BAB 12

1.2K 83 4
                                    

DUA hari aku ambil cuti memandangkan dah lama sangat badan ni berkerah tenaga. Nasib baiklah Encik Miqdad tak banyak soal masa aku cakap aku nak ambil cuti selepas kami semua pulang dari Janda Baik.

Mungkin Encik Miqdad faham yang aku tengah penat sangat. Lagipun, aku orang pertama yang follow dia pergi Janda Baik. Fuh! Nasib baiklah dia boleh lebih kurang dengan aku.

"Amboi, tersenyum-senyum macam menang loteri satu juta. Ada apa-apa berlaku ke dekat Janda Baik tu? Cinta berputik, ye?"

Aku tersentak. Aku pandang Hamizah yang dah duduk di hujung kaki aku. Terkejip-kejip aku memandang dia. Eh, aku senyum ke tadi?

"Jangan merepeklah. Dia tu tak pandang pun perempuan gemuk dan hodoh macam aku," kataku. Merendah diri.

"Oh, maknanya kau naklah dia pandang kau? Macam tu?"

"Mana ada!" Nafiku.

Aku masih sedar diri. Antara aku dan Encik Miqdad tak akan pernah jadi apa-apa. Hubungan kami terbatas sekadar majikan dan pekerja. Plus, aku tak ada harap lebih-lebih sebab aku dah pangkah dia awal-awal dalam senarai calon yang tak layak untuk aku jadikan suami.

"Jangan nafikan sangatlah. Kut-kut esok lusa kau terangau-angaukan majikan kau sendiri. Tadi dah senyum-senyum dah tu." Hamizah tergelak kecil.

"Kau jangan nak reka-reka cerita, ya!" Menjegil mata aku memandang Hamizah.

"Silap aku lah masa kau tersengih-sengih tadi aku tak tangkap gambar," usiknya.

"Eee! Malaslah aku nak layan kau. Lebih baik aku tidur. Good night!" Aku bingkas bangun. Aku jeling Hamizah sebelum melangkah ke dapur.

"Mulut kau mampu untuk nafikan tapi mata kau tak mampu nak nafikan, Narina!" Laung Hamizah dari ruang tamu.

Aku berdecit. Aku memang tak ada apa-apa perasaan pun dekat Encik Miqdad. Hamizah yang pandai-pandai buat andaian sendiri.

Sebelum pejamkan mata, sempatlah aku bedal dua, tiga keping biskut kering yang ada dalam kabinet dapur.

Setelah memanjakan perut, aku melangkah ke bilik. Pintu aku kunci siap-siap. Kalau tidak nanti emak nenek tu ceroboh masuk dalam bilik aku. Sia-sia saja!

PAGI yang suram. Masing-masing fokus dengan kerja mereka manakala aku masih termangu-mangu dekat meja. Bukan apa, aku bosan sebab hari ni Farah cuti. Demam katanya.

Kalau ada Farah, bolehlah aku jadikan Farah sebagai tempat aku lampiaskan bosan aku. Hamidah? Alah, dia bukannya sekepala dengan aku pun.

"Excuse me?"

Lamunanku mati ketika sepasang kekasih berdiri di hadapan meja aku. Memicing mata aku memandang mereka silih berganti.

Eh...

Aku terkejut ketika mataku terpasak ke arah raut wajah jelita perempuan bertubuh tinggi bak model antarabangsa itu. Dia bukan kekasih Encik Miqdad ke? Rasanya macam ya.

Bebola mata aku bergerak pula memandang jejaka kacak yang berada di sampingnya. Aku rasa lelaki inilah agaknya yang merampas kekasih Encik Miqdad. Boleh tahan... cair aku dibuatnya.

"Ya, cik?" Ramah aku menyapa.

"I Warda Iyliana. Kawan kepada Miqdad dan this guy tunang I. I nak jumpa Miqdad. Dia ada tak?" Dengan lenggok gediknya menjelaskan tentang dirinya kepada aku.

Ceh! Kawan konon. Macamlah aku tak pernah nampak gambar kau dalam laptop Encik Miqdad.

"Oh, Encik Miqdad ada. Kalau cik nak jumpa beliau, cik kena buat appointment dulu," kataku. Masih dengan senyuman palsu.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now