BAB 11

1.3K 90 4
                                    

HARI semakin berlalu dengan begitu pantas sekali. Aku dan team yang lain masih berusaha menyiapkan pengubahsuaian yang diminta oleh Encik Qaisir.

Tidak aku nafikan, bekerjasama antara satu sama lain mendatangkan impak yang begitu besar. Kami berlapan termasuk Encik Miqdad saling bekerjasama. Kadang-kadang adalah juga berlaku perselisihan pendapat tapi, masing-masing akan minta maaf semula.

Salama aku di sini pun aku tak pernah putus daripada menelefon Hamizah di Kuala Lumpur. Kadang-kadang aku akan telefon emak dan abah. Sekurang-kurangnya mereka semua tidaklah risaukan kondisi aku di sini.

Emak bebel juga sebab aku ikut Encik Miqdad sampai ke Janda Baik sedangkan ini pertama kali aku menjejakkan kaki di sini. Sebelum ini manalah pernah aku sampai ke sini.

Aku cuba jelaskan baik-baik dekat emak yang aku pergi atas urusan kerja dan aku tidak tinggal berdua-duaan dengan Encik Miqdad sebaliknya Mak Cik Halimah ada sekali. Nasib baiklah emak faham.

Aku tak marah pun kalau emak macam kongkong hidup aku. Sebab aku tahu, emak dan abah sayangkan aku. Mereka tak nak ada sesuatu yang buruk terjadi dekat aku, apatah lagi aku ni masih anak dara. Masih belum disentuh orang.

Auch!

"Awak tersenyum-senyum apa, Narina?" soal pemilik suara garau itu.

Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku pusingkan badan ke kiri. Tergamam aku dibuatnya. Entah bila Encik Miqdad berdiri dekat sebelah aku pun aku tak pasti. Dia nampak ke aku senyum?

Aigoo! Malulah aku...

"Encik Miqdad buat apa dekat sini?" soalku sekadar berbasah-basi. Punggung aku sandarkan ke meja batu yang terletak di hadapan rumah Encik Qaisir.

"Dari tadi saya panggil awak tapi awak buat don't know. Sampai sakit tekak saya duk memanggil awak," leternya.

Oh my god! Dia ada panggil aku ke tadi? Macam manalah aku boleh tak dengar. Itulah, berangan lagi!

"Sorry, sorry, Encik Miqdad. Saya tak dengar. saya minta maaf." Tertunduk-tunduk kepala aku ketika menyatakan ungkapan maaf itu kepadanya.

"Awak termenung fikirkan apa? Kalau awak nak termenung teringatkan boyfriend, di sini bukan tempatnya. Di sini tempat kerja bukan tempat berangan," leternya lagi.

Aku hanya menunduk.

"Dah, mana kertas pelan yang Zamidi serahkan dekat awak semalam?" Tangannya diunjukkan kepada aku persis meminta sesuatu.

"Saya dah serahkan dekat Lim. Dia tak bagi dekat encik ke?" Aku angkat kepala memandangnya.

Rasanya aku dah serahkan kertas pelan tu kepada Lim. Aku suruh Lim beri dekat Encik Miqdad memandangkan pagi tadi dia beria-ia nak jumpa dengan Encik Miqdad. Atas urusan apa aku tak pastilah pula.

"Mana ada. Lim tak bagi saya apa-apa pun." Beritahunya dengan reaksi muka bengisnya.

"Dah tu, pagi tadi dia macam rushing sangat nak jumpa encik, kenapa?"

Hisss... busybody pula aku ni.

"Emak dia sakit. Sebab itulah dia jumpa saya. Dia nak balik KL," jelasnya.

Patutlah aku tak nampak Lim sejak tadi lagi. Kali terakhir terserempak dengan dia pun masa dia bergegas nak jumpa Encik Miqdad.

Aduh, janganlah Lim pergi bawa kertas pelan tu balik KL. Aku tak sanggup nak melanguk dekat sini lama-lama. Aku nak balik ke KL secepat mungkin.

Lagipun, ubahsuai rumah Encik Qaisir dah hampir siap. Tinggal letak beberapa pasu bunga sahaja di kawasan balkoni rumah dia.

"Tapi saya..."

UNFINISHED LOVE [C]Where stories live. Discover now