BAB 24

1.6K 93 3
                                    

TERBELIAK mata Cik Warda bila aku membuka cerita tentang rancangan gila aku dan Encik Miqdad. Mungkin dia tidak sangka begitu dalam sekali cinta Encik Miqdad terhadap dia.

"Jadi selama ni you all berdua game I semata-mata you nak dapatkan I semula?" soalnya kepada Encik Miqdad. Anggukan daripada Encik Miqdad membuatkan hati aku berasa sebu.

"Makan malam tu..."

"I yang pelan. I minta tolong Narina. I tak sangka sejak makan malam tu hubungan kita rapat semula."

"Sebab you yang tawarkan diri nak jadi bestfriend I, Miqdad. I fikirkan you tak ada niat lain untuk baik dengan I." Cik Warda memandang aku. Aku hanya mengukirkan senyuman kecil. Menutup kekecewaan di hatiku.

"Mana mungkin I boleh lupakan you, Warda. You cinta pertama I. You satu-satunya perempuan yang I cinta. Hati I sakit bila you setuju nak bertunang dengan lelaki tu."

"Masalahnya you tahu yang cinta kita takkan dapat restu mama I, kan?"

"I tak kisah. I boleh usaha pujuk mama you. I takkan mengalah. I dan Narina dah pelan sejauh ini. Memandangkan Narina nak rancangan bodoh ni terbongkar segera, I bongkarkan sekarang."

Aku menunduk. Pengakhirannya, aku juga yang dipersalahkan.

"Pasal pertunangan you dengan Narina tu memang palsulah, ya?"

"Ya, kami tak bertunang pun sebenarnya. I dan Narina cuma tunang olok-olok untuk cemburukan you." Encik Miqdad menatap mata aku ketika aku mengangkat muka memandangnya.

"Miqdad, how could you! I fikir you dah lupakan I. I fikir you dah move on. I tak sangka you pelan benda macam ni. Your parents pun ikut idea gila you tu."

"Ini saja cara yang I nampak untuk dapatkan you semula. I tak tahu cara lain lagi. I tak nak you kahwin dengan Izuan. Dia tu buaya darat. I pernah suruh Narina test dia dan dia melayan. Izuan tak ikut you jumpa I malam tu sebab dia dah pelan nak jumpa Narina."

"Narina..."

"Saya minta maaf." Aku menuturkan ayat itu setelah sedar pandangan tajam daripada Cik Warda.

Aku perhatikan saja Encik Miqdad menggenggam tangan Cik Narina di di hadapan aku lalu mengucupnya persis pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta.

"Bagi I peluang kedua, Warda. I janji I akan jadi lelaki serius. I takkan abaikan you lagi. I akan fix masalah kita. I takkan pentingkan kerja-kerja I lagi. Dalam hati I cuma ada you. I nak kahwin dengan you. I nak sehidup semati dengan you. I nak you lahirkan zuriat yang comel-comel untuk I. I merayu." Dikucup lagi belakang telapak tangan wanita itu.

Terpejam mata aku. Encik Miqdad melamar bekas kekasih dia di depan aku. Takkanlah dia langsung tidak fikirkan perasaan aku?

"Miqdad I..."

"Please, Warda."

"Macam mana dengan Narina? Semua staff you tahu yang you dan dia dah bertunang."

"I akan betulkan semuanya. Staff I tahu pun sebab you yang beritahu dia orang, kan? I tak nak salahkan you. I boleh betulkan semua. I boleh beritahu dia orang yang Narina cumalah alat yang I pergunakan untuk dapatkan you semula."

Aku cumalah alat? Alat yang dia pergunakan. Hancurnya hati aku.

"I pun masih sayangkan you, Miqdad. Walaupun I cakap I dah move on, walaupun I cakap cinta I dah beralih arah kepada Izuan, I tak mampu tipu hati I sendiri. I masih cintakan you. I tak mampu nak merealisasikan impian kita untuk bina mahligai yang kita impikan. Bagi I, mama I segala-galanya untuk I."

"I tahu, Warda. You seorang anak yang mendengar kata. I janji dengan you yang I akan cuba pulihkan hubungan mama you dengan keluarga I."

Aku mengalihkan pandangan kea rah lain bila Encik Miqdad menarik perempuan itu ke dalam pelukan hangatnya. Aku tidak mampu mengawal perasaan yang semakin kecewa. Aku bingkas bangun dari duduk.

