PROLOG

6.7K 199 1
                                    

JARI-JEMARI menari-nari di dada keyboard. Kalau ada masa lapang, itulah rutin harian aku. Bukannya aku ni 24 jam sibuk. Mesti akan ada juga waktu-waktu senggang. Inilah rutinnya. Kalau tidak meluangkan masa di blog, aku akan menonton cerita Korea di aplikasi Viu.

Dalam blog aku biasanya kongsi tentang kisah-kisah hidupku yang aku lalui sebelum ini. Tipulah kalau aku cakap aku tak ada masalah. Macam mana nak bahagia kalau tak hadap masalah, kan?

Bagi aku, setiap manusia ada ujian yang berbeza-beza. Sebab itulah aku tak suka bandingkan diri aku dengan orang lain. Mungkin ada orang yang lebih susah daripada aku. Tapi itulah ujian yang menimpa aku betul-betul buatkan aku hampir hilang arah.

Manusia...

Manusia kalah dengan perasaan yang dinamakan cinta. Ya, aku juga tergolong dalam kategori itu enam tahun lepas. Walaupun berkali-kali aku mencuba menarik perhatiannya, hatinya tetap utuh untuk wanita itu. Wanita yang merupakan cinta pertamanya.

Sedangkan aku?

Aku di sini berperanan sebagai orang tengah untuk merapatkan kembali hubungan mereka yang telah terpisah jauh. Aku akui, aku bodoh. Demi duit, aku sanggup menggadai hati sendiri.

Aku sedar, aku dungu. Demi duit aku rela menanggung sakit seorang diri. Tapi, siapalah aku? Hanya seorang wanita yang mengharapkan secebis kasih daripada seorang lelaki yang tidak sudi.

"Mama."

Panggilan itu menyentakkan aku. Lekas aku menoleh memandang pemilik suara lembut itu. Bibirku mengukirkan senyuman kecil.

Juwita!

Dia adalah saksi betapa utuhnya cinta aku untuk lelaki itu. Kehadiran Juwita membuktikan betapa hanyutnya cinta aku untuk lelaki itu. Juwita, dia adalah penyambung dan dialah waris untuk GMWorks. Juwita, dialah anakku.

"Mama, papa panggil turun makan." Beritahunya sambil menjengah sekilas lappy kesayangan aku.

"Papa dah siap masak ke sayang?" soalku kepada Juwita. Anak perempuan aku yang baru sahaja berusia empat tahun.

Sejak aku mengandungkan anak kedua ni, suami akulah yang selalu turun masak. Balik kerja terus berperang di dapur. Bukannya aku malas cuma aku tak larat nak memasak. Kali ini aku agak mengada-ada sedikit. Mujurlah si dia faham.

"Dah. Papa masak tom yam. Sedap!"

Aku tersenyum. Anak aku memang hantu tom yam. Ikut fiil siapa lagi kalau bukan emak dia. Dengan bersusah payah aku bangkit dari duduk. Perut yang membuncit ke hadapan aku usap. Lagi sebulan sahaja lagi due aku. Tak sabar rasanya ingin menantikan si kecil menatap dunia.

Aku memimpin tangan Juwita menuruni tangga. Haruman tom yam menusuk ke dalam rongga hidung aku. Baru aku nak melangkah masuk ke ruang makan, si dia sudah menghalang laluan aku.

"Kenapa tak panggil abang? Sayang tu tengah sarat. Kalau jatuh tangga nanti macam mana?" Bebelnya.

Aku menggeleng. Inilah sikap dia. Over sangat pada hal bukannya aku mengandungkan anak pertama. Dah nak masuk anak kedua pun.

"Alah, Rin tak nak susahkan abang. Juwita ada. Dia boleh pimpin Rin," jawabku.

"Juwita tu kecil lagilah. Badan dia pun kecil nak tampung badan sayang yang besar ni. Berapa kali abang cakap, kalau nak turun ke apa, panggil abang." Dia masih lagi membebel.

"Yalah, yalah, Rin minta maaf. Jomlah, kita makan. Rin dah lapar. Baby pun sama lapar." Kataku.

Terpaksalah gunakan anak kami yang ada di dalam perut ni supaya dia tidak membebel lagi.

"Sayang buat apa lama-lama dekat atas tadi?" soalnya sambil menarikkan kerusi untuk aku. Dia membantu aku duduk dengan penuh berhati-hati.

"Tak ada buat apa-apa pun. Rin hadap blog. Bosanlah duduk macam patung. Rin nak kerja abang tak bagi," balasku.

Sejak aku lahirkan Juwita, dia memang halang aku kerja lagi. Katanya, dia mampu sara kami anak-beranak. Lagipun, memang tugas dia mencari rezeki dan melengkapkan keperluan aku dan anak-anak kami.

"Sayang, kita dah cakap, kan..."

"Ya, tahu. Rin cuma cakap. Tak bermaksud apa-apa pun." Cantasku.

Dia diam. Dicedokkan nasi ke dalam pinggan aku dan Juwita kemudian diberikan tom yam kepada kami. Aku menghirup sedikit kuah tom yam itu. Boleh tahan sedap. Bebola mata aku bergerak-gerak memandang si dia. Bibirku mengukirkan senyuman.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now