BAB 14

1K 74 0
                                    

MILO panas dan roti berinti ayam cincang yang terhidang di depan mata aku pandang sepi. Selera aku melayang jauh apabila Dato' Hassan pandang aku dengan renungannya yang membunuh.

Sejak aku datang tadi, dia dah tunjukkan sikap tidak senangnya dengan kehadiran aku manakala Datin Rokiah tak adalah pula buat perangai. Datin Rokiah soft spoken. Nampak jelaslah sikap keibuan dia tu.

"Papa tak sangkalah Miqdad sanggup pelan benda bodoh macam ni lepas tu libatkan orang luar. Lebih papa tak percaya, Miqdad sanggup laburkan duit dekat dia semata-mata nak dapatkan Warda semula." Bibir Dato' Hassan menjuih aku.

"I love her so much, pa. Macam mana papa cintakan mama, macam itulah Miqdad cintakan Warda."

"Masalahnya kamu berdua memang tak ada jodoh. Ramai lagi perempuan dalam dunia ni. Bukannya Warda seorang. Apa gunanya belajar tinggi-tinggi kalau otak tu letak dekat lutut?"

Ouch!

Pedih sungguh ayat Dato' Hassan. Dahlah garang nak mati. Nasib baiklah abah aku tidak segarang dia.

"Hati Miqdad hanya untuk Warda. Miqdad cuma cintakan Warda. Takkan papa tak faham?" Aku kerling Encik Miqdad yang dah menghentak cawannya tapi tak kuatlah.

"Masalahnya Si Warda tu cintakan Miqdad ke?".

"Yes!"

"Kalau dia cintakan Miqdad, dia takkan bertunang dengan lelaki lainlah. Dari situ dah nampak permainan dia. Dia nak Miqdad sebab duit. Sebab harta."

"No, pa. Warda bukan macam tu. Miqdad bukan kenal dia sehari dua... Warda ikhlas cintakan Miqdad tapi disebabkan mama dia..." Encik Miqdad menundukkan kepalanya.

"Saya tak faham betul dengan Si Qama tu. Benda dah terkubur tapi dia masih lagi nak berdenam pada hal masing-masing dah ada keluarga."

Aku pandang pula Datin Rokiah. Dari tadi dia membisukan diri. Baru sekarang aku dengar dia ikut masuk campur dalam urusan hati Encik Miqdad.

"Abang pun tak tahulah nak cakap apa, Kiah. Qama tu kuat berdendam." Tambah Dato' Hassan.

"Kesian anak-anak yang jadi mangsa." Datin Rokiah menunduk lalu menguis-uis ayam cincang di dalam rotinya.

Perlahan-lahan tangan aku mencapai roti yang dihidangkan untuk aku. Kalau tak makan nanti dikata membazir pula. Apa-apa pun, isi perut dulu. Aku yang merana nanti kalau tak alas perut.

"Narina memang betul-betul nak bantu anak auntie, ya? Tak ada niat lain?" Soalan maut daripada Datin Rokiah membuatkan aku tersentak.

"Huh?" Aku kebingungan.

"Auntie tak kisah kalau setakat nak membantu. Apa yang auntie kisahkan tentang perasaan kamu tu. Auntie tak nak niat nak membantu tu bertukar jadi niat lain," katanya.

Seolah-olah mengerti dengan apa yang dimaksudkan oleh Datin Rokiah, aku melorek senyuman kelat.

"Datin jangan risau. Saya dan Encik Miqdad dah buat perjanjian di mana tiada perasaan cinta di antara kami. Saya terima sebab imbalan yang diberikan oleh anak datin. Itu sahaja," jawabku, jujur.

Lantaklah kalau Datin Rokiah dan suaminya nak fikir aku ni mata duitan ke apa. Bagi aku, duit segala-galanya. Aku boleh hidup tanpa cinta lelaki tapi, aku tak boleh hidup tanpa duit. Itu prinsip aku!

