BAB 22

1.3K 76 2
                                    

PAGI esoknya aku datang kerja macam biasa. Aku memanjangkan leher untuk menjengah Encik Miqdad. Aku nampak dia tengah duduk bersandar di kerusinya sambil tersenyum-senyum. Bahagia betul air mukanya. Satu keluhan aku lepaskan.

"Pelan kau orang dah berjaya ke? Saya nampak Encik Miqdad bukan main happy lagi hari ni." Suara Farah menerjah halwa telinga aku.

Aku menjungkit bahu. "Mungkin berjaya, mungkin tidak. Saya tak tahu."

"Kenapa ni, Narina? Suara awak macam orang sakit. Awak tak sihat, ya?"

Aku menggelengkan kepala. Memang aku sakit. Sakit memendam perasaan seorang diri. Sakit melihat senyuman itu bukan dikhaskan untuk aku. terlampau sakit bahkan tidak ada sesiapa yang mengerti.

Aku kembali memandang lelaki itu. Pandangan kami saling bertaut. Melalaui dinding kaca yang memisahkan aku dan dirinya, dia melambai-lambaikan tangannya seolah-olah memanggil aku masuk ke dalam ruangannya.

"Encik Miqdad panggil awak. Saya balik tempat saya dululah."

Selepas Farah beredar ke tempatnya, aku terus menguak pintu bilik Encik Miqdad. Melebar senyumannya ketika nampak muka aku.

"Ada apa encik panggil saya?" soalku acuh tak acuh.

"Duduklah dulu." Arahnya.

Aku akur. Aku hempaskan punggung di depannya. Aku alihkan pandangan ke bidai yang menutup cermin di ruangannya.

"Macam mana dengan Izuan?" soalnya.

"Pagi tadi dia ada DM. Dia macam marah sebab saya game dia," jawabku.

"Lepas tu, apa awak cakap dekat dia?"

"Tak cakap apa-apa. Saya block akaun dia dan saya deactivated akaun IG palsu saya tu," jawab aku lagi.

"Bagus, Narina." Dia tersenyum.

Aku menunduk sambil menguis-uis kuku. Bibir aku kebam lalu aku mengangkat semula kepala memandangnya.

"Macam mana dengan semalam? Apa saja yang Encik Miqdad bualkan dengan Cik Warda? Dia tak ada tanya ke kenapa saya tak datang?" soal aku, ingin tahu.

"So far so good. Kami berbual-bual macam seorang kawan baik. Saya cakap awak sakit perut dan tempahan saya tak boleh nak dibatalkan. Dia okey saja. Dia pun tak ada sentuh langsung pasal tunang dia. Macam yang saya cakap sebelum ni. Warda masih cintakan saya," balasnya.

Kenyataan terakhirnya itu sungguh merobek sekeping hati aku. Sedikit pun dia tidak memikirkan tentang perasaan aku. Aku saja yang terhegeh-hegeh sukakan dia.

"Oh..."

"Guess what..."

"Huh?"

"Petang ni Warda ajak saya temankan dia shopping. Awak nampak tak first try dah berjaya? You're the best, Narina!"

"Tah... tahniah."

Suara aku bagaikan tersekat di kerongkong semasa hendak mengungkapkan perkataan 'tahniah'. Benda tak akan jadi kalau bertepuk sebelah tangan. Maksudnya, memang betul Cik Warda masih ada perasaan dengan Encik Miqdad. Kalau betullah dia dah move on, dia takkan senang-senang hati ajak Encik Miqdad temankan dia shopping sedangkan dia dah bertunang dengan lelaki lain!

"Saya gembira sangat, Narina. Saya amat mencintai dia. Tidak ada seorang perempuan pun yang mampu gantikan tempat dia dalam hati saya. Saya janji dengan diri saya sendiri yang saya akan cuba pulihkan hubungan keluarga kami. Kemudian, saya akan melamar dia. Walau bagaimanapun, saya kena hapuskan si kaki betina tu dulu," ujarnya berjela-jela.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now