BAB 8

1.2K 87 5
                                    

SEMENTARA Encik Miqdad sibuk-sibuk menelefon semua team dia, aku duduk santai di atas sofa rotan. Jari-jemari aku menari-nari di touchpad laptop berjenama Apple milik singa jadian itu.

Aku... seorang PA ditugaskan untuk mencari maklumat tentang design yang diminta oleh Encik Qaisir. Ini tidak adil! Sepatutnya tugas aku cuma mencatat dan menambah sedikit maklumat yang kurang tapi, sekarang ni aku dijadikan kuli.

Ah, kau memang kuli pun, Narina! Bawa-bawalah sedar diri.

"Dah dapat design yang Encik Qaisir nak?" soalnya seraya duduk di sisi kanan aku. Matanya menjengah sekilas skrin laptopnya.

Aku mengangguk. "Saya dah jumpa tapi nak kena double confirm dengan tuan rumah dulu. Takut kalau tuan rumah tak suka."

"Berapa kos kasar untuk design yang awak pilih ni?" soalnya lagi.

Mak ai! Macam nak jatuh rahang aku dengar soalan dia. Manalah aku tahu. Bukan tugas aku ambil tahu pasal kos kasar semua ni. Dia suruh aku buat research tentang design yang Encik Qaisir nak, aku dah buat. Sekarang tanya pasal kos kasar pula.

"Saya bukan interior designer." Tekanku. Manalah tahu dia lupa yang aku ni cuma PA dia sahaja.

"Tapi awak bekerja di syarikat interior design. Awak kena ambil tahu," balasnya bersahaja.

"Encik tak suruh pun. Manalah saya tahu. Bukan bidang saya macam ni," kataku agak kasar.

"Kena saya suruh dululah baru nak buat?"

"Bukan macam tu..."

"Ah, tak ada-tak ada. Awak yang pilih design tu so awak kena anggarkan kos kasar untuk design tu. Tengok gaya macam banyak yang kena diubah. Saya dah call semua team. Esok mereka on the way ke sini. Saya nak awak beritahu saya tentang anggaran kos untuk design rumah Encik Qaisir. Esok pagi!" Arahnya.

Membulat mata aku. "Tapi saya cuma PA encik. Saya bukan interior designer GMWorks!"

"Sebab awak PA sayalah awak kena ambil tahu semua ni. At least bila saya tak ada nanti awak tak kekok nak deal dengan klien."

Ya Allah, aku baru pelan nak tidur dengan tenang malam ni. Nampak gayanya aku kena bersengkang mata demi kos kasar yang singa jadian ni nak. Sakitnya hati aku.

"Seharian saya temankan encik ke sana ke sini. Saya penat. At least bagilah saya rehat untuk malam ni," gerutuku.

"Awak fikir awak punya penat seorang sahaja. Dah tu, saya tak penat? Apa salahnya kerja keras sikit. Jangan nak besarkan badan saja tahunya." Sindirnya.

Eh, dia body shaming aku ke apa sekarang ni? Haish! Ini yang aku rasa nak marah ni. Dia pun tak pandai nak jaga mulut macam majikan lama aku.

"Fine!" Putusku.

"Good. Saya nak masuk tidur dulu. Pastikan awak dapat kos kasar tu. Nah, kalkulator." Diletakkan kalkulator di depan aku.

Aku berdecit.

"Pakai laptop saya tu elok-elok sikit. Jangan nak godeh yang bukan-bukan." Pesannya sebelum melangkah pergi meninggalkan aku seorang diri di ruang tamu. Aku mencebik. Macamlah aku ni miskin sangat sampai tak mampu nak beli laptop sendiri.

Bukan tak mampu cuma sayang duit!

Sebaik sahaja Encik Miqdad melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya, aku menyandarkan badan aku di dada sofa. Akal aku nakal betul nak godeh laptop dia.

Fail aku buka. Berderet-deret dokumen tentang GMWorks keluar. Aku tatal touchpad laptop ke atas. Kemudian, aku tekan bahagian 'pictures'.

Banyak betul gambar perempuan tidak bertudung tapi, perempuan yang samalah. Aku syak perempuan inilah girlfriend dia yang dah jadi tunangan orang tu.

Cantik...

Kurus dan putih melepak orangnya.

Patutlah Encik Miqdad susah nak move on. Kalau aku jadi dia pun, aku takkan lepaskan kekasih hati secantik ini.

Kalau nak dibandingkan kekasih dia dengan aku, memang macam langit dengan bumi. Sah-sahlah aku kalah.

"Haih... orang cantik ni memang senang dapat teman hidup. Sedangkan perempuan gemuk macam aku? Pandang sebelah mata pun orang tak mau," monologku. Lantas aku tekan 'pangkah' pada fail.

"Tak tidur lagikah, Cik Narina?" Tegur Mak Cik Halimah yang tiba-tiba muncul di hadapan aku bersama segelas air kosong.

Aku menggeleng. "Belum, mak cik. Tengah siapkan kerja sikit."

"Alah, kerja tu boleh disambung esok. Cik Narina rehatlah. Seharian ni mak cik tengok Cik Narina tak rehat." Mak Cik Halimah menghenyak punggungnya di sisi kanan aku.

Memanglah aku nak rehat. Masalahnya, Encik Miqdad awal-awal lagi dah suruh aku siapkan kos yang entah apa-apa ni. Dahlah esok pagi dia nak tengok.

"Sikit lagi saja mak cik. Saya kena siapkan malam ni memandangkan esok semua team dah gerak dari KL ke sini," jawabku seraya senyum.

"Oh, yalah-yalah. Mak cik faham. Tak apalah, mak cik tak nak ganggu Cik Narina siapkan kerja. Mak cik masuk bilik dulu ye." Pamit Mak Cik Halimah. Langkahnya aku hantar melalui sorotan mata.

Wajah aku raup kasar.

Mak...

Bos baru buli Rin!

UNFINISHED LOVE [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat