktu rehat, baru senang nak main nanti"

"Cun! Aku pun dah lama tak baca komik dia" mereka berbual sambil menuju ke kelas memandangkan waktu masih awal. Mungkin kelas masih kosong atapun hanya Alicia sahaja yang ada. Ali ternampak Cikgu Bidin yang bersandar pada dinding dan menyapanya.

"Selamat pagi Cikgu Bidin!"

"Selamat pagi dan selamat kembali. Kamu awal harini, bagus" ejen tekno itu hanya tersenyum dengan pujian cikgunya dan masuk ke kelas. Benar jangkaanya, hanya Alicia sahaja yang ada di situ. Dia sebagai seorang yang ceria menyapa perempuan cina itu tanpa ragu.

"Selamat pagi Alicia"

"Selamat pagi" pandannya tidak teralih daripada buku walaupun menjawab sapaan Ali.

Skip...
Alilicia telah tiba di depan vending machine setelah memastikan tiada orang berdekatan. Langkah dijejakkan ke dalam selepas mengisi kod, hati Ali sudah sangat teruja setelah sebulan tidak menjejakkan kaki ke tempat yang penuh kenangan manis dan pahit.

Baju mereka bertukar kepada suit, itu juga satu benda yang ejen tekno itu rindukan. Belum lagi sampai ke Akademi.

"Mentor² kata mereka dah jumpa rekruit baru. Kita akan ada ejen muda yang sertai kita" Ali berhenti, dia terdiam. Dia takut mereka tak serasi dengan dia.

"E-ejen muda baru? Siapa?"

"Ya, tapi aku taktau siapa. Kenapa?"

"Erkk takde papelah" Alicia memandang pelik kawannya yang tadi sangat teruja sudah berubah muram.

"Hey Ali!!" Khai datang berlari dengan R.O menyambut kepulangan sahabtnya setelah sekian lama tidak menjejakkan kaki di situ.

"Baguslah kau dah sihat. Lepasni boleh kita berlatih sama². Kau tahu nanti ada akan ada dua ejen muda baru" muram kembali ejen tekno itu tetapi tetap memberikan senyuman palsu kepada rakan se'teras'nya.

"Kenapa? Kau tak suka ke?"

"Bukan, cuma aku takut diaorang macam geng Rudy"

"Alah, tak payah takut, kitaorang ada"

Mereka terus masuk ke Akademi dan bertemu dengan ejen muda lain yang sedang berbual di hall. Ejen² muda di situ langsung menyambut mereka bertiga lagi² Ali dan mengajak mereka berbual.

Tidak sampai 10 minit, Ejen Geetha sudah mengarahkan mereka ke arena untuk menyambut kedatangan ejen muda baru yang dibualkan dari tadi. Mentor² akan menjalankan ujian hari pertama seperti mana Alilicia dan yang lain lalui.

Mereka berdiri dari atas, bekalan elektrik di Akademi sudah dimatikan, dengan menggunakan teknologi yang ada pada suit Rudy, mereka menyamarkan keberontakan di dalam Akademi dan akan menonton pergerakan ejen muda baru itu melalui screen.

Keadaan sudah senyap, Ejen Karya dan Ejen Bakar sudah bersedia untuk memulakan lakonan. Di dalam screen, dua ejen muda lelaki sedang berlari bersama Ejen Bakar menuju ke arena dan perkara yang sama dilakukan sewaktu Alilicia pertama kali datang dahulu.

Sekarang dua ejen itu sedang mengejar Ejen Karya yang mengumpan mereka ke arena. Lelaki pertama berteraskan neuro memulakan serangan dan disambung dengan serangan lelaki kedua berteraskan inviso secara bertalu talu.

Ejen muda neuro itu menggunakan pistol plasma untuk menembak manakala seorang lagi menggunakan suit halimunan namun kecekapan Ejen Karya akhirnya menewaskan mereka berdua.

Mereka memberi tepukan hangat sementara lampu dibuka dan Ejen Bakar menolong dua rekruit baharu itu. Mereka dijemput naik ke atas untuk berkenalan dengan yang lain. Wajah mereka berdua sedikit dikenali Ali namun dia tidak mengingati siapa mereka.

"Sila perkenalkan diri kamu"

"Nama aku Armin" Ejen neuro itu tampak berlagak.

"Nama aku Ed" ejen inviso tersebut tidak ubah seperti Rudy.

'Macam pernah nampak, tapi kenapa diaorang nampak macam berlagak je'

"Tak payah risau, semua orang ada nak protect kau kalau diaorang buat masalah" Ash bersuara. Ali adalah orang yang terakhir memperkenalkan dirinya dengan gementar.

"H-hai, nama aku Ali" dia menghulurkan tangan untuk berjabat tetapi mereka hanya mengendahkannya dan menjeling ejen tekno itu.





Perubahan Super Ejen [Ejen Ali FF]Where stories live. Discover now