BAB 4

1.4K 89 0
                                    

TUK!

Sekali saja kekura jari-jemari aku mengetuk daun pintu bilik Encik Miqdad. Aku bukan apa, aku tak beranilah nak ketuk banyak kali. Dahlah mood dia tengah swing, tak pasal-pasal aku kena tendang kang!

"Masuk!" Keras suaranya memberikan arahan.

Aku pandang secawan kopi yang aku bawa bersama. Emak pernah pesan, kalau kita nak redakan kemarahan seseorang, kita kena bagi dia minum air sejuk. Masalahnya air sejuk apa aje yang ada dekat pantri? Air kosong adalah.

Aku harap Encik Miqdad tak sembur akulah kalau aku bagi dia kopi ni. Niat aku baik. Aku tak nak dia bermasam muka. Tak syoklah nak kerja kalau bos masam muka, kan?

Nafas aku tarik dalam-dalam kemudian aku hembuskan perlahan-lahan. Tombol pintu aku pulas. Sehabis baik aku cuba ukirkan senyuman di bibir.

"Saya ada bancuhkan air kopi untuk Encik Miqdad," beritahuku seraya meletakkan secawan kopi di hadapannya.

"Panas lagi tu. Sedap kalau minum. Dah sejuk nanti tak kao dah." Aku bersuara lagi bila dia hanya diam dan merenung kopi yang aku bancuh tadi. Ada lalat ke dalam air kopi tu?

"Ada ke saya suruh awak buatkan kopi untuk saya?" soalnya, dingin.

Nah, kau!

Itulah, sibuk sangat nak ambil hati bos, kan dah kena sembur. Alah, aku saja buat baik. Manalah tahu Encik Miqdad lembut hati nak naikkan gaji aku. Masyuklah aku nanti. Huh!

"Tak... tak ada."

Aduh, waktu-waktu macam nilah nak gagap pun. Kening aku garu. Nak coverline malu punya pasal.

"Dah tu, awak pandai-pandai bancuh kopi ni untuk apa? Jangan buat kalau saya tak suruh. Faham?!" Suaranya naik seoktaf. Fail berwarna hitam dihempas ke atas meja.

Aku tersentak. "Saya cuma nak redakan hati Encik Miqdad yang tengah panas tu. Tak elok masalah peribadi dibawa ke pejabat."

"Hei, awak siapa nak nasihatkan saya? Sedarlah awak tu kuli. Awak pun baru saja masuk dalam company ni. Jangan tunjuk pandailah!" Herdiknya.

Wah, bisa betul ayat dia. Kalau dekat tempat kerja lama, aku kena hadap majikan yang suka body shaming orang. Dekat sini pulak aku kena hadap majikan perangai macam singa jadian.

Ya Allah, tabahkanlah hati aku. Aku dah tak nak tukar-tukar tempat kerja. Tarik nafas, hembus. Tarik lagi, hembus lagi.

"Saya minta maaflah kalau tindakan saya ni semakin menambahkan rasa panas hati encik. Niat saya baik. Saya nak redakan hati encik sebab saya tak suka suasana kerja yang tegang macam ni," ujarku. Jujur.

"Awak boleh keluar, Narina. Jangan ganggu saya sebab saya tak nak diganggu hari ni." Suaranya kembali mengendur.

Boleh pun cakap baik-baik. Aku ingatkan dia ada tertelan mikrofon.

"Yalah. Kalau Encik Miqdad dah bagi arahan macam ni, takkan saya nak bantah pula, kan? Saya keluar dulu." Tombol pintu aku pulas.

Sebelum beredar, aku sempat melirik dia sekilas. Terbit rasa simpati dalam hati aku untuk dia. Mungkin, kalau aku ada di tempat dia pun aku akan frust. Yalah, bertahun-tahun kut jaga jodoh orang. Nasib baiklah aku tak ada boyfriend.

Couple itu haram! Taaruf lagi baik. Itulah nasihat arwah atuk aku dulu.

Aku mencicit ke pantri. Niat aku nak basahkan tekak yang dah kering sebelum sambung kerja. Dan-dan pula emak telefon. Terus aku jawab panggilannya.

"Helo, mak." Aku menyapa mesra.

"Kalau ya pun bagilah salam. Kita ni orang Islam. Bukannya orang kafir." Sindir emak.

Aku termalu sendiri. "He he, sorry, mak. Terlupa. Assalamualaikum, mak."

"Pandai pun bagi salam. Waalaikumussalam." Sahut emak.

"Ada apa mak call Rin ni? Mak dan abah sihat-sihat aje, kan?" Aku dah mula risau. Emak atau abah jarang telefon aku melainkan ada benda penting yang mereka nak sampaikan dekat aku.

"Kami dekat kampung ni sihat saja, Rin. Mak sengaja telefon Rin. Macam mana kerja dekat tempat baharu? Okey tak? Bos macam mana? Kawan-kawan dekat sana okey tak?"

Aku mengulum senyuman. Rupa-rupanya emak telefon aku sebab nak tahu keadaan aku dekat tempat baharu.

"Alhamdulillah, semuanya okey. Bos okey. Kawan-kawan pun okey. Mak dan abah doakanlah Rin kekal di sini," balasku.

"Ya. Mak dan abah memang sentiasa doakan anak-anak kami. Abang kamu yang di Singapura tu pun mak dan abah tak pernah lupakan."

"Terima kasih mak sebab sentiasa doakan Rin dan Abang Kamal." Kataku.

Abang Kamal satu-satunya abang kesayangan aku tapi, sejak dia kahwin dengan Kak Najwa, dia terus pindah ke Singapura memandangkan Kak Najwa memang berasal dari sana. Setiap tahun Abang Kamal dan Kak Najwa akan balik ke kampung untuk melawat emak dan abah tapi tak selalulah.

"Sama-sama. Okeylah, mak tak nak ganggu masa kerja Rin. Kerja baik-baik. Jangan buat benda tak elok. Mak dan abah sentiasa doakan kamu." Pesan emak.

"Baik, mak."

"Mak letak panggilan dulu. Assalamualaikum." Pamitnya.

"Waalaikumussalam," jawabku. Talian terputus begitu sahaja.

Lega hati aku selepas mendengar suara emak. Sekurang-kurangnya dapatlah lepaskan rasa rindu. Telefon berjenama Samsung J7 aku simpan ke dalam saku seluar.

Gelas panjang yang tersusun kemas di rak mini itu aku capai. Aku tadahkan air sejuk lalu aku teguk rakus. Ah, lega tekak aku dapat minum air sejuk.

Gelas yang aku gunakan tadi aku cuci sebelum aku telangkupkan semula ke tempatnya. Kaki aku ayun ke meja kerjaku. Nakal betul mata aku. Sibuk melirik Encik Miqdad melalui dinding kaca yang memisahkan kawasan tempat kerja kami.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now