BAB 19

1.1K 68 0
                                    

"NARINA. Good morning. Awak tak call saya pun. Kalau tak saya boleh ambil awak datang ke office." Senyuman Encik Miqdad pagi ini agak manis. Aku tak tahu macam manalah aku nak kawal reaksi muka aku yang tengah berona merah ni.

Aku mengukirkan senyuman kecil. Kepalaku bergerak ke kiri dan ke kanan. Manalah tahu ada staff yang mencuri-curi pandang ke arah kami berdua.

"Saya tak nak susahkan Encik Miqdad," balasku. Senada.

Dia mendekatkan dirinya kepada aku lalu berbisik. "Kita tengah berlakon. Saya tak nak staff saya hidu lakonan kita berdua. Saya tak nak rancangan kita hancur. Jadi, saya kenalah ambil awak dari rumah sepatutnya."

Senyumanku memudar. Sakit sekali ayat itu. Namun begitu, aku perlu berpijak di bumi nyata. Aku cuma tunang palsunya sahaja dan hubungan kami hanya mampu bertahan selama tiga bulan. Narina, sedarlah. Jangan berharap lebih-lebih. Nanti kau yang sakit.

"Tapi saya boleh datang kerja sendiri. Encik tak payah susahkan diri nak jemput dan hantar saya balik. Staff encik takkan syak apa-apa. Tak semestinya pasangan bertunang tu kena berkepit 24 jam," ujarku. Perlahan.

"Okeylah, saya hormat keputusan awak. By the way, macam mana dengan keadaan awak? Are you okay?"

"So far so good. Takkanlah saya nak berkurung dekat rumah lama-lama, kan? Terpaksa jugalah saya tebalkan muka. Cekalkan hati."

"Saya suka semangat awak." Dia tersenyum lagi.

Tolonglah... janganlah senyum macam tu. Aku cair tahu tak!

"Hmm..."

"Okeylah, have a nice day. Saya masuk bilik saya dulu. Nanti kita lunch sama-sama, ye?"

"Kenapa?" Dahi aku berkerut.

"Saya nak bincang pasal next plan kita. Saya tak boleh nak tunggu lama-lama. Saya takut kalau Warda terlepas," jawabnya bersahaja.

Aku hanya mengangguk. Langkah kakinya aku hantar melalui ekor mata.

"Wah, sweet betul awak dengan Encik Miqdad, ye? Baru kerja dah dapat tackle bos besar. Anak orang kaya pula tu! Ilmu apa yang awak pakai, Narina?" Sindiran pedas Hamidah amat menyakitkan hati aku.

Sudahlah nama dia dah nak dekat sama dengan nama Hamizah tapi perangai mereka jauh berbeza. Tajam mata aku mencerlung Hamidah.

"Jangan nak merepeklah." Dengusku.

"Eh, mana ada merepek. Betullah... kami yang dah kerja lama dekat sini langsung tak mampu nak pikat Encik Miqdad. Awak ni yang tak sampai setahun kerja dekat sini dah boleh bertunang dengan dia. Hebat!" Juih Hamidah.

Aku membuang pandang ke skrin komputer. Kalau aku layan nanti dia semakin menjadi-jadi. Lebih baik aku diamkan diri. Sampai masa nanti mereka semua tahu tentang rancangan gila yang Encik Miqdad buat dan aku hanyalah menjadi watak tambahannya sahaja.

"Kenapa diam? Awak sepatutnya kena turunkan tips-tips menggoda lelaki dekat saya, tau!"

"Hamidah, kau tak ada kerja ke?" soalku. Mula menggunakan 'aku-kau' dengan dia. Geram betul dengan mulut celoparnya.

"Ada. Kenapa?"

"Kalau ada pergilah buat. Kenapa tercongok dekat meja aku lagi?"

"Wow! Baru jadi tunangan Encik Miqdad dah berlagak lain macam. Sedarlah... kau dengan Encik Miqdad tak layak dan takkan pernah sebulu. Kau tu gemuk!" Herdiknya sebelum melangkah pergi.

Aku terpempan. Aku tak sangka mulut dia selancang ini. Depan-depan dia menghina bentuk fizikal aku. Malu tempoh hari masih bersisa. Ditambah lagi dengan malu yang baharu. Ya Allah, apa malang sangatlah nasib aku.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now