BAB 1

2.6K 123 1
                                    

HARI ini merupakan hari pertama aku bekerja di GMWorks sebagai pembantu peribadi kepada majikan di syarikat ini. Aku tak sangka, masih wujud lagi manusia yang memandang kesungguhan berbanding rupa dan bentuk badan.

Aku bukan nak kata apalah badan aku tidak slim macam model antarabangsa. Berat aku saja mencecah 90 kilogram. Tinggi aku pula cuma 161 cm. Nampak sangatlah aku macam belon.

Walau bagaimanapun, aku bersyukur sebab aku diterima bekerja. Tapi itulah aku belum kenal lagi fiil bos baharu aku macam mana. Kalau bos sebelum ini memang harey punya perangai. Aku harap kali ni aku dapat bos yang baiklah.

Kalau tak disebabkan perangai bos lama aku yang suka body shaming aku, memang taklah aku nak berhenti kerja. Mentang-mentanglah badan dia slim, dia nak kutuk-kutuk aku pula. Sekali dua bolehlah aku tahan tapi kalau dah hari-hari, memang resign kerja saja jawapannya.

Sebelum ini aku bekerja di bahagian delivery dan shipment. Memang jauh bezalah dengan position aku sekarang. Dah jawatan ini saja yang ada, aku sapu teruslah.

Malas throwback pasal kerja lama aku. Buat sakit hati! Buka buku baharu, Narina. Tutup buku lama. Sekarang ni kau berkhidmat untuk GMWorks. Bisik hati kecilku.

Tarik nafas.

Hembus.

Tarik lagi.

Hembus lagi.

Okey, lega!

"Cik Narina binti Osman."

"Ya, saya." Sahutku sebaik sahaja nama penuh aku diseru oleh seseorang. Aku bingkas berdiri dari duduk di ruangan menunggu lalu aku pandang wanita berbaju blaus berwarna ungu dan berseluar palazzo itu.

"Cik Narina yang akan menggantikan tempat PA lama bos saya, betul?"

Aku mengangguk.

"Okey, actually bos kami memang perlukan PA segera memandangkan PA lama cabut macam tu saja. Sebab itulah bos tak sempat nak pilih betul-betul," katanya.

Memicing mata aku memandang wanita itu. Sekarang dia cuba kutuk aku secara halus ke apa ni? Dia nak cakap perempuan berbadan gemuk macam aku ni tak sesuai kerja di sinilah?

"Oh, bos menyesal ke pilih saya?" soal aku kepadanya. Tipulah kalau tak terasa hati.

"Eh, tak adalah. Bos tak cakap apa-apa pun. Lagipun, Cik Narina belum jumpa dia, kan?"

Aku mengangguk lagi. Memang betul pun. Aku belum tahu lagi rupa majikan baharu aku. Minggu lepas pun yang interview aku orang lain. Orang yang telah diamanahkan oleh orang atasan. Katanya, majikan dia sibuk uruskan meeting.

"Okey, nama saya Hamidah. Bos arahkan saya untuk panggil cik. Dia nak jumpa dengan cik." Beritahunya.

Hamidah?

Kampungnya nama tapi pandang aku macam aku ni kotor sangat. Aku faham, sesetengah orang Melayu ni utamakan yang berkulit putih dan berbadan slim. Orang macam aku ni memang dekat tong sampah tempatnya.

"Bos nak jumpa saya ke, Hamidah?" Aku tekan sedikit nama dia.

"Haah, bos nak jumpa cik sekarang," jawabnya.

"Okey. Mana bilik dia?" soal aku lagi.

"Mari, ikut saya." Ajaknya. Tanpa melengahkan masa, aku ekori langkah Si Hamidah ni dari belakang.

SEPULUH minit telah berlalu. Aku masih terkebil-kebil di hadapan lelaki muda bercermin mata petak itu. Anak mata hazelnya berjaya menarik perhatian aku. Namun begitu, pandangan tajamnya cukup membunuh.

Aku fikirkan majikan aku ni orang tua. Rupa-rupanya abang hot! Aku speechless gilalah. Aku tak sangka lelaki muda seperti dia dah ada syarikat interior design sendiri. Salute betul.

Aku anggarkan umur dia dalam 30-an macam tu sebab muka dia nampak matang. Badan pun tegap semacam. Selalu pergi gim agaknya.

"So nama awak Narina?" Dia memulakan soalan pertama setelah lama kami saling berbalas pandangan.

"Ya, Encik Miqdad." Aku mengiakan. Macam mana aku boleh tahu nama dia? Dah terang-terang ada nama dia dekat atas meja.

"Umur awak berapa? Status awak apa? Kalau boleh saya tak naklah staff yang dah berkahwin. Susah nak handle. Sorrylah kalau banyak tanya sebab saya tak semak resume awak lagi," katanya.

"Eh, tak apa. Umur saya 26 tahun. Saya masih single dan available lagi. Belum kahwin lagi," jawabku, jujur.

"Oh, awak dekat KL ni duduk dengan parents ke?" soalnya lagi.

Aku menggeleng. "Tak. Saya duduk dengan kawan saya dekat sini. Parents saya ada di kampung. Tiap-tiap bulan saya akan balik kampung kalau dapat cutilah."

Dia mengangguk-angguk sambil menegakkan kedudukannya. Pen yang dipegang diletakkan ke tepi. Tajam matanya menatap muka aku. Gerun pula dibuatnya.

"Sebelum ni awak kerja bahagian delivery dan shipment, kan?"

"Ya."

"Sekarang ni awak jadi PA saya. So, saya harap awak bolehlah handle kerja baharu awak. Kalau ada apa-apa yang tak faham, awak boleh tanya Hamidah ataupun tanya direct dekat saya. Jangan diamkan diri. By the way, kerja awak tak susah mana pun." Jelasnya.

"Baik, Encik Miqdad. Saya faham dan terima kasih sebab sudi bagi saya peluang kerja di GMWorks." Aku melorek senyuman.

"Small matter." Balasnya sambil menggawangkan tangan kanannya.

Aku ternampak sebentuk cincin silver tersarung kemas di jari manisnya. Senyuman aku memudar. Dia dah kahwin rupa-rupanya. Hancur harapan nak mengorat bos baru.

"Kalau tak ada apa-apa saya minta diri dulu. Kejap lagi saya update jadual encik." Aku bingkas berdiri.

"Okey, selamat bekerja." Ucapnya.

"Terima kasih," ucapku pula. Tombol pintu aku pulas. Cepat-cepat aku keluar dari bilik dia. Entah kenapa jantung aku berdegup hebat.

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now