Mereka sengaja buat drama air mata di depan aku. Mereka sengaja nak sakitkan hati aku. Mereka sengaja nak buat aku terluka. Pada awalnya memang aku datang untuk isi perut tetapi kepulangan aku bakal membazirkan beribu-ribu air mata.

"Saya minta diri dulu. Urusan saya dah selesai. Kita tak perlukan tiga bulan. Dua bulan telah menyatukan kembali Encik Miqdad dan Cik Warda. Saya doakan hubungan kau orang berkekalan." Kataku.

"Awak nak pergi mana?" soal Encik Miqdad setelah merungkaikan pelukannya.

"Zahirnya, saya hanyalah seorang kuli. Saya nak balik office. Waktu rehat dah nak habis. Saya minta diri dulu." Beg selempang aku sangkutkan ke bahu.

Pintu kereta aku kuak agak kasar. Air mataku mengalir laju membasahi pipi. Tidak betah berlama-lamaan, kereta Axia aku menderum laju membelah jalan raya.

SEJAK pulang dari pejabat tadi aku hanya berkurung di dalam bilik tidur. Aku tidak sangka begitu cepat sekali masa berlalu. Aku tidak sangka, makan malam yang dirancang oleh Encik Miqdad menjadi titik permulaan bersatunya kembali hubungan yang terlerai.

Untuk apa lagi aku berada di sini? Hati aku benar-benar hancur. Sebelum aku malu kerana rancangan bodoh itu terbongkar, lebih baik aku undur diri terlebih dahulu. Aku tidak sanggup menerima pandangan sinis para pekerja di GMWorks. Ada pun, Farah seorang sahaja yang mengetahuinya.

"Narina."

Aku menoleh ke muka pintu. Hamizah berdiri di muka pintu bilik tidur aku sambil membawa segelas susu yang kelihatan masih panas.

"Kau okey?" soalnya setelah melabuhkan punggung di sebelah aku. Gelas berisi susu itu dihulurkan kepada aku.

"Okey," jawabku sepatah seraya menyambut hulurannya.

"Apa lagi yang jadi hari ni?" soalnya lagi.

"It's over." Aku mengukirkan senyuman kelat.

"Maksud kau?"

"Encik Miqdad dan Cik Warda dah bersatu semula. Aku dah tak perlu berlakon jadi tunang tipu-tipu dia lagi. Semuanya dah berakhir." Ceritaku.

"Macam mana pula dia orang boleh bersama semula? Kau cakap Si Warda tu dah bertunang, kan?" Berkerut dahi Hamizah memandang aku.

Aku menghela nafas berat. "Ada dua benda yang kita tak boleh kawal dalam dunia ni."

"Pertama, masa. Kedua, perasaan atau hati seseorang." Sambung aku.

"Aku tak faham. Takkanlah tiba-tiba dia orang boleh bersama semula? Dengan terlalu mudah macam ni?"

"Dia orang saling mencintai, Hamizah. Dia orang siap boleh luahkan perasaan masing-masing di depan aku." Luah aku dalam tangisan. Hamizah menarik aku ke dalam pelukannya. Aku tahu niatnya ingin meredakan tangisan aku.

"Ya Allah, aku turut rasa sakit bila tengok kau sakit macam ni. Sabarlah, Narina. Kau lepaskan dia pergi. Mungkin dia tidak tercipta untuk kau."

"Aku nak pergi jauh dari sini. Aku tak sanggup tengok dia orang bahagia. Aku cintakan Miqdad. Aku terlalu cintakan dia." Tangisan aku semakin menjadi-jadi.

"Aku faham. Aku faham." Hamizah semakin menyembamkan muka aku ke ceruk-ceruk lehernya.

"Aku dah siapkan surat resign. Lusa aku akan terus balik kampung. Kau jangan beritahu apa-apa dengan emak dan abah aku pasal ni. Kau janji, ye?" Aku menjauhkan muka aku dari ceruk lehernya lalu mataku redup memandangnya.

Hamizah diam.

"Kau janji, ye?" Gesaku.

"Ya, ya, aku janji. Aku janji."

Air mata aku seka dengan telapak tangan. Mungkin inilah pengakhiran perkenalan singkat aku dengan Encik Miqdad.

Terlalu sakit mencintai orang yang tidak sedar akan kewujudan kita. Aku nekad, aku tidak akan jatuh cinta lagi. Sesungguhnya, cinta itu amat menyakitkan.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now