"Betul tu, ma. Miqdad dan Narina memang dah buat perjanjian. Miqdad pun takkan ada apa-apa perasaan dekat dia. Kami hanya jadi tunang olok-olok selama tiga bulan dan selama tiga bulan tu jugalah Narina akan tolong Miqdad tackle Warda semula." Celah Encik Miqdad. Aku mengangguk-angguk mengiakan kata-katanya.

"Jujur mama cakap, mama berat hati nak bersetuju dengan idea gila kamu ni, Miqdad. Masa Warda call mama, tanya pasal pertunangan kamu pun macam nak tanggal jantung mama ni."

"Awak sokonglah rancangan bodoh anak awak ni, Kiah?" Tinggi nada suara Dato' Hassan menerjah. Aku pula yang takut.

"Dah kalau ni saja caranya nak buat anak kita bahagia. Nak buat macam mana lagi, bang? Abang sendiri dengar apa yang Miqdad cakap tadi."

"Masalahnya Si Warda tu dah jadi tunangan orang. Anak kawan-kawan saya semuanya cantik-cantik belaka. Miqdad boleh pilih dengan siapa yang dia nak asalkan tak runtuhkan hubungan orang lain."

"Miqdad tak nak sesiapa. Miqdad cuma nak Warda seorang. Full stop!"

Aku melepaskan keluhan. Alahai, Encik Miqdad ni boleh tahan keras kepala juga. Kalau aku jadi papa dia memang aku seligi kepala dia sampai benjol.

"Hubungan papa dan mama dengan Auntie Qama dahlah berantakan. Takkan kamu nak rosakkan lagi hubungan kami bertiga?" Dato' Hassan bersandar ke dada kerusi sambil merenung anaknya kemudian dihalakan pula pandangannya itu kepada aku.

"Itu bukan urusan Miqdad, pa. Hubungan Miqdad dan Warda tak ada kena mengena dengan masa lalu papa, mama dan Auntie Qama. Kehidupan Miqdad tak ada kena mengena dengan cinta tiga segi papa tu." Encik Miqdad bingkas bangun dari duduknya.

Fuh, boleh tahan biadab juga jawapan dia. Dasar tak hormat orang tua! Lagilah aku reject dari tersenarai dalam calon bakal suami aku.

"Miqdad Halimi!"

Aku rasakan macam rumah banglo tiga tingkat ni bergegar dengan lantunan suara Dato' Hassan.

"Miqdad, mama faham perasaan Miqdad tapi janganlah biadab dengan papa."

Aku sokong nasihat Datin Rokiah. Encik Miqdad tak sepatutnya biadab dengan papa dia.

"I'm so sorry. Miqdad gerak dulu."

Terkulat-kulat aku berdiri bila Encik Miqdad berura-ura pergi. Takkanlah dia nak tinggalkan aku di sini? Dato' Hassan masih lagi membebel-bebel.

"Encik Miqdad," panggilku. Dia menoleh lalu mengangkat sebelah keningnya.

"Saya macam mana?" tanyaku.

"Pergi ofis la! Habis tu, awak nak jadi bibik dekat rumah parents saya ke?"

Amboi, kasarnya bahasa. Kalau tak fikirkan pasal imbalan tu memang dah lama aku bidas ayat dia. Dia marah dengan orang lain tapi aku yang dijadikan mangsa.

Ah, emosi lelaki memang sukar nak kujangka!

"Dato'... datin... saya pergi dulu. Assalamualaikum," pamitku. Tangan aku hulurkan kepada Datin Rokiah tapi tak bersambut. Aku tarik semula tangan aku.

Sombong betul!

Aku tarik satu senyuman kepada Dato' Hassan. Manalah tahu dia nak balas senyuman aku ke apa tapi, haram... Dia jeling aku lagi adalah!

"Cepatlahh, Narina!" Herdik Encik Miqdad.

"Ye, ye, datang ni." Sahutku. Bergegas ke muka pintu.

UNFINISHED LOVE [C]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin