BAB 23

1.5K 90 2
                                    

DUA minggu aku mendiamkan Encik Miqdad. Zahirnya aku buat seperti apa yang dia suruh. Aku jawab setiap pertanyaan dia. Aku masih berdiri tegak di atas misi cintanya tetapi batin aku merana. Aku tidak melayannya semesra dulu.

Encik Miqdad banyak kali ajak aku keluar. Temankan dia di waktu bosannya tapi aku menolak. Aku cuba buang perasaan aku kepadanya.

Aku cuba menjauhkan diri daripadanya. Aku tak nak jadi orang ketiga di dalam hubungannya bersama Cik Warda.

"Jauh mengelamun. Fikirkan encik tunang ke tu?"

Aku tersentak. Tiba-tiba sahaja lelaki beruniform merah jambu itu berdiri di sebelah kanan aku. Berkerut dahi aku memandangnya. Aku tidak pernah sedar akan kewujudannya sepanjang aku bekerja di GMWorks ini.

"Awak siapa?" soalku.

"Oh, terlupa nak kenalkan diri. Nama saya Muin' dan umur saya 26 tahun. Saya cleaner dekat sini. Saya biasa nampak awak datang office." Jelasnya lalu menhulurkan tangannya kepada aku.

Hulurannya aku sambut mesra. "Macam mana awak boleh kenal saya?"

"Mestilah saya kenal. Saya biasa nampak awak cuma awak saja yang tak sedar kewujudan saya. Lagipun, satu office ni tahu yang awak tunang kepada Encik Miqdad. Jadi, lagilah saya kenal awak," jawabnya.

Aku terdiam. Semua orang percaya dengan penipuan yang aku dan Encik Miqdad cipta. Macam mana kalau penipuan ini terbongkar? Apa reaksi staff-staff? Mesti aku akan dikutuk hebat. Terutama sekali Hamidah. Dia memang anti betul dengan aku.

"Hari semakin berjalan... tidak lama lagi semuanya akan berakhir," gumamku.

"Apa yang akan berakhir?" soalnya.

"Hah?" Aku terkejut.

"Awak cakap tak lama lagi semuanya akan berakhir. Apa yang akan berakhir?"

Aku menggelengkan kepala. Biarlah Encik Miqdad sendiri yang bongkar rahsia kami. Aku tak nak masuk campur. Apa yang aku tahu, selepas sahaja rancangan ni berjaya, aku akan berhenti kerja. Itu tekad aku.

"Boleh tak kalau saya nak minta nombor telefon awak? Tak salah kan kalau saya nak berkawan dengan tunang orang?" soalnya lagi.

Aku mengukirkan senyuman kelat. Realitinya aku single-mingle. Aku tidak dimiliki oleh sesiapa pun.

"Boleh," jawabku.

"Seriuslah?" Dia kelihatan teruja.

Aku mengangguk. Aku mengeluarkan telefon. Lockscreen aku buka. Muin' turut buat perkara yang sama.

"Salinlah nombor saya ni... 01374..."

Ehem!

Dehaman seseorang menyentakkan aku dan Muin' yang sedang berdua-duaan di pantri. Muin' terus simpan telefon dia serupa nampak malaikat maut datang.

"Biy cari sayang dari tadi tak jumpa-jumpa. Rupa-rupanya tengah bertukar-tukar nombor telefon dengan cleaner," ujar Encik Miqdad lalu melingkarkan tangannya di bahu aku.

Aku cuba melepaskan lingkaran tangannya malah dia semakin menguatkannya lagi. Aku malu bila Muin' pandang aku dan Encik Miqdad dalam keadaan macam ini. Tambah-tambah lagi kami bukan mahram.

"Awak tak ada kerja ke sampai nak minta nombor telefon bakal isteri saya, Muin'?"

Menjegil mata aku mendengar soalan tidak bijak Encik Miqdad. Kesian aku tengok Muin' terkulat-kulat nak jawab soalan dia.

"Saya... saya cuma nak berkawan dengan Narina. Kalau encik tak senang hati, saya minta maaf."

"Memanglah saya tak senang hati. Lelaki mana yang tak marah bila lelaki lain usik bakal isteri dia. Kalau awak nak kerja lama dekat sini, awak jangan buat hal. Narina ni milik saya."

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now